Hidangan besar.

Sunday, 25 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ehehehe... semalam, Jumaat. Aku tau dorang akan keluar awal jika ada party makan-makan. Sedang aku asyik mengunyah biskut ringan [ada ke?] mata jeling jam kat skrin monitor. Alamak, dah lambat. Cepat-cepat mengambil kelengkapan untuk pergi berjuang.

Pam hasil tenusula, apa lagi. Biasanya aku buat setengah hingga satu jam. Tapi, dek kerana makan, dek kerana dah terlambat daripada biasa, aku ambil masa tak sampai setengah jam Lucky me, sebab hasilnya tetap dapat 5oz juga :) aku buat projek kat surau je. Then, bila nak masuk opis semula PA aku dah tekan loceng makan-makan.

Ambil segala kelengkapan dan turun. Mostly staff masih di lobi bangunan. Tanpa teragak-agak sebuah kereta Honda Accord, berhenti di hadapan. Jeng-jeng-jeng, aku dipelawa oleh PA yang duduk dibahagian hadapan. Uiii, lapangnya kereta ni, bersihnyaaa. Pemandunya pun handsome. Aduh! aku gak bisa keluar daripada kereta ini.

Destinasi di tuju One Utama, pertama kali aku jadi pendiam bila naik kereta. Liza disebelah asyikla membebel, banyak benar ceritanya bagaikan tak habis-habis. Aku dah tak boleh nak fokus, di depan PA berbual dengan big bos, Andrew yang memandu, bos kepada bos aku, Raymond. Jakun aku naik kereta mewah macam ni, langgar lubang pun tak rasa. Huhuuu.

Sampai di destinasi, aku dah menunjukkan kebuluran. Mana taknya, baru lepas pumping tak sempat nak minum air. Pokok hiasan jadi mangsa. Bekas bos aku pun tumpang sekaki gelak melihatkan kelaparan aku ni.

TGI Friday, pertama kali aku masuk dan makan. Aku mahu cuba sama ada kena atau tidak makanan dengan tekak Melayu Jawa ini. Duduk sopan-sopan, ambil port paling hujung dan paling jauh daripada big bos dan asisstant-assistantnya. Biasalah, nak interframe, nak makan banyak-banyak, nak buat huru-hara.

Mujur aku tak jadi order ayam, tekak aku kata Pasta. Pasta, ye aku pun dah lama tak makan pasta, apa salahnya mencubakan? Penyediannya agak lambat, sampaikan satu menu ke satu menu tu aku rasa nak gigit meja, nak gigit kerusi. Jenuh. Perut jangan di kata, macam-macam bunyinya.

Sup ni, ok je. Pastanya yummi-yummi-yummi.

Bila sup pembuka tidak begitu masuk dengan tekak, aku menanti Pasta sebagai main course. Pasta bla... bla... bla.... bla... ada lagi nama belakangnya. Dua orang je yang order, aku dengan ex-bos. Cepat je tangan aku ni terangkat, dan cepat aja garfu ku capai. Inila bagusnya tengok kartun agent OSO,dia ajar macam mana nak makan pasta. Eheheheh. Cucuk, pusing-pusing-pusing, ngapppp. 

Pergh, memang aku suggest. Sedap. Aku dah tak kira, perut lapar atau tak sebab memang mebeles. Mujur pinggan tu besar dan memang habis licin dikerjakan dek aku. Cuma tomato banyak benar, aku kurang gemar tomato yang dimasak ni, lembik-lembik.

Habis sepinggan pasta, aku sauk french fries Coniece yang duduk setentang dengan aku. Kesian amoi ni, order lain, dapatnya lain. Telan tak telan je aku tengok dia makan. Terkejut amoi ni bila dia tengok gambar Oni dalam kamera. Ahahahaha. Dia fikir, Aie adalah anak aku yang pertama. 

Liza, Coniece dan King. Macam budak-budak dorang ni.

 Gambar atas: ex-bos, big bos dan assistant-assistantnya.
Gambar bawah: Jason dan aku.

 Makan 2nd round, kawan dengan budak-budak, aku pun dah terikut jadi budak.

Present for me.

After makan-makan, terus balik dengan kereta yang sama. Ehehehe, kita tengok siapa yang cari pantry dulu bila sampai di opis nanti. Sambil mata-mata aku dah jeling Liza. Minah ni, badan kecik tapi makan dia, melebihi aku. Memang super dasyat.

Then, bila balik opis semula, lagi-lagi minah ni cemburu dengan present yang aku dapat. Besar wei. Hahaaa. Aku pun excited nak buka. Tak sabar. Sampai je rumah, terus campak barang-barang pergi ambil anak-anak dulu. Hujannya, sangatla lebat. Jangan lift buat hal sudah.

Selamat Hari Natal kepada mereka-mereka yang menyambutnya. Aku duduk rumah je, berguling dengan anak-anak. Oh! makan-makan dan present di atas sempena hari Natal, opis ni memang satu Malaysia, semua perayaan disambutnya bersama. Aku tumpang gembira sahaja.

Tiba-tiba ada entry hari Sabtu. Ekekekeke.

9 pasang kaki:

alexa yussida said...

hamboihhhh sakan nye makan :D akak pon nmpk mcm budak jugak..

mamalieyna said...

hamboi sakan makan2 ye...kak eina tak reti makan pasta2 ni..hee~ tapi dah terpaksa makan, makan saje..^_^

huuu~ makin menanti dan menanti..dok mgharap time weekend baby keluar, macam selesa lagi dia kt 'dalam ni'..huu~

Amalza Abdullah said...

ini ler time pling best nk berjamboria ...kah2

PUANSTOBERI said...

Jarang ada entry Sabtu ni. Hihi.

Owh. Akak skali pun tak penah men TGI kan diri. Huhuu :D

anisalya said...

best2. tak celebrate pun dpt present. ni la br company 1 malaysia ek...

ch@ said...

yus:
akak mmg lapar benar time ni yus. rasanya, muka akak dh lebar semacam.

kak ieyna:
kita mmg suka pasta, spegeti, eh? ke sama tu? masa pregnant oni, hari2 mkn spegeti kat secret recipi.
*sabar ye kak, dia syg nk tinggal rmh dia tu. blm sedia nk masuk dunia realiti.

liza:
=)

kekda:
taip hari sabtu mlm, bila lbh pkl 12am, jadi entry hari ahad sudah.
*inila pertama dah terakhir kita makan kat sini. tak seronok sgt :D

Masya said...

SERONOKNYA SESEKALI MAKAN BESAR MACAM NI.. SIAP DAPAT HADIAH... TP KALAU MAKAN DGN BOS² NI MEMANG KENA DDK JAUH SIKIT.. KALAU TAK NANTI MALU² SILAP² TAK KUNYAH MAKANAN TERUS TELAN HIHIHIHIHIHI.......

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

yummy2..eija pun suka sgt pasta, tp eija x pernah pun try lg makan dkt TGI Fridays ni...huk3..

wah bestnya dpt hadiah..

ch@ said...

yana:
lagi-lagi bos hensem. tak gigit, tak kunyah, nak telan punyala azab kontrol ayu. adeh!

eija:
so far bestla. tapi pinggan dia mmg super besar mak datuk. cubala eija.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in