Tepu tahap karma.

Monday, 12 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pecah rekod, cuti enam hari aku hanya berguling dengan anak-anak. Pergh! memang aku tak dapat bayangkan bila aku betul-betul duduk rumah menjaga anak-anak satu masa nanti. Parah, tahap kebosanannya melebihi batas biasa. 

Biarpun, menguruskan anak-anak, masak, mengemas rumah, mencuci baju dan sekalian kerja berkaitan rumah aku buat, kebosanan tetap datang bertandang, lelebih lagi bila anak-anak berkelakuan sangat baik dan tidak menyusahkan emak, mereka hanya tidur. Tepu, lepu, beku semua pun ada.

Paling kesian bila tengok anak dara nan seorang itu, asyikla tengok pintu, bila dengar bunyi orang buka lock pintu lekas-lekas dikatanya abi. Haish! paling tragis bila ada drama abi nak pergi kerja, dia menangis depan pintu. Time ni emak juga yang mengalir air mata.

Belum lagi tengah dok main-main, dok gelak-gelak, asyikla sebut abi. Aiii! kasihan Oni. Abi balik pun, zzzzzzzz je sebab dah letih. Bila Oni zzzzzzz abi pun pergi kerja. Tunggang langgang jadual dibuatnya. 

Mujurla semalam ada Mikhail datang rumah, ye anak kak Eda aka mama Mikhail tu la. Datang nak tengok Aie katanya, dapat juga tengok budak berdua tu digandingkan main bersama. Aku dah kata, tang-tang ni mesti Oni jadi pembuli. Di arahnya Mikhail ke sana-ke mari mengikut kehendak hati perempuannya. Anak teruna mama Mikhail sangat pemalu. Apatah lagi, dipasangkan kartun, melekat sepasang matanya pada televisyen sahaja.

Bila Mikhail balik, Oni buat perangai semula. Semua serba tak kena, ini kali aku pun naik hantu sekali, ahahaha rumah jangan dikata, berkemas itu pun takat cecampak je masa tetamu datang, bila tetamu pulang, huru-hara, haru-biru dikerjakan dek Oni, aku biarkan aja. Malas. Kemas karang, dia bongkar semula.

Cecepat aku mesej abi, pening tengok suasana rumah. Macam biasa kata nak balik tapinyaaa malam juga sampai rumah, time anak-anak dah lali lalok. Aku jadi tak faham dengan jadual tidur si Oni ni, malam tidur jam 11 malam pun dia  boleh bangun 2,3 pagi. pastu karang azan Subuh baru tidur. Haih! payah.

Jangan buli emak korang ni. Karang makin kurus.

Dan hari ini, sehari lagi kami bersama-sama. Kesian-kesian. Detik ni, saat ni memang aku tak hairan kenapa anak-anak lebih rapat dengan emak masing-masing. Emak masih ada masa menguruskan anak-anak walaupun berkerja.

Ampunla, aku membebel di hari Isnin ini, Monday blues juga rupanya emak Oni, Aie ni. Kekeke! Bila nak pergi Cameron Highlands niii. Jeles, tengok orang pergi bercuti. 

Terlupa ambil gambar masa mama Mikhail datang, seronok sangat bercerita. Rugi-rugi.

15 pasang kaki:

anisalya said...

itu baru cabaran untuk ibu bercuti. bkn yg fully housewife. hahaha... kena pulak ada 3 org. bila tiga2 skt naik pening jgk. tp alhamdulillah... kalau sakit pun, dua je meragam. yg srg lg cool skt.

mekchu said...

suka yang nih "Emak masih ada masa menguruskan anak-anak walaupun berkerja."

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

alahai cabaran betul ibu muda ni time cuti...

Diyana said...

cha,samala ..akak pun berdepan dgn masalah yg sama. rasanya anak2 pun dah tepu [bosan?] asyik2 muka mamanye aje melayan derang 24 hours.masa bersama papa sikit aje. ni,si damia ..siap blk rumah atok dia..tkmo balik rumah sndiri sbb bosan , mama papa tak bawa jln2. tragis sungguh..dia lagila..dah besar,pandai cakap..dan pandai dah kenal bosan tu apa. akak pun ada jg bincang dgn suami..harap sgt dia boleh awalkan sikit balik dr kerja dan luangkan masa dgn anak2..takut lama2, budak2 ni memberontak pulak ..emosi tercedera ..sbb terasa diabaikan ayah..huhu.

Shu @ Mrs. Hamid said...

Respect la, boleh buat semua tu. Kalau shu memang fail.
Suke tengok aie, dah bam bam.

PUANSTOBERI said...

Hihiks..cute lah Mama Oni n Aie nih. Hihiksss

AKO @ retna said...

chubby nya si aie....
berat dia dah berapa tu cha?

ch@ said...

anisalya:
btl la kak. mmg dh tau tahap kebosanannya bila cuti lama mcm ni, hehe, tapi hari tu ada oni je still boleh jejalan lagi. bila ada aie ni, nak jln juga tapi mcm kesian kat dia.

mekchu:
tiba-tiba kita terfikir. mostly blogger pun bekerja boleh urus anak-anak dgn baik.

kak jue:
lagi satu kita fikir kak, mmg kita jns tak boleh duduk rumah. kita kena juga kerja. kalau duduk rumah kena ada sesuatu yg boleh kita buat. ingat nak deco rumah, tapi bahannya tak ada.

kak diyana:
ye la, damia dah besar dan dia tahu apa itu bosan. alangkan oni yg kecik tu pun bila bosan dia merenget tak sudah2. naik pening. duduk dgn atok, hari2 atok bawa jalan bila habis kerja. kita yg kat rumahla mengadapnya.

shu:
rimas dan risau tengok rumah tunggang langgang, tak masak lapar, baju dah macam aiskrim kena cuci. husband shu rajin takpe.
*penangan susu ibu bagi dalam botol.

kekda:
bila dah kena buat semua, mood dah merudum hilang kecomelan kita. jadi, utk kekda pergila honeymoon dan bercuti selagi berkesempatan.

kek ret:
kita belum bawa pergi imunisasi lagi kak ret, 5kg ada rasanya.

Imaan09 said...

alahai cha..saya cepat nk ngamuk bila hubby balik lambat.rasa sgt xadil byk menda kna buat sdiri..berkira kah itu???adoii..kdg2 nk jd independent..tp xberjaya nampaknya..

@e_da said...

huhuhuuuu akak leh rasa kebosanan mu itu... rugi kita tak snap pic kan.. huhu

mamalieyna said...

huhu...dapat membayangkan..dah la dok umah style umah tinggi2 kan, lglah terasa kebosanannya..mmg tahap kita ni, bleh lepak2 kt umah 2 hari jer, bila lbh dr tu, mmg bosan tahap dewa dengn kerenah anak2 lagi..hee~

tp agak bernasib baik setakad ni, sbb en suami kurang sket keje mlm, mlm minggu je selalunya..

debab tul Aie...geram~

Masya said...

kesiannya cha.. dugaan btl yer klu ank dah 2 org ni... abi pulak bz...

jgn jeles kami baru jer blk bercuti ke cameron.. cume belum sempat nak update cerita kesana...

ch@ said...

lea:
samala kita. tapi boleh control lagi, sebab teringat ada penceramah tu cakap, suami balik kerja sambut dgn senyuman. ceh! kita ni balik kerja suami sambut dgn dengkuran. sabar je la. ikhlaskan hati seboleh mungkin.

kak eda:
kita kan serupa, punya hati yg agak sama.

kak ieyna:
betul skali kak. rasanya sejak anak dua ni, makin kerap dia bertugas malam. kerap ada operasi, mungkin nak setel kes akhir tahun kot. aie ni, kita nak dukung pun dah tak larat.

masya:
kita masih blaja nak menerima hakikat beranak dua dgn pangai abi. lelepas ni, harapnya ok la kot.

jelesssssssnyaaa kitaaa.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hahhaha. tgh2 baca n3 cha dlm hati ni ckp mane gmbar Oni & Aie dgn Mikhail, akhir sekali br ada cerita srnok sgt berbual smpai terlupa amik gmbar rupanya...

Cha, eija br balik bercuti CH.., Ada Souveniar FM untuk Cha..,rasa mcm nak bg by hand, hopefully dpt melawat cha minggu ni, papehal pun nnti eija sms, kalau x dpt jumpe jgk, nnti eija pos..

ch@ said...

eija:
simpan je dulu sampai kita berjumpa ok. kalau dah pos nnt hajat tak tercapai-capai. jmpa kak eda ni pun tah berapa kali punya rancang la, sudahnya datang tiba2 je.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in