Jam 3 pagi.

Friday, 16 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mengantuk gara-gara perubahan drastik daripada Oni. Kes nak menyalahkan anak la ni kan, hahaaa. Takla, cuma aku tak paham perubahan yang minah ni buat. 

Aku sendiri dah tak reti nak adjust waktu tidur dia ni meskipun ada abi. Apa tidaknya, petang aku ambil daripada rumah pengasuh, dia ok. Main-makan, main-makan, berlari, bergurau sampai rumah pun main-main-main, sampai one part senyap.

Aie tension kakak lebih interframe.

Jam menunjukkan 10pm atau 11pm biasanya, dia dah belayar. Sambil jari jemari memintal selimut roti kirai. Aku betulkan, setkan tempat tidurnya baik-baik then bagi susu, srooot-srroooot-srooot habis peluk botol susu dan tidur.

Aku kemas rumah, FB dan aman sekejap, selagi Aie masih tiduran. Buat apa yang boleh dibuat sementara dorang tidur. Sampaila aku sendiri betul-betul masuk tidur sambil menyusukan Aie. Fine.

Jam 3pg, Aie menyusu. Dan plingggg... Oni dah takde di tempat tidur. Aik!!!
'ummmmmiiiiii....' tu dia, suara segar belakang aku. Ataupun, dia buat aksi terbang terjah aku yang tengah susukan Aie daripada belakang. Uiiiks! dia buat senyum comel menampakkan gigi-gigi cantik dia tu. Aku memang puji gigi dia. Kalah gigi aku sendiri. Dengan matanya disepetkan sedikit.

Sah dan memang sah, dia tidak akan tidur sampai pagi nanti. Kadang-kadang aku tanya 'Oni ni mimpi ke? ngigau ke?' biasanya dia hulur remote TV atau astro suruh pasang kartun sebagai jawapan. Pasal aku dengan abi pernah tengok dia gelak besar sambil tepuk tangan dengan mata tertutup. Lawak gila.

Aduhai anak. Pasang je la selagi dia tak kacau Aie. 'Oni tengok TV umi nak tidur lagi, tunggu Azan ye' aku pun belayar.

Hari pertama je aku tibaikan dia dengan air sejuk. Cejuk umi-cejuk umi, tapiii tak keluar juga daripada besen mandi. Bila aku suruh keluar, 'anti jap-anti jap' - nanti kejap. Itu jam aku bodek-bodek la apa yang patut, sebab aku pula nak mandi. 

Hari kedua, aku masakkan air panas. Buat air suam. Kesian pula mandi pagi dengan air sejuk. Kalau boleh aku pun nak mandi air suam juga. Hahaha.

Hari ni, masuk hari ke-tiga. Bila aku kata, 'Oniii mandi' berlari pantas sebelum buka baju dan seluar depan pintu bilik air. Muka agak kecewa sebab tak dapat main air. Aku malas nak layan, lagipun tak ada orang tunggu Aie, so malas nak lambat-lambat. 

So far senangnya dia tak tidur ni aku tak perlu bawa stroller, dan Oni jalan sendiri. Independent. Dia pun jadi tak sabar nak keluar rumah. Tak boleh tengok adik celik 'adik-adik-adik' katanya. Aie pun dah pandai ketawa besar bila kena agah. Aiii tak lama lagi habisla aku.

Tunggu minggu depan pula, perubahan apa lagi yang Oni akan buat. Jeng! Jeng! Jeng! Disebabkan perubahan inila aku rasa macam tidak tidur je waktu malam. Tidur-tidur ayam, menjeling, memerhati anak dara tu buat kerja. Kat opis aku la manusia paling mengantuk.

13 pasang kaki:

eB ezrin said...

singgah dlm ke'MC'an. bb lembab laks tuh hu3.

mamalieyna said...

uuik awat sampai camtu kakakOni..haih..fenat mak melayan tu..nantuk laa..hee~

abg long arif pun berubah time tido dia, tp still ok, if dulu, blk dr umah pengasuh, seawal 8mlm dh lena..skrg jejak ke pkl 11..time nk bgn kul 6 liat sket..tp still ok la, bila dikejutkan..

kalau jd cam kakakOni ni, huu~ penat nye mak... =P

Masya said...

harunya nape kak oni blh jadi mcm tu yer... nasib baik amir tdo mcm biaser.. kdg² tdo awl klu kat rumah pengsuh x tdo.. paling lewat pun pkul 11 mlm baru nak tido hihihihi.....

Izan Ishak said...

mmg dasat jadual kak oni ni. 3 pagi masih nak tgk tv. kesian ummi jadi mata panda kat opis...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

serius kak jue cakap oni banyak persamaan dengan farisyah masa kecik..mula2 tidur awal2 pastu bangun main pukul 12 sampai 3 pagi..pastu ubah lagi ...3 pagi sampai pagi..pastu ubah lagi...last2 sekarang tak jejak pukul 11 keatas mata tak lelap...huhuhuhu...oni oh oni

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

rafiq smapai skang suka berjaga cha wehh akak tataula camne nak masuk keja nnti haihhhhh

okla depa nak mandi awai ek..anak2 akak pengasuh mandikan ehehe

alexa yussida said...

oni makin bijak lah..teringin nk jmpa die one day..:)

Nida said...

Budak-budak macam tulah.. kadang2 pening kepala juga kita memikirkan perubahannya... bak kata orang, beralih bulan :)

Salina@IbuAqil said...

Dpt bygkan kecomelan cik oni kita.. Comel ala2 noti tuh ckup menghiburkan hati.. Kan deq?! ;)

anisalya said...

tidur lambat pun still blh bgn nk tgk tv. hebat la oni. sian kat ch@. huhuhu...

ch@ said...

eB:
tidak sihat ye, get well soon ya. jaga diri & mkn ubat. bb tu biasanya ikut arah angin. hiii.

kak ieyna:
sungguh mengantuk bila kat opis. pagi ok lagi, bila masuk tgh hari dia punya mengantuk, ma'oi sgt kroniknya.

pukul 3pg tu, mata dia mmg segar bugar.

masya:
sejak dua menjak je ni, sblm ni ok je. lena je walaupun adik dia terpekik terlolong.

kak izan:
tu ar, kalau panda betul comel. kalau kita jd panda, habis kecomelan.

kak jue:
ni ikut sifu la ni, jgn esok2 dia pakat dgn aie sudah. pengsan mak dia kat opis. hopefully, time dorang buat projek kita dh stay duduk rumah.

kak rose:
huiii mmg struggle kak, pumping susu pun kita boleh lena.
*kitapun, pengasuh mandikan. tapi, tanya oni dulu, kalau dia nak mandi, mandikan je la.

yus:
insyaALLAH. akak pun mcm rasa dh dkt je dgn yus, walhal menyeberang lautan jauhnya.

kak nida:
ooo beralih bulan mmg tak kira umur ye kak. mmg sampai besar eh. kita mak-mak ni, ada musim beralih bulan juga tak? ngeee.

ibu aqil:
ye betul, bila buka mata stengah, tgk dia senyum mcm kucing tu terus segar.

anisalya:
hahaha, taktau la kita kak. agaknya bakal jadi pekerja bergaji mahal ni. hohooo.

PUANSTOBERI said...

Aduyai... OT plak si Onie yer. huhu.

ch@ said...

kekda:
tu la pasalnya kekda. ngantuk i.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in