Sama.

Wednesday, 23 November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Akibat ketaksuban nak sama punya fasal. Muahahaaa. Lama sudah menyimpan niat nak mengganti semua botol susu Oni, menyesal aku tak beli masa keluar dengan mama tempoh hari, tup-tup nak beli masa keluar sekeluarga, abi membebel. 

Adoiii, baru je tukar botol susu Oni tu, katanya. Selaku bini, haruslah patuh tambah-tambah anak dah buat halkan? tak la aku beli. Guna lagi botol lama dan tambah satu je botol baru. Sauk di butik Anakku, Kota Tinggi. Satu besar satu kecil.

Warna? harusla hijau disebabkan kurang menggemari pink. Disebabkan itu, Oni terlebih dahulu mengenal warna hijau daripada lain-lain warna. Hihiii. 

Bila dah sama, bila dah kelam kabut dek jeritan Aie yang kehausan, penyediaan susu juga semestinya kena cekap. Yang tinggi kakak, yang rendah adik namun kesalahan puting botol tidak dapat dielakkan. Hahaaa.

Actually, aku bagi susu badan dengan botol bila puting breast luka. Jadi, satu hari macam biasa bagi Aie susu badan guna botol. Srooot-srooot-srooot-srooot laju semacam, nampak juga muka dia kelam kabut dan air susu kerap merembes keluar semasa proses menyedut. Bila hampir tinggal 2oz, baru aku perasan itu puting botol Oni. Waduh! 

Terus aku stop tukar puting botol dia. Menjeritla mamat tu, sebab aliran susu sudah perlahan berbanding sebelum ni. Anyway, Oni guna puting botol Japlo saiz M dan Aie saiz S. Kesian-kesian, letih je muka dia kena hisap perlahan-lahan. Nampak benar muka dia hampa sebab susu keluar perlahan. Hahahaaa, Aie memang kelakar.

 Dengan pemantauan mak dorang ye. Oni ni ganas sikit.

 Kakak dan adik.

Botol susu melebihi bilangan orang yang menggunakannya.

Pengajarannya, aku asingkan puting botol Aie dan Oni bila sesi mambasuh mahu pun sterilkan botol-botol susu. Insaf, bukan apa takut Aie terserdak dan susu masuk ke paru-paru. Bahaya.


13 pasang kaki:

Izan Ishak said...

sian aie minum susu salah puting ye. patut laju semacam je.

AKO @ retna said...

baik nya kakak Oni bagi adik minum susu... bagusss bagussss!!

mamalieyna said...

ishh bahaya tu ch@..seb baik tak tersedak Aie..hee~

takpe pasni beringat kan.. ^_^

Salina@IbuAqil said...

Hik3!! Manyak nye botoi.. Pandai kakak jaga adik.. ;D

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

pandai oni rajin tolong mama...

betul cha bahaya kalau lubang susu besar..

Dalila Hamid said...

baiknya kakak... syg kt adik

@e_da said...

cha lagi elok letak label terus kakak dan adik.. bahaya puting besar air laju budak tersedak.. bertindakla segera ..

ch@ said...

kak izan:
salah mak dia, kelam kabut.

kak ret, dalila hamid:
hahaaa, dia offer diri sendiri.

kak ieyna, kak jue, kak eda:
itula kak, sgt beringat. aie ni, hisap breast pun boleh terserdak, susu pancut laju.

ibu aqil:
hahaaa, botol simpan susu badan yg byk sbnrnya.

anisalya said...

botol tak simpan. kdg2 tk smp 6 bln dh beli baru. biasa sama size cm beza warna. tp alya pandai. dia kdg2 nk tukar dgn botol anis. nsb baik la adiknya tu okay2 je.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

eheheh geli ati akak baca..sure tercungap2 aie kan

ch@ said...

anisalya:
ni masing2 blm pandai demand lagi, jd... mak dorang je yg teruja semua serba nak sama. paling2 sorang pink sorang biru. tiba2 suka pink kan. hahaaa.

kak rose:
itula kak, mak dia pun sama ikut gelabah. mujur la tgk kot tak seram pula ada perkara tak diingini berlaku.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

byknye koleksi botol2 susu..hehe..
eija pulak diorgnye botol susu pakai smpai dh tak ok/buruk br ganti..

zaquan dh stop susu botol.., rasanya sepanjang 3 thn zaquan minum susu botol..baru 5 botol jerk dia ada.

Adiknya pulak skrg ni 3 botol jerk..itu pun eija baru beli sebotol minggu lepas untuk spare kat umah, ziqry dh besar dh kuat minum laa..dh kena cmpur susu botol..sblm ni kat umah, kalau dgn eija..mmg xde de spare susu formula..100% susu cap gantung..hehehe..

ch@ said...

eija:
mak dia je teruja membeli.ini pun dah tahap burukla ni.
oni punya botol mmg byk, tak termasuk yg dah dibuang lagi. iskiskisk.
hahaha aie? lagiiii byk drpd oni. kuikuikui.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in