Bila dah lambat.

Wednesday, 21 December 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Lately, aku tak cukup tidur. Tidur pun dan macam ayam, tidur-tidur ayam. Sekejap sedar, Aie nak nyusu. Sekejap sedar Oni tengah ber'kemas' rumah. Sekejap sedar, rasa lapar pula. Sekejap sedar, Oni membuang. Macam-macam hal. Boleh dikata, aku tak tidur hingga ke pagi.

Pagi tadi macam orang bingung, pergi snooze lagi bila dah pukul 6. Hahaha, hambik ko langsung lambat. 

Bila dah lambat, banyakla benda skip-skip buat. Baju pun tibai pakai yang tak payah iron, bila dah sarung rasa macam buruk lak.

Bila dah lambat tambah-tambah Aie dah celik, huaaa. Macam lipas kudung tak kena ridsect lagi la jawabnya. Aku seram nak biar Aie dengan Oni di depan TV, pernah jadi Oni nak dudukkan muka Aie. Haih! mujur aku nampak, kalau tak, mau meraung anak teruna aku tu. Aie ni dah la sedikit gembeng.

Bila dah lambat, skip mandikan Oni [sebab dia dah bangun]. Takpela, minta mak mandikan. Mak pun ada bibik. Upah Oni biskut je, bagi dia tak kacau adik.

Bila dah lambat, babai la kepada semua benda yang hendak di bawa. Tu la kan? apa salahnya dah ingat malam tadi, terus je packing. Nak ambil kamera, nak bawa kabel hphone sebelum pergi kerja. Sampaikan nak ambil sos nasi goreng pun lupa.

Bila dah lambat, rumah pun tak sempat berkemas. Oni pergi punggah semula kotak mainan dia sebelum keluar rumah. Adoiiila anak. Kusyen sofa pun aku main campak-campak je. Aku tak suka bila balik kerja rumah tunggang langgang. Badan yang dah letih, bertambah letih jadinya. Sebab tu aku suka kemas dulu.

Bila dah lambat, Oni lak buat perangai. Dia nak tonton TV, kartun lagi. Tak bergerak, puas aku pujuk mujurla pujukan menjadi dengan limau. Upah limau, barula dapat keluar rumah.

Bila dah lambat kunci rumah pulak buat hal. Eh! salahkan kunci pula kan, sendiri yang main jolok je sampai salah kunci. Tak nampakla, lampu koridor dah tutup. Sebelah tangan dah agak lenguh dek dukung Aie.

Bila dah lambat, Aie lak ngok-ngek-ngok-ngek nak sambung tidur lagi. Huhuuu, kejapla Aie sikit lagi je sampai rumah mak. So far, Oni pun dah ok bila sampai rumah mak, sampai tak nyempat-nyempat nak tutup pintu.

Bila dah lambat, otak pun rasa jammed sampai opis. Hari ni punya lambat, mujur tak terlupakan cooler-bag dengan mencedok nasi goreng malam tadi punya. Jimat sikit. Aku masih sampai sebelum 8.30pg sebab terlupa, jalan lengang masih cuti sekolah.

Semalam petang hujan lebat sungguh, waktu balik tu aku ikut jalan jauh tapi tak jammed. Lift pun tak buat hal. Hehehe, so smooth je macam biasa. Sekian, entry merapu hari ni. Macam dah lama tak tengok muka abi. Rindu :(

11 pasang kaki:

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hahaha cha biasala kita yg ada anak kecik ni, lebih2 lg kalau anak jenis berjaga pagi mmg x bole nak elak dr pd x cukup tido.

eija lately ni pun selalu x cukup tido sbb Ziqry x berapa sihat, demam selsema, bila bdn dia x sihat mula la asik berjaga pagi nak berpeluk jerk.

Nurul Aini Norazman said...

wahhh....
kak ch@ ni ke kehidupan seorang ibu... tbe2 terpikir mampu ke aini jadi ibu nanti...hahahaha

nak uruskan anak lagi, nak kerja lagi...adehh..

Noli@Ibu Wafa said...

pandai bercerita..sampai noli pon jadik kelam kabut baca..huishh..

camni gaya ank 2,ngn kije,rumah sume..huhu..kalo noli cmne la yer..ish2..

rasp said...

bila terlambat mmg mcm2 effeknya kan sis :)

eB ezrin said...

mcm2 la kiter nih kan? hu3

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

oo camtu eh..sib baik rafiq takde khianat adik dia..if tak, mmg tak berani tinggal depa berdua..ehehe

cha, kdg2 akak camtu tak sempat nak kemas umah sbb rafiq tengah2 mlm kembah menan dia..abis sepah2 sudahnye pegi keje ngan ati yg sakit sbb rumah bersepah2 hahahaha

Imaan09 said...

kakak..oo kakak.. merisaukan bab duduk atas muka tu.. mmg xbleh terlepas pandang laa klu gtu..bahaya!

Salina@IbuAqil said...

Kalo akak pun dah lambat memang mengelupur dik.. Berpeluh2 nak siap kan itu ini.. Skrg ni mmg beg school Aqil tgh mlm dah siapkan.. Termasuk beg UBAT akak.. ;)

ch@ said...

eija:
ohhh itu dah semestinya. anak sakit harus mak yg over bila part menjaga. kita serupaaa. tgk-tgk bawa anak pergi klinik pun, emak juga kan?

aini:
setiap wanita punya kemampuan luar biasa drpd lelaki. redah je, boleh punya :D

noli:
laaa ye ke. hahaaa. ini entry bila dah lambat yanggg, bukan entry kelam kabut. takpe, bila dah ber'anak' 2 sok, ngerti sendiri je la ye :p

rasp:
betulla kak.

eB:
bila fikir-fikir, mcm tu gak. tah apa-apa tah. tapi mengelakkan pertanyaan di kemudian hari, baiklah bersedia smua skali.

kak rose:
oni dengki time mood swing. bila mood ok, dia layan kartun je. ahah, tinggal rmh porak peranda, bila balik dgn pnt lagi, aduhhh nak menangis.

lea:
mmg pun, sbb tu kena make sure buat kerja laju-laju. nak sentiasa ada dgn dorang.

ibu aqil:
skrg ni, motivasi diri sendiri, mana yg sempat buat terus buat tak boleh tangguh-tangguh. karang ada je tertinggal.

anisalya said...

kalau dah lambat mula la nak meyalahkan semua yang ada kan? dulu biasa jgk ter'missed kalau tertidur lambat ke anak2 bgn tgh2 mlm. tp skg ni walaupun tido kejap2 je still blh bgn sndri tnpa jam loceng. cuma kdg2 tu tggu jgk bunyi jam br nak bangun walhal sedar awl lg dh. hehehe...

ch@ said...

anisalya:
skrg ni kita fasa mcm akak tu la, tido kejap2 dan cpt je nak terjaga. biasanya buat2 tak terjaga la, malas.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in