Setelah mengimpikan akhirnya mendapat.

Tuesday, 6 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Satu dua tiga empat, empat Avent aku mendapat.

Akhirnya, keinginan memiliki botol susu berjenama ini menjadi kenyataan. Hurey! ye aku tak berapa mampu untuk membelinya sendiri, ini kerana wang yang aku ada lebih menjurus kepada perkara yang lebih penting.

Arakian bermula cerita apabila PA opis aku menanyakan, apakah yang aku inginkan untuk diberi kepada baby baru iaitu Aie bila dia sudah keluar. Dan, pantas sahaja aku berkata, belikan aku botol susu mahal yang paling besar, tidak kisah la brand apa sekalipun.

Ehehehe, seminggu pertama aku naik kerja, hari-hari ada bungkusan kiriman buat aku. Ahahaha, menaikkan kecemburuan mereka-mereka ini. Jeanne datang kepada aku membawa 3 biji botol Avent 260ml. Ahahaha suka makcik nak!

Ada tiga, dan aku telah membeli sebiji lagi untuk mencukupkan 4 biji. Adilla untuk Oni 2, untuk Aie 2. Lama aku bercita-cita, akhirnya aku memilikinya. Tapiii, dia punya puting botol, amboiii kalah harga sehelai jeans emak dorang. Apatah lagi aku membeli 4 unit sekali gus. Pengsan.

Disebabkan Aie masih belum 3 bulan, walaupun dah semakin gelojoh menyusu, tapiii aku akan rasmikan dan buat penyeleggaraan untuk penggunaan sebaik sahaja Aie mencecah 3 bulan. Segala mak nenek botol susu lain akan di agihkan ke rumah pengasuh pula. Bijak betul emak dorang ni, kat rumah guna yang cecantik je. Ahahaha.

Eh, nak hantar kat rumah pengasuh tak boleh brand Avent, pasal mostly dak-dak kat situ ada botol susu rupa ini juga. Karang dorang main tukar-tukar suka sama suka pula. Lagi-lagi Oni, dia memang tak kisah walaupun minum or makan bekas orang lain. Semua dia sebat bila dihulur.

Hrmmm, apa lagi nak beli eh lepas ni. Gilalaaaa. Aku tengok dua bundle drypers size L dan dua bundle drypers size M yang besar-besar kat rumah tu, menakutkan. Rasa macam membuka kedai runcit gamaknya. Mujurla toiletaries boleh share kan, kot tak? pengsan.

Geram tengok baju di Anakku, mempunyai design yang agak serupa tapi satu kemeja untuk lelaki dan gaun untuk perempuan warna purple. Aduuuh jatuh cinta, tunggu omak gaji ye anak-anak. Omak pasti akan belikan. Ehehehe! Aku suka mensedondonkan anak-anak aku. Suka tengok kakNani aka mama kembar 3 mensedondonkan kembar tiganya.

Oni paling untung, beli baju Aie mesti nak beli untuk Oni juga. Ahahaha, nasibla labu. Emak korang ni suka je bershopping :p

13 pasang kaki:

@e_da said...

wahhh dah dapat avent.. best kan..

Noli@Ibu Wafa said...

tgh duk berkira2 gak nk sambar Avent nih..aishhh..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

bertambah lagi la koleksi botol susu Aie & Oni ye..

nmpknye eija setia dgn Botol Susu MAMs

mamalieyna said...

best la dpt free..^_^..kak eina pun berkeinginan yg sama, tp nak kuarkan duit sndiri nak membeli, mcm alahai beratnya..rasa mcm benda lain lebih pntg..ngee~ berkira =P..tp bila dh org volunteer tnya nak apa, kalau kak eina nk jugak sebut botol susu event ni..hehe~

haih mkn tak sabar nak beranak dua, suka jgk nak sedondonkan mereka ^_^..tp ch@ lgi meriah, boy n gegirl..jeles2x..hu~

Mama Kembar 3 said...

mama dulu pun start guna botol avent for si kembar sbb opismate bg hadiah ler. pastu bila sampai tahap si kembar mengganas gigit puting botol tu sampai tercabut, terpaksa tukar brand lain. kopak eh nak beli puting avent berkali kali sebulan hehe.

mama mmg suka tgk bebudak pakai sedondon, cute! ;-)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah bestnya..tambah2 dapat free...

Salina@IbuAqil said...

Avent mmg the best.. Sejak lahir aqil guna smpai skrg dia nak BOTOL GEMUK dia ni jgk.. Beli botol lain x sedap katanya.. Bnyk akal!! Padahal susu sama jerk.. Ngengada!!

puanbee said...

bee pun tak pernah beli botol tu tau cha , sama juga anak walaupun jarak beza tp suka nak mendondonkan baju diorang hehe ..tp tu lah idokle boleh beli baju anakkku selalu .bankrap huhuhu

Izan Ishak said...

syok tu dpt beli avent... kak izan pun sblm ni beli brand yg biasa2 aje.

bab baju sedondon ni semua anak2 pun kalau boleh nak baju sama aje... kalau jln2 mall senang nak kesan.

Masya said...

wahhh dapat free bestnya.... kalau nak membeli mmg mahal sgtkan..

anisalya said...

tak pernah terfikir nak beli avent. setakat yg ada ni pun ok la. budak2 ni lasak. lps minum je campak. puas la mencari satu rumah br jmp. huhuhu... bab baju dah ada dua anak dara mmg sedondonkan. campur azfar cari baju kaler sama je. kemudian carik baju parents yg matching ngn bj anak2. hehehe... usually kami keluar kaler baju mesti sama.

ch@ said...

kak eda:
mak dorang yg lbh sonot. dorang tak apa2 pun. kekeke.

noli:
mahal gila. kalau nak beli time gaji keluar, pilih, ambil bila byr tutup mata hulur duit.

eija:
aha mam's pun mahal. blm cuba lagi. suka dgn warna2 botol mam's.

kak ieyna:
sbb tu la kita mnta botol susu. nk minta barang lain, smua dh kita sediakan.

ahahhaa, jgn la cemburu yang...

kak nani:
ahahaha kita tgk je la cemana nnt kak. mampu ke tak mak dorang ni nk beli puting botol tu. abi dorang mmg tak masuk campur.

kan-kak-kan? kita suka tgk kembar F tu sedondon.

kak jue:
free 3 botol, beli sendiri dah berapa tu? mau rm200++. syukur.

ibu aqil:
hahaha, dia dah serasi. mcm oni dia mmg tak kisah langsung. hulurla apa pun, aie? taktau lagi.

bee:
pecah rekodla, sbb nak bagi adil kita kena beli juga utk oni lagi satu. alhamdulillah kakak tu bg diskaun. suka berdondon-dondon ni, aku nak beli gak baju anakku yg utk boy and girl tu. cantik.

kak izan:
kita beli satu je kak, yg 3 lagi kompeni bagi. ehehehe, btlla. kita pakaikan anak2 je sedondon, kita dgn abi sedondon tapi warna beza dgn anak2.

masya:
sangat mahalnya. menangis tgk harga.

anisalya:
kita cemburu tgk org guna avent. so nak try la juga kan. ehehe.
kita suka tgk family keluar baju sama. nmpk mereka serasi sgt2.

kak mah said...

besar tak botol ni?

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in