Keranamu corong.

Wednesday, 30 November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku ni, kejap jadi breastfeeding tegar, kejap jadi pemalas. Aku nak buat pengakuan ni, hehehe. Memang aku breastfeeding, tapiii dek kerana mindset aku telah dijangkiti satu virus jahat, makanya aku beri Aie susu formula bila dia di rumah pengasuh.

Ye, aku tak ada stok susu dengan alasan peti ais aku hanya satu pintu dimana freezernya terdapat segala macam lauk basah seperti ikan, udang dan ayam. Akibat mindset pendek berfikir, dan selalu stress dengan puting breast kembali luka mengakibatkan Aie diberi formula. Kesian-kesian.

Meh sini aku share, memang sayu hati owh tengok muka Aie minum formula, apatah lagi aku sendiri yang bagi. Aku rasa macam zalim betul, susu badan ada tapi mengada nak bagi susu formula. Sebab tu, aku soh je abi yang bagi. Aku tak nak. Aku rela sua breast pada Aie.

Kesan daripada fully breastfeed selama sebulan, menjadikan Aie kuat ngempeng, nak tidur mesti dengan breast. Dia selesa bila aku peluk. Sebab itula, aku still bagi Aie susu badan pada waktu malam dengan bantuan susu formula bila di pengasuh.

 Corong Medela.

Dan ceritanya bermula apabila semalam hari pertama berkerja, segala macam peralatan untuk pam susu aku bawa akan tetapi benda paling terpenting sekali aku tak bawa. Sengal-sengal ubi, bila tiba di surau nak pam susu. Adoiii. Breast dah hampir-hampir je nak bengkak makanya dengan kemahiran berfikir sepantas kilat aku memerlukan teknik MARMET.

Di surau bukan ada PC nak Google teknik marmet. Makanya, dengan daya ingatan aku kembali kepada kelas anternatal di PPUM. Betapa, pentingnya teknik marmet jika dalam kegawatan macam aku ni. Mengutuk diri semasa proses marmet adalah dilarang, nanti stress susu pun jadi sikit. Makanya, marmet dengan senyum-senyum je la. Hahaaa.

Alhamdulillah, kali pertama buat agak sakit sikit. Rasanya kalau hari-hari buat best sebab hasilnya memang sangat memuaskan. Disamping dapat menyingkatkan masa memerah menggunakan pam, tak sampai setengah jam aku dah dapat 120ml. Lebih daripada cukup untuk sekali penyusuan Aie. Syukur kaw-kaw.

Terima kasih kerana masih berkhidmat.

Dan pada hari ini, aku bawa pam mini Pureen. Pam yang bunyinya bising akan tetapi hasil kerjanya memuaskan. Tidak perlu bawa banyak part dan tidak berat berbanding dengan pam elektrik Medela yang walaupun ringan, aku risau tertinggal lagi part penting macam semalam. Kikiii. Pengajaran.

Rasa tak sabar pula nak pergi mengepam. Hahaaa. 
Semalam balik kerja aku lagi mengangkut budak berdua tu balik, Oni serasi dengan suasana di rumah pengasuh sampai tak mahu balik. Aie pun, hantar tidur. Ambil balik pun tidur juga. Sampai rumah dua-dua pakat dera mak dia, buat perangai.

Sudahnya aku makan malam pukul 11pm, itu pun abi dah balik. Jaga dorang pula. Tunggang terbalik aku handle sesorang, masak memang takla. Tak sempat dek Aie, rindu benar ngan aku. Macam bertahun-tahun tak dapat pelukan mak dia. Budak 2 bulan, apa yang dia tahu kan?

Hari ni, aku kerah abi hantar anak sama-sama. Buat sama-sama, jaga pun kenala sama-samakan? aku ni dah la tulang je. Cemburu aku tengok, orang depan, orang sebelah, orang tingkat atas rumah aku hantar anak sama-sama bila anak masuk dua. Maklumla, kitorang mengandung sama-sama dan saling bertegur saper. Heheee.

 Pesanan penaja: Terima kasih breastfeeding, aku slim dengan pantas 47kg. 
I get my weight back.

Jangan cepat mengalah macam aku ye, aku pun nak struggle breastfeeding semula ni. InsyaALLAH. Nak tahu teknik marmet, google je ;)

16 pasang kaki:

Nad @ MamaZakwan said...

takpela
menda dah lepas tak usah dikenang
usaha lebih lagi utk yg akan dtg
go go caiyok utk cha!! ;)

Salina@IbuAqil said...

Maintain slim cha!! Cayalah!! ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

cha mesti boleh...
kelakar pun ada baca kisah cha nie..hehehe

Imaan09 said...

ala ch@..very the sayangg..sbb dah mula, n ada.. vitamin M tu je kena kurangkan!!huhuuu..apapun, gila cepat dapat berat asal semula!tahniah..chaiyuk2..

Masya said...

kt tak pernah gune bende ni utk perah susu... tak reti kikiki.. alhamdulillah dapat bagi anak minum susu badan sampai 4 bulan, oklah tu kan.. sbb susu kering sendri.. dan ank pun xnak menyusu badan lagi..

koala n rabbit said...

hi syasya.....tahniah dapat baby boy.....

mamalieyna said...

huu~ takpelah skurang2nya semangat dah kembali,,,hrp2 kak eina nye semangat akan kental, tp tulah..rintangan yg mendatang mana tau kan..

huwaaaa weight back to normal? jeles2x..hee~

semangat kembali bertugas...jgn lupa tempek2 wajah kesayangan selalu kt sini ye..Aie n KakakOni..

eima said...

enpanjang suruh bg ank die minum susu formula kat taska sbb tak caya kan pengasuh takut tk pandai handle ebm...huhuhu

anisalya said...

cayuk cha. kesian kat aie kalau terus bg formula. baru 2 bulan. kalau dah 6 bulan tu tak apa la.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah okla sekali pam dapat byk gak hasilnya..eija mmg xpam sbb dh try pam hasilnya x byk..tp alhamdullillah ziqry still nak susu badan w/pun dh campur susu formula..mmg kalau dgn eija 100% susu badan.

ch@ said...

kak nad:
gogo chayok. sama-sama kita kak.

ibu aqil:
ehehehe. same to you kak.

kak jue:
kalau akak sedih bacala entry ni selalu ye. wiii.

lea:
ye la kan, vitamin M tu mmg tak patut ada. kenapala vitamin M ni jual berleluasa. ahaha, berat kita mmg susah naik la lea.

masya:
kena buat juga masya, kalau tak bengkak susu, lagi sakit. susu kering sendiri, waaaa.

koala and rabbit:
t/kasih.

kak ieyna:
gogo chayok kak, sama2 kita.
berat lambat naik.
thanks akak, of cos la akan tempek dgn mencuri masa.

eima:
laki kau sama dgn laki aku, dia la suggest hntr fm kat pengasuh. risau ebm aku tak cukup.

anisalya:
tu la tgk muka dia lagiii kesian, tapi, tgk perkembangan dia kesia tak kesianla.

eija:
skali pam mmg kita dpt 4-5oz. setakat ni la, cukup satu sesi aie kenyang.

Mama Gee said...

mmg byk cubaaannyaa utk fully bf...
mama dulu pun tak cukup sabar menghadapi karenah anak..dan air susu yg tak byk..akhirnya give up...huhuhu
kalau diberi peluang..teringin nk mencuba sedaya upaya, dapat setahun pun Alhamdulillah......

wahh dh mcm anak dara balik :)

~aYu~ said...

singgah sini dan follow. sy pun penah guna pureen batery pum tp pakai 1 bulan dah rosak.. huhu

ch@ said...

mama gee:
btl2. lps bagi fm rasa menyesal gila. rasa terburu-burunya buat keputusan. tapiii, dah terrrlajak nak buat guane. tgh nak gigih bf blk smula.

ayu:
thanks sbb follow kita.
kita punya ni, dah 2 thn la.abi belikan masa bersalinkan oni.

Cik Shiqa said...

akak, percaya x shiqa penah tgok kawan shiqa time dia tgah pam sebab rasa ingin tahu mcmana bnda tu berfungsi.hahaha

Cik Shiqa said...

wow.. macam anak dara wooo.hehe

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in