Wednesday, 14 December 2011

Pelbagai beg serbaguna.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Alkisah bermula apabila, terpaksa mengangkut pelbagai jenis beg yang berisi segala kelengkapan, beg pumping, beg baju anak-anak, beg bekal dan juga beg kerja. Itu belum termasuk kelengkapan untuk pulang ke kampung, bagasi, beg susu, beg mainan dan beg bekalan ole-ole.

Sebagaimana maklum segala jenis beg ini disiapkan rapi oleh insan bernama emak atau isteri. Sekiranya berlaku sebarang kekurangan maka emak atau isteri ini jugalah dipersalahkan dengan muncung yang panjang.

Dek kerana aku bekerja, rumah pula tinggi melangit dan perlu menghantar si teruna dan dara [jika abi operasi] makanya banyakla yang perlu diangkut. Pertama kali, dengan langkah kurang bijak, aku kerah bawa semua sekali, Aie aku sandang depan, beg baju teruna dan dara beg sandang belakang, beg pumping dan beg kerja sandang tepi then tolak stroller berisi si Oni.

Struggle dan memang tiada segaris senyuman pun terukir kerana dah lambat dan terasa macam kena dera. Ini perlukan perubahan. Sadis, kalau begini hari-hari. Memang aku tak gemuk la jawabnya.

 Beg kerja: ada yang lebih besar lagi. Lama tak beli beg baru :p

 Beg kerja sekarang, ala-ala pencil case sekolah menengah + diari.

Daripada beg kerja besar, aku berusaha mengecilkan sekecil-kecilnya. Sehingga boleh tumpang beg baju si teruna dan dara. Ada juga cadangan supaya meninggalkan persiapan baju stok untuk seminggu. Aku nak buat, tapiii aku macam tak sampai hati nak biar baju mereka tinggal di rumah pengasuh.

Lagipun aku lemah part mengira stok baju, even aku hendak balik kampung sekalipun aku meminta abi mengira berapa helai yang patut bawa. Memang, daripada aku bujang sampai sekarang masih lagi meminta bantuan orang mengirakannya. Pada aku, kalau boleh satu almari nak diangkut.

Ok dah merepek, kantoi kelemahan. Oleh kerana beg kerja yang berisi bukan-bukan menjadi sekecil-kecil beg, maka aku dapat pengurangan di situ. Sekarang, aku hanya sandang tepi beg pumping berisi ais-pack, di mana pumpingnya aku tinggal di opis. Salah satu taktik untuk bagi Aie direct breastfeeding. Muahahahaha.

Kalau kena hantar teruna dan dara, aku sumbat semua dalam beg baju dorang. Ngeee. Ringankan? Aku jadi lega bila ada abi, abi hantar Oni. Aku hanya hantar Aie dan galas beg belakang naik tangga dua tingkat (rumah pengasuh hampir dengan tangga).

Beg baju teruna dara ke pengasuh atau beg susu dara ketika bersiar-siar.

Bila keluar berjalan, beg galas ni jadi beg susu Oni. Beg baju dan drypers harus comel lebih sedikit. Dan beg aku hanya tumpang beg dorang. Dulu terbalik, Oni tumpang beg aku. Dah berdua, baju spare pun bertambah, drypers bertambah, jadi harus emak mengalah sebab yang kena bawa pun emak juga.

Beg yang menjadi kegemaran emak teruna dara ketika berjalan.

Disebabkan emak agak suka melawa, maka emak belila beg lawa. Hehehe! beli menggunakan hujung jari je. Kedai favourite aku sila lihat sidebar eh ;)

Sekian sahaja al-kisah tentang saiz beg yang pelbagai, boleh diguna pakai apa sahaja. Hihiii. Beg bekal warna hijau, alaaa tupperware tuuu. Beg pumping atau cooler bag berisi ice-pack, Autumn brand punya yang kecil. Google je :p 

15 pasang kaki:

@e_da said...

huhu kena pakai beg Af la cha heheh. akak gurau je... sian umminya makin lama makin mengecut angkut beg.. letak tuk seminggu mungkin ringan sket.. apapun beg merah tu CUN!

mamalieyna said...

hee~ tu baru cerita pasal beg kan..haih..mmg byk tugas si ibu ni kan bila ditelek2..nmpk simple, tp bila diteliti, leceh woo...hee~

apapun hrp makin dipermudahkan..^_^comei beg tu...suka3x..^_^

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

cha dulu kak jue pun sama ..masa farisyah kecik kakjue selalu tumpang beg farisyah dan yang pastinya beg itu mestilah sesuai utk kak jue jugak sebab kak jue yang nak bawak...

** pasal balik kg tue ..kak jue pun sama ...kena kemas baju sorang2 pastu kalau ada yang tertinggal memang kak juelah yang kena..memang sedih..**

Diyana said...

huhu..akak pun lama tk beli beg ,cha..skrg ni tumpang purse dlm beg diapers budak2 ni je..hehe

Salina@IbuAqil said...

Huh!!! Cha hebat!!!!!! Kita hebat waktu anak2 kita kecik.. SuperMOM!!!! ;)

eB ezrin said...

suker bag last tuh. comel :)

Masya said...

memang susah jgkkan nak cr beg yg sesuai klu dah ade 2 org anak nak hantar pergi rumah pengasuh.. jadi emak² ni x bolehlah nak melaram sgt dengan beg cantikk hihihihihi

anisalya said...

bab kena sediakan brg2 blk kg mmg keje isteri dan sgt setuju bila ada yg tak ckp mmg kena leter la. skg ni akak buat check list. takt ada brg yg tertggl. cm kena tny la brp lm nk blk sng nk kira brp helai ptt bwk blk bj. ms bujang lu, baju yg tu pakai time blk time nk blk U pn bj tu jgk la dipakainya. sempoi je. hehehe...

p/s: beg merah tu cantik je.

Qaseh Iman said...

huit..banyaknyer beg...sian ngan maknyer yg dah terpaksa guna beg ala pencil case..heheh..tak per, pengorbanan seorg ibu tuh..

* beg merah tuh cantik laaa... i like..

Nida said...

Tu dia macam-macam bentuk beg yang ada..:)

p/s: kemanalah Pak Lan agaknya ye. Rindu juga nak dengar celoteh dengan usikan dia.

ch@ said...

kak eda:
beli beg af, ada roda kena tarik gak kak. camno tu? abi pakar la tarik beg roda dgn tolak stroller, kita tak gigih la. mls.

kak ieyna:
oh, tugas sbg perempuan mmg tidak mudah sebenarnya, tapi kita diberi pemikiran utk berfikir menjadikan ianya mudah.
*suka? belila, reganya pun beg sesuai dgn kualiti.

kak jue:
masa ada oni seorang ok lagi, beli beg besar sumbat smua. skrg tak boleh, berat gila.
*ha btl la tu, nnt dh blk KL smula, kita juga kena munggah blk.

kak diyana:
langkah terbijak dan terbaik, asalkan purse ada ongkos, jadi barang kita tertinggal bebas membeli, barang anak tertinggal nak beli lagi rugi.

ibu aqil:
eheh! blushinggg. smua wanita adalah terhebat, akak lagi hebat sebab bertabah menjalani kehidupan.

eB:
;) meh beli meh.

masya:
tu la pasal. tunggu dorang besar, boleh bawa diri memasing, haaa baru boleh melaram balik, rasa tak sabar nak tggu detik tu :p

anisalya:
hahaha, time bujang takpe lagi part baju ni pasal tak mikir nak sedondon bagai, bila ada fmly kalau boleh baju kat rumah pun nak disedondonkan. hahaaa.
*hiii, best bawa beg ni. sumbat byk mana pun tak rasa beratnya.

kak aishah:
hahaaa. tu la rasa simple sgt guna pencil case ni, tapi mudah juga nak di arak ke hulu ke hilir.
*meh beli meh.

kak nida:
hihiii ;)
*tu la tu, dia bercuti dgn keluarga agaknya kak.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

mmg lawa beg merah tu cha..

hehe..sama la kita cha bab packing baju mmg problem kalau boleh sume nak masuk dlm beg, eija pun selalu kena bebel ngan asben, "ntah pape yg mama masukkan dlm beg wat berat beg jerk" huhu .., kita ni bkn ape biarla lebih jgn kurang...

ch@ said...

eija:
belila, ada warna pink tau satu set.
btl, kita suka part biar lbh jgn kurang. abi pun selalu kata, bawa sehelai sorang je la. ewahhh, nnt bila tak cukup tang-tang tu kita juga dipersalahkan.

Ummi Nur said...

Salam...

Ehehhe..ummi pun dulu tinggal baju utk seminggu..

Sekarang dah rasa cam tak sampai hati lak..huhu

ch@ said...

ummi nur:
hahaaa, kan? tak sampai hati, biar kita bawa tiap-tiap hari.

Copyright © Diari Umi. Designed by Whitey Mommy