Balik semula kepada aku.

Monday, 28 February 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, aku dah balik KL. Hiii sekejap je kan? 

Jumaat lepas sebelum aku bertolak balik Johor, mrABi gigih pergi pejabat Pos Besar untuk ambil pos ekspress berikutan peti surat di Desa Aman tidak berkunci. 

Aku sendiri tak tahu, mengapa pos ekspress ini harus terus ke Pejabat Pos Besar sedangkan di hadapan rumah aku terdirinya Pejabat Pos Kerinchi. Tapi itu tak menjadi masalahnya.

Yang menjadi masalahnya, surat aku tak sampai kepada penerima, aku sendiri tidak tahu nak buat macam mana. Hijaucantik Giveaway dah lama berlalu, hadiah kepada pemenang pun aku dah pos semuanya malangnya, aku menerima salah satu daripadanya.

Alasan penyampai kepada surat tersebut, 'tiada nama ini di alamat ini' aku terkejut. Mungkin aku tersalah tulis alamat tersebut. Bila aku cek semula.

Aku tulis betul, pengirim tu punya email taip alamat dia sebesar alam, siap nama dan nombor telefon. Ye semua aku buat betul. Berkali-kali aku cek. Aku andaikan, mungkin dia sudah berpindah. Tapi, apa guna nombor telefon tu jika tak berfungsi. Alahai susahnya.

Persoalannya sekarang, apa patut aku buat, minta alamat pengirim dan kirim semula. Terbang RM :p atau biarkan sahaja anggap tiada rezeki pengirim, macam tak patut pula.

Sila tinggalkan komen bernas anda, terima kasih kerana membantu.

MrABi membebel-bebel masa nak ambil surat ni, pening aku. Sebab nak suruh aku ambil sendiri memang aku tak pandai.

Nanti kita jumpa lagi.

Friday, 25 February 2011

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera.

Haaa ramai yang tanya pakai produk apa muka jadi bersih berseri ya. Hiii actually, sejak dah nikah ni aku memang tiada produk khusus tuk muka. Semua boleh pakai.
Agaknya mungkin hormon aku dengan mrABi dah serasi agaknya anak pun dah ada, maka semua jerawat-jerawat lupus dengan sendirinya. Tambah-tambah pergi balik kerja dengan kereta. So tak berapa nak menghidu asap bas.

Jerawat tumbuh pun time coming moon aja, itu pun cecomel dua hari dah hilang. Pencuci muka aku share dengan mrABi brand Safi yang gamat tu. Untuk jerawat. Penyegar guna Safi juga, Perfact 10. Then krim pelembab, Safi Aloevera. Hah huru hara. So far muka aku ni satu je, jangan terover makan seafood dan ayam. Memang kalah.

Lagi petua nak muda, kita tak boleh sangat berfikir teruk-teruk sampai muka berkerut-kerut, kesian otot-otot wajah tak sempat nak menjalankan tugas menegangkan muka dah terpaksa buat kerja lagi. 

Heee, aku memang amat tak suka minum air, tapi sejak minum air 2 liter sehari tambah-tambah dengan rangkaian supplement shaklee hari tu, aku rasa muka aku macam berseri-seri. Haaa, minumla air masak banyak-banyak ye, bagus untuk kesihatan.

Petua lagi? sentiasa gembira. Walaupun hakikatnya tak segembira mana. Sebab otot muka bila senyum ni, sempurna. Lagi-lagi bila senyum dengan ikhlas. Aku dengar radio pun aku boleh senyum sesorang, sampaikan lori sebelah hon aku. Perasan aku senyum kat dia. Nguahahaa.

Ok itu sahaja tips untuk muda. Senang kata bila berwudhu' bila bersolat, buat dengan seikhlas hati. Orang kata muda dan berseri ni, dari dalam. Betul tak?

Berjumpa lagi di lain bicara dari saya ch@. Ngeee. Oh, aku balik kampung hari ni, so tinggalla tapak kaki untuk aku HB ke sana pula ya. Take care. Tataaa. Mmmmuah!.

Rahsia bukak arrr.

Thursday, 24 February 2011

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera kepada pembaca bloghijau yang setiaaa.

Korek sana, korek sini meringankan PC. Terjumpa pula gambar kenangan masa baru-baru bernikah. Ahaks. Inai masih ada lagi. 1st time seumur hidup pakai inai lengkap di sepuluh jari.

Last dulu pakai inai masa tadika. Ngeee, sangat rimas. I don't like. Inila dinamakan raja sehari. Dilayan bagai raja, 10 jari tangan makcik aku dengan makwe adik aku yang ngejakan. Tang 10 jari kaki, adik aku yang pakaikan, lepas tu aku duduk, baring tak bergerak-gerak. Arah orang je kerjanya. Hahaaa. Best-best. 

Eh melalut sudah. Berbalik  pada cerita. Bertempat kat rumah flet tidak berlift, tingkat paling atas di Cheras. Karpet dan langsir sumbangan mama, aku taktau pe citer sekarang ni.


Bersama kakAzi yang paling aku sayang, gambar di snap oleh cikZila paling comel dan paling baik menjadi sahabat aku. Alaaa yang aku selalu bagi pinjam bahu kat dia tu.

Masa gambar ni aku masih duduk di Keramat, tempat kerja masih di Phileo, bolehla pergi kerja bersama-sama naik train, then masa ni memang dah nikah tapi mrABi pergi mana tah, isteri dia ni perasan macam bujangla pergi menumpang kasih. mrABi hantar malam-malam, merempit.

Ngeee. Muka tembam, jerawat banyak. Jerawat aku memang kaw-kaw pulun naik kat pipi, pedih ooo.
Konon masa ni, matangla sebab ada jerawat. Haih! pedih di muka tak siapa tahu, apatah lagi ulang-alik kerja dengan bas. Pencemaran.

Baru nikah, hormon tak tentu hala. Sekarang dah ok, cun. Perasan.

KakAzi pun dah pregnant, lately, aku sangat rindu kat dia. Orangnya kecik jiwanya kental, berbanding dengan cikZila, orangnya besar tapi hati dia lembut. Nak banding ngan aku? muka je nampak takde perasaan, tapiii jiwang. Hahaaa.

Sebab berlainan karektorla kitorang boleh ngam. Tetap menjadi sahabat sehingga hari ini. Aku juga paling muda. Hahahaaa. Penting tu =) 

Masih lagi di sini.

Wednesday, 23 February 2011

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera semua pembaca hijaucantik? 

Ya, telah mengalami masalah teknikal. Minta maaf kepada yang merindu, acceh! Ngeee. Nak update semalam gambar belum ada, pakej dengan server down. Melopong aku. 5.30pm cabut.

Hrmmm, hrmmm, hrmmm, ok citer pasal pergi dinner la. Wow, macam biasa mrABi tolong hantar naik kelisa berenjin turbo, gayat aku macam nak terbang.

Dinner kali ini bertempat di Bangsar Seafood Garden Restaurant. Besar, cantik, banyak lampu, mudah dicari. Sila google :)

Bersempena Tahun Baru China, disebabkan aku tak bawa kamera, maka menumpang orang lagi. Malangnya gambar tak banyak sebab taktik memujuk rayu tak jadi. Apa yang ada je la kan.

 Lapar-lapar-lapar, posing dengan enRoslan Usape terlebih dahulu. Satu-satunya wanita dan lelaki Melayu pada malam tersebut.

Yi Sang, sedap-sedap. Berebut anggur dengan Roslan. Ngape kepala ku itu, amek feel lebih.

Menikmati cahaya lampu, bersama cikFenli dan enRoslan Usape.

 Semua aku punya, masih berisi. Bestnyaaa. Agak-agak ada RM berapa untuk 2011?

Makan malam ni, semua sedap. Sedap sangat-sangat. Aku dengan Roslan makan memang tak toleh kiri kanan, menikmati habis-habisan. Sebab tiada gambar makanya tak berapa nak terliurla kan, paling aku ingat ikan siakap masak asam pedas-perfact rasa dia. Ada set sayur-memang tak ambilla kan, ayam ala-ala kerabu mangga-mabeless, udang butter-1st time makan, aku teruja gila. Nasi goreng udang besar-besar. Lai Chi Kang-isi kelapa laut dengan laici. Dua mangkuk aku tibai. Hahaaa.

Bila dah rasa ala-ala jalan-jalan cari makan, baru ingat nak berehat dari makan kan. Ngeee. Ada juga la kuih berkulit oren berinti kacang merah. Sedap, tapi sebab dah kenyang aku makan setengah je. Hiii. Pokoknya, hidangan sungguh excellent.

Rugi gila tak bawa kamera, takla aku melaram sakan. Tak dapat nak tayang ikan siakap berenang dalam kuah dia. Pergh! Paling penting mujur la aku diberi set sudu garfu, kot tak melopong tengok orang makan dengan chopstick.

Balik rumah terus mandi dan tidur. Kepanasan tahap maksima. Oni pun mengamuk.

Bila gajah sesama gajah bergaduh, kancil?

Monday, 21 February 2011

Assalamualaikum/ Selamat sejahtera pembaca sekalian. 

Apa khabar anda semua? Hiii, aku busy sikit, tapi takpe. Cuba juga mengadap hijaucantik setelah dua hari masalah kesihatan melanda. Aku ok hiii.

Aku selalu menjadi bahu sokongan untuk orang tersayang meluah perasaan. Tak kira, kawan-kawan, saudara-mara, suami, aku sendiri tak tahu kenapa orang sering mencari aku. Tapiii walaupun aku tak mampu menbantu, sekadar mendengar sahaja, dorang sudah cukup suka. 

Aku memang takkan puas hati sekiranya mendengar sebelah pihak sahaja, menghentam pihak lain bertubi-tubi, seolah-olah pihak yang dituduh tu bersalah benar kelihatannya. Bagi aku, setiap orang buat salah. Takde manusia perfact dalam dunia ni. Tapi takpe, dengar aja.

Kadang-kadang terhasut juga dengan apa yang dikata, ye la yang menuduh, aku sayang, yang kena tuduh pun aku sayang juga. Dan apabila yang kena tuduh pun buat pengakuan, mencari aku meluah perasaan. Jadi? aku yang ditengah-tengah ni? apa inisiatif? 

Selalunya bila keadaan macam ni, aku memang mengambil jalan senang, ignore kedua-duanya, bukan kata tak ambil peduli, bagi aku itu karektor masing-masing. Life sendiri, family sendiri. Warna-warni, aku malas nak masuk campur. 

Bila yang menuduh tanya tentang yang kena tuduh, aku kata dia kan manusia juga. Terima je la seadanya. Bila yang kena tuduh tanya tentang yang menuduh, anggap je la itula manusia. Banyak orang yang kita kenal, banyak la ragam yang kita akan tahu. Kenapa nak difikirkan sangat. 

Apatah lagi bila membabitkan orang tua, kadang-kadang orang tua menegur ada hikmahnya, ada baiknya. Kalau tak suka, tak payahla ambil pusing sangatkan? Yang muda pun, janganla ikut perangai muda tu. Darah nak panas aja. Ikutkan hati sangat.

Aku jenis yang suka juga menjaga hal tepi kain orang, kadang-kadang satu dua perkara bolos juga, gatal mulut nak bercerita, tapi aku awas. Sebab macam aku kata manusia tiada yang perfact. Sikit-sikit tercerita juga, aku memang menjaga hati semua pihak. Even, aku benci pihak seberang aku takkan tunjuk aku benci. Gila. Itu boleh memutuskan silaturrahim. 

Berfikir sebelum bercerita, lebih-lebih lagi nak bercerita tentang orang. Aku memang cukup awas. Bagi aku bila bercerita hal orang, tidak mustahil orang yang mendengar akan pecah lubang. Kan? boleh bergaduh besar. Baik jangan cerita, mengumpat is DOSA.

Sebab tu aku lebih suka menjaga hal sendiri aja. Aku dengar pihak yang menuduh, aku mendengar pihak yang kena tuduh, aku buat kesimpulan. Mana harus aku elak-aku elak sehabis daya. Kalau terperangkap, diam sahaja. Lagiii orang tak tahan dengan aku kerana ke'laser'an mulutku ini. Bisa. 

Aku suka fikir positif, semua orang adalah keluarga. Sebab aku ada pengalaman, kau tak suka macam mana pun dengan sesorang, esok lusa Allah suratkan kau akan cari balik dengan orang yang kau tak suka tu. Hidupkan bagai roda.

Sekian sahaja bebelan makcik hari ini, makcik banyak kerja sebenarnya. Tapi bila ada orang mengadu tadi, makcik rasa tak salah kalau makcik share kat sini. Fikir positif ya. Oh nanti makcik BW secara marathon. Terima kasih kerana sudi membaca =)

Gift untuk yang tersayang.

Friday, 18 February 2011

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera kepada pembaca bloghijau.

Hiii interframe lagi, kali ni gift untuk yang tersayang, kan aku dah pernah kata, aku nak borong sekali 3 telekung travel ni, tapiii bukan takat 3, aku tambah lagi 2. Jadi 5. Hahaaa. Misi completed.

Untuk mama warna coklat gold, untuk mertua putih biru, untuk kakak ipar warna putih oren, untuk biras dan adik ipar warna pink. Hahaaa. Amacam cun tak?


Ini bukan berlagak cuma nak promosi blog Itsy Bitsy Secrets by mamakembar3. Hahaha ampun kakNani. Saja je. Seronok tengok bila borong macam ni. 

Ok tu je la, terima kasih kerana membaca. hehehe.

Gift daripada yang disayangi.

Thursday, 17 February 2011

Assalamualaikum/ Selamat Sejahtera pembaca bloghijau.

Haaa, seronokkan bila diri disayangi? mestila, terasa dirikuuu begitu berharga. Cewah. Balik kerja tadi, separuh jalan hujan turun dengan lebat, siap ribut tau tak, time tu dalam kereta mulut kumat-kamit melihat panorama angin bertiup maha kencang. Jalan memang dah jammed.

Kali pertama aku meredah ribut, siap dengan banjir separuh tayar, huahahaha kuat gila arus air weh. Elok2 masuk lebuhraya persekutuan, hujan berhenti serta merta. Aik? tapiii jalan sikal banyak dihalang oleh pokok tumbang. Bersyukur aku selamat.

Bila ambil Oni, dia tak tidur, selamat aku tak payah dukung. Lift pun tak stuck. Hehehe. Terus balik rumah. Wow. Mata terus terarah kotak atas meja. Ok dengan rakusnya. Koyak sampul, sempat ambil stem. Tadaaa.


Cun tak? daripada makNgah Oni atau biras umiOni atau isteri kepada abang mrABi. Hehehe. Tak sabar nak pakai blaus ala-ala Micheal Jackson tu, tak boleh pakai time petir, karang kena sambar. Baju zink. Gurau sahaja, kainnya lembut dan ringan. Sejuk bila dipakai.

Gaun BabyKiko, hiii suka-suka. Terima kasih ye Fizannie. 

Kejutan kedua, hehehe tiba-tiba ku melihat TV berada dari paras biasa. Eh? Apa sudah terjadi? 


Huye-huye dapat rak TV baru, lebih tinggi lebih menawan, yang penting Oni tak boleh berjoget di atasnya. Ngeee. Tapiii, tombol pintu tu pula jadi perhatian. Cait!

Terima kasih ABi. Mmmuah-mmmuah.

Beli kerana tak mahu Oni menonton TV dekat-dekat. Kalau yang rendah tu dia rasa macam nak peluk TV tu, dan lagi TV tu pun dah tebal dipakai kan bedak. Kelabu.

Kalaula hari-hari dapat kejutan baik macam ni, hahaaa. Bengkrap.

Salam dan terima kasih membaca =)

Tabung.

Wednesday, 16 February 2011

Assalamualaikum/ Salam sejahtera.

Mulala tu ala-ala Monday Blues, ye le semalam cuti. Siapa suka menabung? Setahu aku yang suka menabung ni adalah, budak-budak dan bapa budak. Mak budak lebih terarah mengosongkan tabung.

Yes, mrABi ada tabung teddy bear, besar, gemuk, pendek. Baru sekali penuh dan cash kan. Taktau ke mana duit tu, duit dia wei, takkan aku nak tumpang walaupun ada gak termasuk sesen dua. Interframe.

Dan sekarang tabung tu, walaupun milik mrABi tapi tugas menyimpan beralih kepada Oni. Sekali je pak dia ngajar, dia dah dapat buat. Senang, tak perlu berbuih-buih mulut mengajar.

Setiap kali pak ngan mak dia balik kerja, dia akan pergi menyelongkar beg kerja atau lebih tepat lagi wallet/ dompet untuk mencari sumber pendapatan aka syiling sebelum mengeluarkan segala isi di dalamnya. 

Bila dah jumpa, dia akan tanya mak pak dia dulu seolah-olah minta kebenaran nak menyimpan. Bila dah terima arahan 'pergi cari tabung Oni, masuk dalam tabung' - tiba-tiba bertukar hak milik, makanya tabung bear-bear dicari.

Nak mengambil tabung atas meja, tergolek-golek dok tabung tu, bising, bingit macam banyak benar syilingnya. Telinganya pun dah pecah sebelah, mukanya pun dah retak sedikit. Alahai, sayang Oni.

Bila dengar bunyi syiling dah masuk 'haaa' kata Oni. Mak pak dia tukang senyum je la. Kepintaran terserlah. Bila ada syiling tak dapat masuk, dia tinggal je. Malas nak berusaha lebih, kalau teringat dia masukkan la semula. 


So sekarang ni memang sentiasa kena pastikan ada syiling untuk dia. Dapat la saham walaupun sipi-sipi. Belanja gula-gula.

Gift daripada kakLela.

Monday, 14 February 2011

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera.

Mari nak tayang gift dari jauh. QATAR. Daripada kakLela aka MamaNajla.

Ya gift ni aku dapat kerana aku tersenarai dalam contest Memorable Anniversary Contest By Lelord. Aku tak menang, tapi dek kerana gigih nak masuk juga, maka tak sia-sia mengarang karangan tentang memori ulangtahun perkahwinan aku tu.


Nak baca juga? haih malu la makcik, dulu masa sekolah karangan pecah rekod, 94% karangan makcik. Sila percaya sebab aku dapat anugerah Bahasa Melayu terbaik masaaa, masaaa, sekolah rendah. Ngeee. Dan terpilih masuk pertandingan karangan peringkat sekolah. Tapi, kalah sebab aku kena buat karangan bertajuk 'Aku sebuah tudung saji' tahun 1996 gara-gara aku tak dapat imagine cemana kalau aku jadi tudung saji dengan baik. Aku ingat lagi tau.

Ni la entry memori ulangtahun perkahwinan aku sila kelik untuk baca yang mendapat saguhati tu. Eh? kira saguhatila kan kakLela?


Tadaaa, terima kasih kakLela di atas kemurahan hatimu memberiku FM ini, menyuntik semangat untuk masuk contest lagi walaupun jarang menang. Ekekeke. Lama tak update blogOren. Adeh.

Tumpang gambar.

Yuhuuu, selamat kembali berkerja semua. Wah-wah-wah tersandar lagi di katilkah? bestnya la kan duduk bawah selimut masa ni, hiii.

Sabtu lepas, pergi memenuhi jemputan perkahwinan kawan mrABi, tnFaizal. Biras kepada tnFaizal ialah tmAzizi, manakala isteri tnAzizi adalah pnDahlia. Maka yang berkahwin adalah adik kepada pnDahlia, pnDyla. Hambik. Nak faham-fahamla, taknak faham tak mengapa la. Kesimpulannya, yang lelaki satu Unit, yang perempuan satu team PERKEP. Bertambah ahli baru.

Aku ikut konvoi 6 buah kereta rasanya, tak sempat kira sebab aku bantai tidur dengan Oni, perjalanan menuju ke Negeri Sembilan. Sesat barat, walaupun ada peta. 

Sampai-sampai tengok dah bersanding, sangat cepat. Pekena cendol terlebih dahulu, maklumla kepanasan tahap maksima, nak memberi Oni rasa sejuk dan duduk diam. Kot tak kerja dia nak menjelajah sana-sini. Mak dia la tukang kejar.


Sebenarnya aku tak bawa kamera, tumpang kamera pnUmmi, tapiii banyak pula gambar dapat ambil mengalahkan bila bawa kamera sendiri. Ngeee.


Jadi selagi terdaya interframe la bebanyakkan. Mujur la yang empunya kamera pun spoting.


Habis dah sesi jalan-jalan tengok pengantin. On Sunday, pergi rumah baru pnIzma, ambil perabot tak boleh nak snap gambar, sebab Oni sibuk nak tidur, pastu kereta dah jadi lori. Ruang terhad. Hehehe sempat melayan Hantu KakLimah Balik Rumah, wahahaha. Memang lawak.

Terima kasih sebab baca. =) mmuah.

Cuba bayangkan.

Friday, 11 February 2011

Salam satu Malaysia.

Gila sempat update blog lagi, ngeee. Hari Jumaat ni, hari tersengih sepanjang hari sebab esok cuti.

Malam tadi, jam 11pm macam tu la, melayan satu movie di HBO dengan mrABi, Oni dok terjerit-jerit bergayut di tingkap tengok bunga api sana sini. Sibuk dia ajak mak pak dia tengok. Lenguh leher aku.

Sambil melayan dia, sambil tengok The Curious Case of Benjamin Button. Filem lama, patutla aku tak pernah je dengar sebab masa tu sibuk dengan hal perkahwinan. 2008.

So far, aku rasa teruja, suka, tertanya-tanya, pilu, sendu, seronok semua perasaan pun ada. Mestila ada part aku nangis. Hiii.

Bila anda dilahirkan seorang tua dan mengalami tumbesaran yang terbalik. Well, kita makin tua, ini makin muda. Cemana tu kan? susah rasa nak terima bila keadaan diri lain dengan orang lain. Awalnya part aku tengok dia pergi berkerja, susah orang nak percaya dia boleh buat kerja tu. Kerja kelasi. Atas kapal.

Kapten kapal tanya, pernah berasmara tak sepanjang hidup, Benjamin jawab tak pernah, ye la dia baru nak menjalani kehidupan. Merantau keseluruh negara, tak lupa dia tinggalkan poskad kepada sahabat, jiran, kekasihnya, Daisy.

Hari-hari dia menulis diary, tentang kehidupan, tentang Daisy, tentang perubahan demi perubahan yang dilaluinya. Berpisah dengan Daisy, berjumpa semula, bergaduh, berasmara semua untuk Daisy sehingga Daisy mengandung anak Benjamin bernama, Caroline. Ketika itu umur mereka hampir sebaya.

Benjamin risau sebab dia tak mampu nak pikul tanggungjawab sebagai bapa, well dia makin muda. Dia tinggalkan poskad, surat, wang simpanan semua untuk Daisy dan Caroline. Then, bila Caroline 12 tahun (kalau tak salah), Benjamin datang berjumpa Daisy, Daisy dah berkahwin mencari bapa normal kepada Caroline. Caroline dapat berjumpa Benjamin, tapi dia tak kenal.

* Part di atas ni, Caroline baca diary Benjamin, Benjamin tinggalkan kad pada setiap ulangtahun Caroline.  Aku menangis tak hengat. Caroline baca kuat-kuat depan Daisy yang sedang tua dan sakit. Caroline juga baru tahu dia anak Benjamin.

Next, bila semua dah berlalu, Daisy semakin tua dia menerima panggilan dari pusat kebajikan kanak-kanak, ada seorang kanak-kanak sedang sakit, tak ingat dirinya siapa, tapiii ada sebuah beg, semuanya tentang Benjamin dalam beg tu. Daisy menjaga Benjamin.

Sehingga Benjamin berusia 5 tahun, Daisy cekal menjaga Benjamin. Mengajar Benjamin walaupun Benjamin dah tak kenal dengan Daisy. Daisy bertongkat, bongkok memimpin Benjamin yang baru nak berjalan. Sebagaimana Benjamin bertemu dengan Daisy semasa Daisy kecil.

Akhirnya, Benjamin berusia 2 bulan, dalam dakapan Daisy sendiri, dia pergi meninggalkan Daisy. Setelah merenung Daisy dalam-dalam.

* Daisy bercerita sendiri, sebab Benjamin kan makin kecil so dia dah tak tulis diary. Caroline dengar cerita emaknya. Tak lama kemudian Daisy pergi buat selamanya. Dia dah sakit tenat.

Amacam? ok tak? ni aku sediakan sekali sipnosisnya.

''On the day that Hurricane Katrina hits New Orleans, elderly Daisy Williams (nee Fuller) is on her deathbed in a New Orleans hospital. At her side is her adult daughter, Caroline. Daisy asks Caroline to read to her aloud the diary of Daisy's lifelong friend, Benjamin Button. Benjamin's diary recounts his entire extraordinary life, the primary unusual aspect of which was his aging backwards, being diagnosed with several aging diseases at birth and thus given little chance of survival, but who does survive and gets younger with time. Abandoned by his biological father, Thomas Button, after Benjamin's biological mother died in childbirth, Benjamin was raised by Queenie, a black woman and caregiver at a seniors home. Daisy's grandmother was a resident at that home, which is where she first met Benjamin. Although separated through the years, Daisy and Benjamin remain in contact throughout their lives...writen by Huggo''


Kan? sampai ke hari ini aku terbayang-bayang Benjamin masa kecil tu, sungguh comel. Masa dia jadi baby, aduh montel. Tak rugi aku tidur lambat malam tadi, hahaaa.

Aku pun teruja tengok Oni terjerit-jerit tengok bunga api. Rumah dah bergelap, dia tak lelap-lelap.

Di ampaian pun boleh.

Salam satu Malaysia.

Hiii, lagi-lagi makcik minah Oni interframe. Hari tu kan aku bawak dia pergi injek. Alaaa lepas hujan berhenti tu, matahari pun menyinar. 

Sebelum dia tidur bergegas aku bersiap, kang dia tidur kena tunda lagi. Nak petang tak ramai orang pun, memang tinggal aku dengan Oni je. Staf pun dah kenal, tak payah keluar myKid, owh aku ada myKid rupanya, ngeee. 

Behave la dia, tak lari sana-sini, manjat kerusi je la, nak duduk ngan mak dia. Tengah dok tonggek-tonggek nak panjat kerusi nama dia kena panggil, kesian. Berani takut dia jumpa dengan doktor tu. Doktor Zuraimi, memang dah kenal dengan aku, Oni ngan mrABi. 

''Ni anak ayah ni, pergi ikut kakak timbang berat'' sibuk dia pimpin mak dia ajak pergi ikut kakak pembantu doktor. 9.5kg, lagi stengah je nak 10kg. Pergh! dekat nak berat seguni beras. Padanla lenguh segala sendi aku bila mendukung.

Orang dah besar, semua nak buat sendiri. Lepas dapat susu 240ml + 3 skop nestum, cari selimut, lelap. Kadang-kadang je dia nak ngempeng ngan mak dia.

Bila dah letih main. Suka-suka je dia nak park kat mana pun, atas tilam-atas simen, kat ruang tamu-kat dapur-kat bilik. Haaa. Ikut pangai mak dia suka tidur. Tapiii nak kejut dia punya la payah buka mata. Boleh bangun berjalan, cari port lain, tidur balik. 

Setia betul aaawww dia tu.

Gaya seorang pemikir.

Gaya santai Oni berehat. Bila dia mengantuk sangkut kat ampaian pun dia tak sedar. kakTi pun cakap, ''Oni kalau tidur, bom meletup memang dia tak sedar''. Ngeee. Cayalah.

Hari gembira Oni.

Thursday, 10 February 2011

Salam satu Malaysia.

Tiba-tiba ada entry, hiii. Selagi rajin mengadap blog hijau ini. Walaupun dianak tirikan nuffnang. Kesian-kesian.

Akhirnya hajat nak ke MidValley tercapai. Hrm, senang pula dapat parkingnya. Eh, hari ke tujuh, 08.02.2011 aku bercuti. Tujuan, nak cari 30 biji mug untuk kenduri kesyukuran di Johor akhir bulan nanti.

 Tertarik betul dia dengan kucing emas tu, siap tiru kucing tu melambai. Muka saja je gena gelak dengan orang lalu lalang. Asal jumpa je berhenti-asal jumpa je berhenti.

Boleh je beli di kedai KK, depan rumah. Saja nak berjalan jauh. Mula tengok kat Jusco, pergh sampai RM10 sebiji, mana larat nak borong. Mug tak dapat, Oni dah berlari pergi Pusat Hiburan Keluarga, wei bukan disko, tapi tempat permainan tu.

  1. Naik kuda, aku fikir dia masih belum pandai naik kuda pusing ni, rupanya dia dah boleh.
  2. Naik kitty cupid, kena kangkang besar-besar sebab seatnya sangat lebar.
  3. Naik jet-planet, bergerak tapiii tiada lagu, rosak kot speakernya. Tangan dia laju gila pegang tu.
  4. Naik kereta polis, paling kuat lagunya. Oni membuat isyarat dah habis bila lagu berakhir. 
Lepas habis tu, tak nak balik. Mengamuk.

Cari mug di Carefour pula, tiba-tiba terbayang mug tergantung kat Giant lebih cantik dan murah. Hahaaa.

Takpe, cantik juga mug Carefour ni, maka pilihla aku sebanyak 30 biji. Berharga RM 3.28 sebiji. Ok la tu.

Kali ni mrABi yang bershopping lebih-lebih. Oni? tiada. Hahaaa. Asyik nak aku je yang dukung. Semput.

~)@ Bercuti dan berjalan memang best. Pulun buat kerja. Ergh. Ooo gambar 30 biji mug tu takde, sebab dalam bonet kereta. Hiii. Nantila aku tempek sebab dah bungkus suratkhabar.

Empunya hijaucantik yang nak cantik.

Wednesday, 9 February 2011

Salam satu Malaysia. 

Huweee. Aku dah bersiap nak bawa Oni pergi inject, sambil tu dalam kepala ingat nak jejalan kat kedai-kedai bawah tu mencari aiskrim dan juga cuci mata. Selain itu, aku nak membungkus mug 30 biji yang berterabur dalam bonet kereta.

Esokkan aku nak bawa kereta tu, mau aku harung langgar bonggol sana sini. Tak ke terkontang-kanting mug tu nanti. Siap aku pakai tudung, hujan maha lebatnya pun turun, cait! Rancangan ditunda selepas hujan berhenti.

Memang nak bawa pagi tadi, tapi aku menunggu lelaki pos datang membawa kiriman kecantikkan daripada Cery&Shaklee Creating Healthier Lives. Bukan nak cantik mana, aku mahu memberi kesihatan yang total kepada tubuh badan aku ni, well tubuh badan nak guna lama, seharusnya kita menjaga.

Melihatkan testimonial-testimonial, aku gigih membaca setiap inci sudut blog tersebut sehingga aku teruja untuk mencuba. Tambah-tambah memang aku tiada ambil sebarang suplement pun. Disebabkan aku mempunyai masalah kulit, maka aku dicadangkan untuk menggunakan SET D. 

Trial-pack, kalau menjadi ok aku teruskan. Tunggu selepas 30 hari nanti. Wiii.

See punya la banyak, aku dah siap tanda setiap pack, jadual pemakanannya. Huuu.

~)@ Menghargai diri sendiri ;)

Oni, jangan menari atas meja tu.

Salam satu Malaysia.

Hiii hari ini hari terakhir aku di rumah, siapla esok aku memulun kerja, sepi la seketika hijaucantik tanpa berupdate. Esok hari yang sibuk.

Kan aku dah kata, sekalipun tidak keluar pergi bershopping, Oni tetap dapat hadiah. Dalam senyap-senyap mrABi bawa dia pergi kedai, balik-balik bawak meja dengan kerusi. 

Haiii Oni, beruntungnya. Bukan takat itu je kiri kanan tanya penuh dengan coklat. Itu mak dia la yang tukang makan tu. Teruja betul bila dapat meja ABC tu. Terkenang lagi meja ABC aku dulu, serupa dan sama berbeza cuma warna. 

Ada lagi tersimpan di rumah Johor tapi dah berkaratla. Hihiii.

Makan biskut ikan bertemankan kucing kesayangan. Seekor aku dah buang sebab nazak sangat.

Duduk dah ok, malangnya makan tangan kiri. Semuanya serba kiri, left-handed. Then perangai baru nak makan sendiri. Padanla manjang aku suap dia tak mau, jadiii aku kena buat pembaharuan. Bagi peluang dia makan sendiri. Lebih banyak dia makan sendiri dari makan bersuap. Misi berjaya.

Hangin juga bila tengok bersepah sana sini, tapiii anak. Belum sepenuhnya boleh berfikir sempurna selagi tak mencuba. Biarlah. Buatlah.

Hari ni aku kemaskan semua buku yang aku dah belikan letak atas meja tu. Doodle dia pun ada walaupun murah RM5 je aku beli. Nyata, dia suka. Mulut bising, tangan kaki badan semua bergerak. Orang yang paling berpeluh dalam rumah, Oni la orangnya. Sihat.

Setakat ni dia belum berjoget atas meja tu lagi, dia dah try panjat tapi gayat. Aku yang tengok pun gayat. Meja tu tak berapa nak kukuh.

~)@ Hari ni nak bawa pergi inject, janganla dia buat perangai kat klinik nanti.

Gift daripada Eija 2.

Tuesday, 8 February 2011

Salam satu Malaysia.

Ya Allah ya Tuhanku, kau berikanla keberkatanmu, limpahila rezekimu kepada hambamu yang lemah ini, doa buat kawan-kawan terutamanya Eija aka Sweetmama aka http://mamakerry.blogspot.com.

Jauh dia pergi bercuti tah apa yang ada pada aku diingatnya selain warna hijau. Terima kasih Eija atas cenderahati itu, terima kasih juga sebab ingat kita. Suka sebab ianya comel.

Tambah-tambah Oni suka benar nak cuba pakai kat kakinya. Sekurang-kurangnya aku pun dapat tahu Oni dah pintar, dia tahu kasut untuk kaki. 

Terima kasih Eija. Nanti bagi satu hati (HB) kat sana ok ;) 

Comel, ada kad tau, nanti kita letak dalam album khas. Memang ada.


~)@ Ada siapa nak pergi Genting? aku nak kirim lagi sebelah. Hahaha. Gurau aja.

Biar je P tu.

Salam satu Malaysia.

Aku masih di rumah, hiii. Habis cuti aku dibuat dek kompeni ni, bila dah lama bercuti aku rasa macam surirumah sepenuh masa pula, pergi pasar, masak, buat kerja rumah, tapiii keletihannya berganda berbanding dengan aku pergi kerja.

Boleh tak macam tu? hahaaa. 

Shoot, hari ketiga bercuti 04.02.2011, tamatla lesen D Percubaan aku. mrABi dah mendapatkan yang penuh untuk isterinya tanpa bersusah payah sang isteri pergi ke JPJ. wahahaha. P sudah tiada di lesen, tetapi stickernya akan maintain melekat di cermin depan dan belakang kereta. 

mrABi membenarkan aku berbuat demikian, huye-huye, terima kasih mrABi. Well, dia kan bawa Kelisa dengan enjin turbonya, baru tukar. Sebab tu la dia tak kisah ada P di Waja, aku memang takkan bawa Kelisa manual tu bahkan dia tidak membenarkan langsung aku membawanya. kuikuikui. 

Gambar lama, malas nak pergi buat baru. Muka penuh jerawat.
 
~)@ Ada lesen penuh jika tak berani nak jalan jauh, maka duduk sahajala di rumah. Hehe. Aku la tu.

Yeay, mrABi bawa jalan 2.

Monday, 7 February 2011

Salam satu Malaysia.

Haaa baru nampak orang update blog secara berperingkat-peringkat. Aku faham benar orang yang baru balik dari kampung ni, mesti buka kedai dobi, pastu ala-ala jet-leg, aku pun sama.

Jangan cemburu sebab aku masih dalam tempoh bercuti, sehingga hari Rabu. Hehehe, bos aku tak bagi aku buka opis walaupun kunci emas di tangan aku. Sayang limau dalam kotak kalau dorang tak habiskan sebelum cuti hari tu. Isk-isk-isk.

Shoot masuk story sebenar, cuti lama tak balik kampung, then mrABi bawak jalan lagi. Hari kedua bercuti 03.02.2011. HAPPY CHiNESE NEW YEAR. Time-time ni la dia sibuk bawa anak bini merayau.

Tak sesibuk dan se'jammed' semalamnya. Tujuan, nak tukar heli kontrol yang dah rosak tu. Boleh dia tinggal anak bini dalam kereta, dia naik Sg. Wang Plaza tu sesorang. Sekejap katanya.

Mata aku dah awas je, pintu kereta aku lock. Cuak oh. Takut kejadian yang tak diingini berlaku. Aku muda lagi, anak aku kecil lagi. Harusla aku yang bertindak sekiranya ada apa-apakan? aku berdoa banyak-banyak supaya dijauhkan segala marabahaya.

Legaaa, bila mrABi kembali. Terus runner ke The Mines Shopping Mall. Aku memang suka pergi sana, tak berapa nak ramai orang, orang dah cuti. Hajat dihati ingin menaiki bot air tu, eh? bot harusla kat air kan?

Skali tengok dia punya pakej, humangaih mahalnyaaa. Juling biji mata aku tengok harganya. Baik dewasa mahu pun kanak-kanak sama je mahalnya. Jadi, tunggula Oni besar sikit dia dah tahu menghargai alam baru bawa naik.

Beli satu dulu ye, nanti kita beli yang lain pula. Ni la anak perempuan.

Jalan-jalan nampak PohKong. Mata pun RM-RM-RM ada kepak. Hehehe. Akhirnya, Oni juga yang dapat. RM151, 1g. Kalau dah 3g? maknanya Oni punya barangla yang paling mahal pada hari berkenaan. Mak pak dia tumpang cuci cincin dan gelang sahajala biar nampak macam baru.

Dan masih sama macam sebelumnya, tetap dapat limau. Jeles betul mak dia. Tiada apa yang dibeli melainkan tiga DVD citer Ngangkung, Jangan Pandang Belakang Congkak 2 dengan Magika. Boleh buka panggung kat rumah.
Ada duit semua boleh jadi, betul tak?

Rugi sungguh.

Saturday, 5 February 2011

Salam satu Malaysia.

Huuu, hari ke-4 bercuti, Sabtu. Berulit dengan Oni, aduhai anaaak, kamu sudah menjadi ratu jerit. Bila aku marah jawapan dia, ''ho-o''. Itu sahaja.

Best sangat duduk rumah, ternak lemak sampai terlupa aku ada majlis perkahwinan kawan sekolah di Cheras. Kalau tak mrABi sibuk untuk pergi sword-barrel kawannya aku memang tak ingat langsung.

Tengok jam dah pukul 2.30ptg, aku pun dah malas je nak bersiap sebab lepas tu ikut mrABi pergi kenduri kawen kawan satu platun dulu.

Bila mrABi dah pergi rasa menyesal pula tak ikut, mana taknya di saat Oni melingkar tidur, hujan lebat siap guruh siap kilat memancar-mancar, buat ngeri aku je. Aku boleh nyorok belakang Oni, wahahaaa.

Itu satu hal, satu lagi terasa rugi tak pergi, jika tak boleh tengok acara persandingan kaum india, bukan selalu dapat jemputan dari kaum india ataupun cina. Mesti menarik, meskipun mengekalkan acara berjalan di bawah pedang. Rugi-rugi.

Kad jemputan. Mujur ada sedikit Bahasa Inggeris.

Makanya, menanti sahaja mrABi pulang membawa pengalamannya. Apa tidaknya, persandingan berlangsung jam 8.00 malam di dewan. Haaa. Aku dulu bersanding waktu siang.

Yeay, mrABi bawa jalan.

Friday, 4 February 2011

Salam satu Malaysia.

Selamat Tahun Baru Cina juga ye, hiii sempat lagi ni memandangkan aku cuti sampai 9hb nanti, betul-betul meraikan bersama. Cisss! - habisla banyak report nak kena hantar 10hb nanti, ergh!

Hari pertama aku bercuti 02.02.2011, mrABi mengajak keluar berjalan. Huye-huye, jalan agak jammed juga la. Tujuan asalnya nak cari meja ABC untuk Oni, tapiii meja tak dapat, boleh shopping menda lain pula, ekekeke.

Destinasi? Sungei Wang Plaza, tempat mrABi melamar aku jadi kekasih gelapnya. Takde apa nak beli selain aku dapat selipar bulu-bulu tak sampai dua hari dah hilang sebelah, mrABi beli heli kontrol tak sampai sehari bateri tak boleh cas, Oni dapat mainan yang tak sampai sejam dah tercabut. Mujur boleh pasang semula. Haih!

Terus ke Tesco Extra, Ampang untuk beli barang dapur. Meriah penuh satu troli sampai nak melimpah. Aku yang tukang tolak rasa nak berjalan sama-sama dengan troli. Habis sakan bershopping terus ke rumah Hishabmudin budak kacak Brickfield, tapiii tak duduk BF dah.

Nak tengok baby girlnya yang belum bernama. Comel-comel. Geram-geram. Oni? biasalah, orang dah besar macam-macam skill la dia. Mujur la asyik nak berkepit dengan mrABi, selamat aku. Kui-kui-kui.

''Di mana dia anak kambing aku,
Anak kambing aku ada di bawah gebar,
Di mana mana dia buah hati aku,
Buah hati aku ada di dalam gambar.
can-malican-ho-ho-can-malican-ho-ho,
can-malican-ketipong payong, hohoho''


Habis satu hari, esok paginya badan aku macam nak patah, sebab banyak berjalan. Adeiii. Best-best.

~)@ Ada barang kat pejabat pos besar nak kena ambilla. Cisss, posmen ni datang time aku takde pula.



Sagat lagi.

Tuesday, 1 February 2011

Salam satu Malaysia.

Aku kena pergi opis kawan aku tengah hari tadi, selain menyelesaikan kerja yang tertunggak, dia membelanja aku makan tengah hari.

Ok fine, tingkap Proton Waja bahagian pemandu, yang dipandu tidak berkeadaan baik. Auto, bila buka makanya akan mengalami kesukaran untuk naik, kena menggunakan tenaga dua orang untuk naikkannya semula.

Inisiatif di ambil sebagai langkah berjaga-jaga dengan TiDAK sama sekali membuka tingkap tersebut. Sebagai langkah bijak aku mengambil token parking dengan membuka pintu.

Oh, sungguh terasa susah, kerana kereta besar, orang kecik lagi rendah dan tidak sampai. Mahu dan tidak aku kena rapat betul dengan mesin.

Sekian lama aku tidak menjejakkan ke Phileo sesat barat juga aku kat parking lot tu, punya la nak match dengan bangunan kan, sudahnya aku salah juga.

Bila dah sembang-sembang, makan, mengumpat, gelak. Aku pun balik, dalam kepala nak bayar parking kat mana, cari di tingkat 1, tak jumpa. Terus ke basement dan memandu balik, ok jumpa autopay, parking elok-elok bagi ruang untuk orang jalan, pembayaran dibuat.

Elok je aku setel aku bayar tengok-tengok!!! cisss, tersagat juga bumper depan. Cengeng sungguh. Nak juga buat tanda, habisla kena perli berdas-das ngan mrABi balik nanti. Benciii.

Salah sendiri mengaku je laaa kan. Padahal dah super slow la aku bawak tu. Kena jugak. Aiii.

Oni yang bawa kereta besar pun tak apa-apa.

~)@ Nak kena bawa kereta semuanya cermin, boleh nampak sana sini.
 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in