Kerana terpaksa.

Thursday, 29 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Petang semalam, balik kerja macam biasa dengan hati riang tak terkata sebab daripada pagi membawa ke tengah hari dan petang segalanya berjalan dengan baik. Sehinggala balik kerja, start enjin kereta tak mahu hidup.

Ah sudah! start lagi, dan lagi, dan lagi, ayorkkk cemana nak balik ni. Call abi as orang yang pakar sikit, dan itu kereta dia. I pinjam je. Dia on the way daripada Perak. Mintala tolong pak guard, katanya. Pak guard? errr... majority berbangsa bukan Melayu.

Malas nak minta tolong punya fasal, aku try-try-try dan try start enjin Waja tersebut. Aku rasa batery hampir nak kong mungkin. Akhirnya, berkat doa dan usaha, enjin berjaya di hidupkan macam biasa, nerves pula nak memandu pulang, berdoa lagi berharap agar dipermudahkan.

Dan selamat sampai rumah, jalan pun tak jammed. Going smooth je. Aku berharapla agar pagi tadi berjalan dengan baik juga. Sebaik sahaja menghantar bala tentera ke kem dorang, aku start Waja macam biasa. Ho'o same like yesterday. Then, terus call abi. Dia masih lagi tidur kot, dan menariknya dia offer bawa Kelisa.

"are you sure abi? betul ke ni?" ahahahaa, 
"habis tu macam mana?" nada memang tak ada rasa nak offer diri menghantar aku.
"errr, betul ni bagi umi bawa?" acah aku lagi.
"bawa je la, sama macam bawa Waja, auto juga tu" katanyanya dan aku terbayang alangkah rocknya aku memandu kelisa sporty tersebut.
"tunggu kejap abi bawa turun" dan aku terus menyuruh dia bawa ke parking Waja, pasal tak confident nak turun jalan parking nan sempit itu.

Wuwuwu, bestnya. Kereta kecik, cermin sisi besar, bunyi ngaum-ngaum, rasa macam bawa kereta mrBean. Payah gak nak men'serasi'kan tekan breake dan minyak, lagi satu signal proton belah kiri, produa belah kanan, haru jugak la. Dah setengah perjalanan baru ok, itu pun aku berhenti jauh-jauh daripada kereta di hadapan, dan terasa betul bila orang belakang nak cium montot Kelisa. 

Very the sporty, wowowooooo...

Part paling best masuk parking, hahaha. Tak payah corner jejauh tapi aku still kena ambil side juga. Itu buah hati abi ooooooo, jangan sagat-jangan sagat. Alhamdulillah, semuanya lancar. Suka-suka. Boleh pandu lagi, next time. Masa abi tengok aku pergi dengan Kelisa mesti hati dia berdoa tak sudah-sudah kan? ahahaha.

"kerna terpaksa, aku melepaskan mu,
kerna terpaksa, aku turut kata hati
gementar tubuhku dengan keputusan ini
biarpun seram ku teruskan jua" - abi nyanyi dalam hati.

Muahahaha. Sayang abi.

11 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

Huhu. Akak tak penah bawak keta lain selain keta sendiri. TP skang ni keta sendiri pun da jarang bawak. Apakah?? Hahhaha

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

ahhahah..org lelaki mmg kalau sygkan kereta msti lebih dr bini kan..

mmg berkenan la dgn kelisa cha ni..hehehe

sib baik waja selamat juga smpai kat rumah, kalau eija la yg bw tetiba x leh start mau kalut..

anisalya said...

hahaha.. mana lbh sayang? kereta ke isteri? mmg kalau dh biasa bwk kereta bsr ssh skt nk sesuaikan diri bwk kete kck.

e.l.i.s.s.m.i.e said...

me hari2 bawak kereta my hubby kerja. ms awal2 bawak dulu dia kata dia redha kalo me calar2.hehehehe

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

sib baik somi akak takde kete kesayangan..kete dia ke..kete akak ke..tak jaga langsung tapi akak yg lebih2 jaga 2 kete tu..huhuhu

Salina@IbuAqil said...

hik3!!!!! comel je.. mesti tersengeh panjang sepanjang perjalanan ke opis ni erk.. ;) Pstttt!! Akak dah sambung entry Aqil nangis2 semalam erk.. ;D

eB ezrin said...

kete eB tulah dari blom kwn sampai skrg. byk sungguh jasanyer :)

@e_da said...

mesti ranggi cha bawakketa ni...hehehheh

ch@ said...

kekda:
apakah? skrg kekda ngn hubby together tak apa la, best pe mcm tu, jimat. kita takde kreta sendiri, dua2 ni pun abi punya, pinjam je.

eija:
time waja tu tak mahu hidup, kita masih kt parking lot. kalau dah jln mau tunggu sampai mekanik datang, tak pun eskot polis peronda ke. miahahha.

anisalya:
btl la kak, walhal sblm bawa waja, kita mmg bawa kelisa, manual lagi time tu. lps bersalin oni, abi soh bawa waja sehingga la dia bikin itu kreta.

elissme:
tu salah satu sebab abi tak beri kita bawa kelisa, dia dah tukar catnya gara2 kita sagat tiang. waja pun sama sagat dinding. hahaha.

kak rose:
aset penting tu mmg kena jaga. kelisa ni arwah mak dia beri. dah tukar nama dia sendiri, sbb tu dia syg.

ibu aqil:
neves kak, tak boleh nak sengih lebar2. ok dah baca dan komen pun. nak naik kapal ye.

eB:
ahaaa kelisa ni mmg wanted kat tmpt belajar dulu, empunyanya keluar masuk-keluar masuk pi dating. waja je baru beli lepas kawen, sebab nak bawa jalan jauh, mantap sikit.

alexa yussida said...

saya paling takut bawak keta baba..takut tercalar..mama ckp bawak jela,kompiden je..calar pon xpe..wuuwuw xsnggup.

ch@ said...

yus:
akak bawaa kereta proton saga papa akak yg jenis lama tu, bawa ok, masuk parking langgar tiang konkrit simen siap bengkok lagi. ekekeke, skrg kreta tu dah masuk muzium pun.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in