Pertemuan kali ini.

Monday, 5 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu lepas, ala-ala reunion pula jadinya apabila tiga keluarga datang bertandang ke rumah aku. Huh! waktu malam juga mereka sampai. Macam dulu-dulu juga zaman belajar, hampir kesemua aktiviti berjimba-jimba aktif sewaktu hari malam. 

Jiwa muda katanya. Agak penuh rumah kecil aku memuatkan mereka-mereka ini. Datang hanya untuk melawat Aie. Oni paling gembira, ramai kawan, Aie tidur daripada orang datang sampaila mereka pulang. Bila semua dah  pulang, barula biji matanya celik, siap gelak-gelak bila diagah. Clever Aie.

Berkumpul kali ni, best juga masih ada sesi kena mengena, perli memerli, bersenda suami isteri, usik mengusik antara satu dengan yang lain, memang tak berubah. Terasa bagaikan satu ketika dahulu, berkumpul sambil pekena nasi lemak panas. 

Suami bertemu suami, yang memang sedia kenal tak jadi masalah, berbual daripada duduk bawah, duduk di meja makan, dan duduk di bawah semula. Makin malam, makin meriah, makin riuh rumah aku di lantai paling hujung. Rasa ceria sikit.

Bila jam hampir ke jam 12mlm, mata anak-anak pun sudah mulai memberat, perangainya pun sudah bertukar lemas minta tidur, barula mereka beransur pulang. Tiga keluarga sahabat bagaikan tidak mahu melepaskan detik pertemuan berharga ini. Ini sahajala sahabat yang aku ada ke sana ke mari duduk di KL ni.

Buat pn Izma dan en Kmie, selamat menyambut orang baru ye. Kami doakan anda dipermudahkan proses bersalin nanti, buat pn CT dan en Batu, jangan serik datang rumah pinjam kitorang ni. Begitu juga pn Zura dan en Shah, korang memang sentiasa segar dalam ingatan kitorang. Macam-macam hal, kita dah tempuh sama-sama. Jangan marah, kitorang mengikut jejak korang pula :)

Ye, mereka sahabat zaman aku belajar. 

Dulunyaaa...

Zaman berjimba-jimba: cikIzma, aku, cikZura dan cikCT.

Sekarang...

puan CT aka akak
puan Izma aka Eima

dan

puan Zura aka Zurek
Daripada facebook Zura. Ampun buk, gue cilok u punya family potrait ;)

Dan gambar family aku, hehehe tak ada lagi la. Belum sempat nak buat family potrait lagi. Masing-masing kebusyan, lagipun tunggu la Aie dah pandai senyum melebar nanti, baru cun.

9 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

Haa...nama batu tu.. kwn akak masa U pun ada nama Batu. Hikhik. Sbb dia dari Batu Pahat,so masa memula masuk abg senior kasik nama dia batu. Huhu

eima said...

meriah kan klu jumpa balik kawan2 lama....

mamalieyna said...

meriah kumpul kawan2 lama camni kan..best~ ^_^

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

bestkan jumpa kawan lama...

Izan Ishak said...

wahhh...meriahnya jumpa kawan2 lama. mesti umah cha riuh rendah kan...

Mama Gee said...

seronoknya...
kawan2 lama semua busy dgn family masing2..susah tul nk ajak berkumpul2..huhu

@e_da said...

bila jumpa balik kawan2 lama tak sangka semua dah de anak2 kan..

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

mmg seronok bila dpt berkumpul dgn kawan2 lama lebih2 lg yg mmg rapat pulak tu dgn kita..happening..gamat dibuatnya..

btol tu cha..tunggu aie dh pandai meniarap n senyum lebar baru amik..

ch@ said...

kekda:
ahaaa si Batu ni super senior kitorang. dia pun drpd Batu Pahat. agaknya org BP mmg dipanggil batu.

eima, kak ieyna, kak jue, kak izan:
best sangat. rasa tak cukup masa nak bercerita. kecoh bercerita pasal kehidupan skrg. terkenang-kenang masa zaman blaja.

mama gee:
tu la, bila isteri dah deal, suami pula kerja tak kena masa.

kak eda:
masing-masing bawa handbag. handbag yg tiada tukar ganti.

eija:
hahaha tu la pasal. rasa nak cerita smua benda je. ahaaa tunggu la aie besar sikit nnt. ingat nak deco2 rumah juga. buat frame besar2.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in