Oni.

Friday, 23 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yo, today is Friday. My mom message, ask me confirm tak, nak balik kampung malam ni. Aku blurrr. Then, reply message, bila masa lak we all kata nak balik Johor? eh, bukan anak derhaka. Aku taktau la kot-kot abi ada kata ngan dia nak balik malam ni. Abi tak cakap apa pun. 

Baju pun tak packing. Aku tak jumpa abi pun. Jumpa time aku dah bermimpi-mimpi. Nak cakap cemana, mamai-mamai tu kan. Dia kata balik, balikla. Dia diam, aku derk je la. Eh, bukan ni aku nak cerita. Ahahaha.

Apa lagi, kisah anak dara aku tu la. Anak dara yang sedang membesar dan belajar. Memang kena kontrol marah, kontrol mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak baik dan kontrol aksi-aksi yang kurang sopan. Uiii! memang cepat pick-up ini budak. 

Seronoknya dengan Oni, bila hantar dan ambil dia. Aku dah tak lagi sunyi, bila dengar dia membebel, menyanyi, menegur orang. Sudah dapat beza mana satu abang, mana satu kakak dulu main hentam semua orang jadi kakak, termasuk mak dia sekali.

Bila nampak orang yang agak-agak warga emas, pantas je mulut tu, 'haiii nenek' ehehe, janganla terasa ye, dia memang macam tu. Bila berpisah, 'babai kawwan, babai nenek, babai aunty, babai lift' habis la semua yang ada kat situ dibabainya.

Paling aku suka Oni agah Aie. Aie tak macam Oni masa kecik, Aie peramah dan cepat senyum. Memang dia ikut aku yang suka sengih tak tentu fasal. Cuma, orang tetap tak percaya Aie tu baru je 2 bulan. Ahahaha, kepala tegap, badan tough, muka ensem (nak jugak), bajet dah 5 atau 6 bulan.

Part paling touching, bila Oni perkenalkan abi dengan umi pada Aie. Ceh! macamla Aie tu fahamkan. Tapi, aku layankan aja. Oni pun salah satu mentor yang boleh Aie jadikan contoh. Terharu bila Oni duduk sebelah Aie, tepuk-tepuk dengan mulut riuh.

Oni: Adiiikkkk, ni kakak. (tunjuk diri sendiri). Tu ummi, Tu abbi - dia suka sabdukan huruf mim dan ba :D
Umi: Siapa nama yang kakak tu? - sambil jejeling Oni.
Oni: Niii [oni] la (tunjuk diri sendiri lagi)
Umi: Adik comel tak? 
Oni: Omelll [comel]. Kakak antek, andai [cantik, pandai]
Umi: Perasannya kakak tu kan? - terus dia lepuk mak dia. Malu. Akakakakaka. 

Bila aku nak pergi kerja, memang wajib salam abi dengan satu kiss. Tengok-tengok, Oni pun ikut juga. Ahahaha, kalau abi sendiri minta kiss, jarang dia nak bagi. Macam-macamla Oni ni. Tapi, aku selute betul dengan mata dia. Tahan tidak tidur daripada 3.30pg sampai ke Subuh.

Memang dia tak kacau aku tidur, tapiii celik je mata macam nak pengsan tengok betapa tunggang langgangnya rumah. Adoiii. Aku kena belajar tahan mata dengan Oni. 


Aku rasa sejak dua menjak ni, entry aku merapu-rapu. Lantakla. Hari ini mau makan besar-makan besar.

9 pasang kaki:

.: iEyLa :. said...

alololo...omell nye oni ni...

Noli@Ibu Wafa said...

hai oni...ehh mkn besar sampai bdn tuh besar jugak yer...hihi....

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

heheh. mati2 ingat cite balik kg. ceh

pandainye oni
dahmuke cha dah si oni ni akak tgk
akak dr tadi nak update pasal rafiq tapi tak publish lagi duk merayu blog org len ahahha

anisalya said...

rambut oni mmg mahal. comel je.

mamalieyna said...

hikhik..comel betul keletah kakakOni kan..tak sabar..tak sabar..tak sabar nak tengok keletah abang long arif plak..hee~

aiyakkk! tabik jugak sama oni..bleh tahan mata dr 3pagi...

Salina@IbuAqil said...

Kalau cerita bab anak ni x ada yg tunggang langgang dik.. Semuanya penuh rasa bahagia jerk.. Senyum je akak baca entry ni.. Hik3!!!! Oni budak bijak.. Cerdik & pintar.. ;D

Masya said...

Bagusnya oni peramah.. kalau anak sy pemalu yarrabiii... haihh kalau dah kenal pulak tak blh berhenti asyik bercakap.. bertanya itu ini.... hihihihi....

PUANSTOBERI said...

sebijik nengok muka Cha kat Oni tu. hihi

ch@ said...

ieyla:
:) nakal wei.

noli:
ahahaha, pinggan besar, makan habis, pipi je yg besar. badan mcm ni la jugak.

kak rose:
ehehe, muka mak dia eh? suka-suka.
sama mcm kita kalau nak update. kadang2 tak berupdate dan tunda entry dok melayan blog org lain ;)

anisalya:
ramai org cemburu kak. kita suka rambut lurus atau keriting alfro tu.

kak ieyna:
rasanya abg arif akan selalu teman adik dia. sbb arif dh bsr banding ngn oni. mesti arif tak sabar nak ajak adik dia main nnt.
tu la, cemana biji mata dia boleh tahan agaknya.

ibu aqil:
betul sangat.

masya:
dulu macam tu juga, masa kecik oni pandang org yg tegur dia, mcm nak telan. besar sikit malu nyorok belakang kaki. skrg ni, dia bw diri sendiri, membebel aja.

kekda:
really? hehehe i like ;)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in