Emosi.

Friday, 2 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Legaaa. Setelah semalam bagaikan beg bergerak dengan sendiri apabila aku seorang menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. Rumah pengasuh baru terletak di blok sebelah di mana aku terpaksa mengambil lift di tempat letak kereta. 

Aku kena turun tingkat 11 dan mujurnya rumah pengasuh kali ini hanya di tingkat 4, tidak seperti pengasuh lama di tingkat 14.

Masalah bermula apabila, Oni tidak boleh buka mata langsung, kelopak matanya bagaikan melekat. Makanya, dia tidak mahu berjalan dan aku terpaksa menggunakan stroller. Bila Oni masuk stroller bagaimana pula nak bawa Aie? Huhuuu, cabaran sungguhla.

Aku mesej abi, dia cadangkan aku guna pendukung baby untuk dukung Aie. Huaaa, aku bukan tak mahu gunakan pendukung tu, tapiii Aie baru je 2 bulan, aku tak pasti dia boleh menampung kepala dia sendiri. Setelah berfikir-fikir, guna sahajala. Takkanla aku tak pergi kerja gara-gara tidak boleh hantar anakkan? tak relevan langsung alasan.

Dah siap-siap nak keluar rumah, Aie pula muntah sampai basah baju, pening gaknya duduk dalam pendukung tu, masuk rumah balik tukarkan baju. Aku memang agak cerewet bila part hantar anak ke pengasuh, semua nak serba bersih walaupun belum mandi. 

Oni dah tak sedar diri, tidur duduk atas sofa. Bayangkan je la, Aie dukung depan, beg baju Oni ngan Aie di belakang, beg kerja aku dan beg pam susu aku sandang kat tepi bahu. Then, tolak pula stroller ada Oni. Serius, rasa tak macam kaki aku bergerak tapiii beg je yang bergerak.

Mujurla tidak ramai orang menggunakan lift, dah agak lewat. Jadi, aku tidak berasa serba salah menggunakan stroller yang makan setengah ruang dalam lift tersebut. Ramai boleh naik kalau tak bawa stroller. Ada seorang yang memandang simpati kepada aku, hahaaa.

Sampai rumah pengasuh, aku tarik nafas panjang. Geleng kepala kak Ana tengok aku.
'kesiannya, mak dah la kecik. banyak betul kena bawa' aku gelak tapi hati menangis. Macam ni, kalau orang tak sayang, tak hargai, aku taktau la nak kata.
'nak buat cemana kak, abi dorang tak balik. kerja malam terus pergi exam' mulut berkata, dalam hati boleh je nak balik sekejap tolong isteri ni hantar anak. 

Adoiiila anak, korang buli mak korang eh? isk-isk-isk pilu tau. Dan akibat kekacauan emosi di pagi hari tersebut aku masuk opis lambat, hasil tenusu sebelah pagi pun tak memberangsangkan. Petangnya, aku mesej, aku call abi langsung, satu tak reply. Aku memang dah agak dia akan tidur lena dan mentulikan telinganya. 

Aku gakla yang pergi ambil dak berdua tu, macam biasa kakak tak mahu berjalan. Takkan aku nak dukung Oni, dah berapa kilogram tu? Kalau dia tak tidur, boleh duduk selit dalam stroller dengan Aie. Alhamdulillah, sampai je rumah, aku serah semua anak-anak pada abi pula. Tak larat aku.

Rasa macam dah betul-betul tinggal tulang je. Sejak masuk kerja, beranak dua ni aku belum lagi masak makan malam. Masa betul-betul fix. Apatah lagi, Aie kuat ngempeng bila belah malam. Oni makan apa aku makan, order mamak kat depan tu je, makan roti ke biskut ke cicah milo. Kenyang je dia tidurla.

Then hari ini, aku hanya perlu hantar Aie apabila abi offer diri hantar Oni pukul 9am nanti. Legaaa. Abi rajin je nak hantar anak ni, tapi ikut jadual dia la. Aku turun rumah guna tangga, then turun rumah pengasuh guna tangga juga. Exercise. So, aku sampai opis macam biasa. Wiii. Ambil budak berdua tu, aku tak kisah sangat sebab tak kejar masa.

Pembuli emak 1.

Pembuli emak 2. 'Terrrbaekkk'-katanya.

Ni la kan? cabaran bila isteri atau emak berkerja. Go go chayok!

18 pasang kaki:

Mama Farris said...

hiii..

cabaran sungguh kan ? akak dpt merasakannya...jasa ibu sampai ke syurga..

Nad @ MamaZakwan said...

sangat besar pengorbanan seorang ibu
lagi2 yg bekerja cam cha
sbar le bebanyak
sangat salute pd mk2 yg bleh uruskan anak sorang2 cam cha ni

takpela,
tak slalu ko camtu kan?
cuba la berkomunikasi 2 hala ngan incik somi
mungkin dia paham kot nanti...

mamalieyna said...

huhu...kalau k.eina, mau leleh air mata, majuk ngn en suami..tp hee~ bila fikir lebih sket, tak guna pun buat camtu kan..dh gitu nasibnya, kena hadap juge..huu~

k.eina buat masa ni, still ok sbb en suami ofishour, cuma sesekali je tak ikut opis hour, tp bleh mintk tolong ngn adik ^_^.. ntah camna gaya kalau, masa kerja dia luar dr biasa..dgn anak 2..haih..

apapun cekalkan hati k..cabaran tuk ibu bekerjaya ni..

Izan Ishak said...

mudah2an semuanya dapat pahala yg berganda di sisi Allah ye Cha... cabaran bila ibu bekerja camnilah...

PUANSTOBERI said...

Aduhai..terus terbayang keadaan Cha. Tkpe la Cha..sabar yer..ada ganjarannya di kemudian hari nati. :)

Salina@IbuAqil said...

Cabaran yg menduga tp cukup kita rasa bahagia.. ;)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

huh..kalau eija pun kena pulak tetiba yg sulong buat hal nak berdukong..rasa angin gak..
mcm tu la bila dh beranak pinak ni kan..kita baru dua..yg beranak pinak ramai anak tu lg la haru..mmg salute la mereka2 yg boleh handle anak reramai ni..

ala montelnye pipi aie..rasa nak cubit2..

Mama Gee said...

lama tak masuk sini...tau2 baby Cha dh makin montel...

tak mengapa susah2 sikit...semua tu dpt ganjaran pahala yg besar dr Allah ...:)

eima said...

huhu takut plak aku nk nk tgu bulan 1 nih ...
tp enpanjang yg bertugas menghantar anak2 die ..


buat masa ni ... alisha aku tak ajar sgt ngempeng... dah kenyang sendawa aku letak die sorg2...fahim plak tak byk songel ...main games je .... bleh la suruh pantau adek die...

Qaseh Iman said...

kadang2 rasa seronok pikir saat2 tuh bila anak2 dah besar...

ch@ said...

mama farris:
hehe. mmg mencabar. mungkin esok2 bila dh tua, kenang kembali boleh jadi kelakar.

kak nad:
btl kata akak tu. kita ni masih belajar menerima hakikat, rutin dah berubah dan mmg tak sama dgn masa bujang.

hehe. mula2 ye la komunikasi 2 hala kak, lps tu kita la lelebih biasanya jadila banyak hala.

kak ieyna:
ahaha. mmg dh leleh sikit kak. tabah je la mmg kena mengadap.

tahla, sejak anak dua ni, mcm nya dia syg btl nk tinggalkan opis tu.

yesss harus.

kak izan, kekda:
insyaALLAH. mmg terasa btl kepenatannya.

eija:
mmg la. dia buat pangaikan. kagum dgn yg sampai berbelas-belas tu.

hahaaa. habis mak dia punya dia sapu bersih.

mama gee:
ehehe. takpe.

ahaaa btl kata mama tu. sabar je la.

eima:
uiii bestnyaaa la kalau abi yg hntr. aku suka.

aku tak ajar pun aie, tapiii tah mcm tak smpai ati nk biar dia jejerit.

qaseh iman:
betul kata akak.

Diyana said...

huish meme mencabor tu cha sbb rumah pengasuh anak2 cha jenis 'tak jejak tanah ni'..kalau akak mau nangisss ,mane yg nak kendong,mane yg nak pegang,mane yg nak letak dlm stroller,nak tekan naik turun lif lagi..huhu. * akak hantar pengasuh yg rumah teres..senang sikitla kot kan nk urus anak2..mmg pengasuh yg tolong akak turunkan budak2 ni.

Lelord said...

hhehhehe terbaeekkkkk

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

memang mencabar.....
kak jue nak kasi idea nie...
apa kata setiap pagi kalau abi ada...
cha hantar si adik je..biar kakak dia abi yang hantar..kawan2 kak jue yang anak dua semua buat mcm gitu...

tu cadangan dari kak jue ajelah...

ch@ said...

kak diyana:
btl kata akak tu. kalau masih di blok yg sama ok lagi, tapiii ni blok lain kena jalan merentas parking. skrg ni, kita ringkaskan beg sekecil yg boleh. malas nk galas banyak2.

kak lela:
itu pengaruh boboiboy la tu. di marah pun tunjuk terbaik. mls nk kata lagi.

kak jue:
ahaaa, tu la otak kita pun dah cerdik sikit, mmg kita buat mcm tu pun. bila abi btl2 tak ada barula kena hangkut smua skali. berat beg pun dah serupa berat seorang lg bdk. ayooo.

yanti isa said...

kena kuat semangat cha . time anak2 masih kecik mmg macam tu...cari jalan yg mudah ... macam akak dulu , hanya hantar anak sehelai sepinggang ... bekalan baju , pampers dll semua tinggal di rumah pengasuh .Makan pun dia siapkan . Bayar lebih skit pun akak sanggup , asalkan senang keja .

Bila dah ada nak dara lagi la senang , depa je yg hantar dan ambik adik .

anisalya said...

emosi sungguh. hehehe... apa yg kita buat asalkan ikhlas ada ganjarannya. cewah... sabar la cha. akak ni anak 3 kena tggl je. dok berjaga malam melayan karenah budak ber3 ni pn ibunya ini jugaklah. ada masa hlg sbr jgk. tp nk buat mcm mana. diaorg kan bdk2. tu kalau tak hargai lg tak tahu la nk kata apa.

Cik Shiqa said...

cabaran betul ea akak.huhuhu lagi2 kalau duk jauh dgn suami.. semua kena buat.. akak, x pe lah kena buli skang, ah besar nnt, kompom akak buli dorang.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in