Huru-hara, haru-biru.

Tuesday, 22 November 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Hiii. 

Potong la Aie ni, baru nak menaip dia bunyi-bunyi pula. Ok, sambung dia dah tidur balik semula. Kena taip laju-laju, kejap lagi lepas mandikan dua orang ni, berperang dengan dapur pula. Ambil kesempatan sarapan kenyang-kenyang.

Ok, shoot cerita semalam. Cewah, lepas je makan tengah hari di rumah bergerak keluar satu keluarga. Aku siapkan Aie, abi siapkan Oni. Bila nak berangkat aku juga yang kena siapkan kedua-duanya sekali. 

Sekarang ni, nak keluar kena double, drypers dan baju spare kena bawa dua pasang, sepasang Oni, sepasang Aie. Mujur ada rompers, jadi tak la berat nak bawa banyak helai. Tuala kecil, napkin dan susu Oni. Aie minum susu cap gantung, jadiii jimat kat situ.

Bertolak ke Mid Valley, baru je nak selesakan kedudukan, dah pun sampai ke destinasi. Hahaaa. 10minit je daripada rumah. Aie tidur, letak dalam stroller ditolak oleh abi. Aku pimpin Oni. Cewah, macam keluarga bahagia gitu. 

Bahagia yang dikecapi sekejap aja, bila masuk kedai jual barang bayi, tiba-tiba telinga aku ni dengar jeritan si Aie, ah! sudah. Tumpuan dah tak fokus. Nak beli apa pun dah jadi lupa. Keluar daripada kedai, pujuk Aie sekejap, tidur balik semula. Dodoi-dodoi aja, candu dia tertinggal dalam kereta. Habis aku.

Terus masuk ke Jusco, Oni macam biasa mulut, 'waaah! antek'. Bila kelibat aku dengan abi dia hilang, dia jerit kuat-kuat sampai semua orang pun pandang, manggil 'Abiii, Umiii' seronok betul dia dah pandai sebut. Terang lagi nyata bunyinya.

Abi bawa Oni bermain, aku bawa Aie pergi pilih baju. Dalam hati berdoa je, janganla Aie bangun. Bangun tak apa, menangis tu yang aku tak pandai nak control. Aie nangis kuat ooo. Pilih baju Aie laju-laju, rambang biji mata. Tak habis pusing dia melalak. Aiyaaa. Pujuk sekejap dan call abi. Huhuuu.

Bila dah bayar, tengok-tengok Oni dalam stroller, abi dukung Aie. Lorrr, terbalik sudah. Drypers Aie penuh. Mamat sorang ni memang, dia tak selesa bila drypers penuh lagi-lagi bila yak. Ini kali kedua aku pergi washroom tempat tukar drypers. Suasana riuh dengan sekeluarga berbangsa cina sedang beroperasi dalam tu jadi sunyi tiba-tiba bila aku masuk. Tumpuan beralih ke arah aku, semua mata memandang. Apa yang peliknya.

Dengan pantas aku buat kerja tukarkan drypers Aie. Aie diam je, bila aku keluar suasana kembali bising. Hahaaa, pelik sangat ke tengok aku tukar drypers anak? ke sebab kagum dengan muka aku macam budak sekolah cekap menukar drypers baby? hahaaa, lantak demela kan.

Setel, terus ke Carefore, Oni dah mula buat hal. Tak mau berjalan, dia sememangnya belum tidur siang, maka macam-macamla perangainya sampai abi naik marah. Aie pun dah tak selesa, mabuk agaknya kena share stroller dengan kakak Oni. Sempit.

Mujur aku dah sediakan senarai panjang, tinggal ambil-ambil-ambil masuk dalam troli. Huh! drypers dua orang ni je, dah penuh troli. Oni buat perangai, dia tak nak pakai kasut dan jalan. Huh! kitorang rasa nak tinggal je dia kat situ. Tapi, aku selaku emak cepat je sensitif bila anak dikasari. Dan, bila abi tolak troli, aku dukung Oni sambil tolak stroller Aie. Huaaa, dengan 'kembar' yang dah mula nak penuh adalah amat sakit ketika bergesel.

Bila masuk kereta, cepat-cepat aku breastfeed Aie, Alhamdulillah. Selamat sudah dan banyak pengajaran yang aku dapat bila keluar dengan anak-anak yang masih memerlukan perhatian banyak. Rasa insaf pun ada, lebih selesa duduk rumah je. Ngeee.

Kesimpulannya, akan datang bila nak shopping macam ni, kena pastikan Oni cukup tidur, Aie cukup kenyang. Kena pastikan baju yang dorang pakai, selesa dan bawa baju lelebih. Terpenting sekali, harus beringat keselesaan dan kelengkapan juga aksesori cukup lengkap bila keluar. Kalau tak memang huru hara, tak fokus nak pilih barang.

Dorang tak kasi can umi abi pegang tangan. Ades!

12 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

dugaan betul..
tahniah buat cha yang memang cekal...

PUANSTOBERI said...

Huhu. Akak cuma mampu tumpang membayangkan je la. Hikss :)

Teratak Hami said...

hehehe... begitu ler kerenah anak2 kecil dibawa pergi shopping. Tapi kalau dorang tidur, sometimes nyenyak sebab aircond.

alyyani said...

mmg huru huru hara memula. lama2 dah biasa. :)

AKO @ retna said...

caya la ch@,
kita baca pun dah kagum dengan kepantasan awak!

hehehee ;-)
bila la leh jumpa cik Oni ni kan ..

Salina@IbuAqil said...

Diorang x bg pegang tangan sebab suh pegang deme sorang satu.. ;D

@e_da said...

huh kerenah anak dua lain plak caranya kan.. takpe nanti dah besar senang

ch@ said...

cik jue:
dugaan kali pertama utk ingatan kali yg akan datang, redah je.

teratak hami:
mulanya fikir mcm tu la, ingatkan aie akan tidur rupanya sangkaan meleset.

alyyani:
belajar drpd pengalaman org kata.

kak ret:
hahaaa, cik oni blm jmpe en aie sudah menyusul tiba ye. ada rezeki kita jumpa.

ibu aqil:
muahaha, tu la pasal. sok dah besar kakak je pimpin tgn adik.

kak eda:
bila dorang dah besar mesti rindu masa dorang kecik2.

anisalya said...

kalau anak breastfeed, senang je. crk je port sesuai dah blh bg susu. kalau kena mcm sy yg ada dua heroin lasak ni mmg pening smp husben ckp lambatnya la dorg nk bsr. kalau mkn kat luar lg haru. tak ddk diam.

ch@ said...

anisalya:
betulla tu, biasanya jj mmg ada tmpt ssi, kita belasahnya bf kt mana2 pun, tapi abi yg jd pemalu. hahaaa.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hehe..camtula cha bila kita dh beranak kecik ni kan..
barang2 diorg jerk yg lebih..

tp eija masih ok lg sbb zaquan dh stop susu n pempers..so xde la bw brg zaquan, spare pempers n baju ziqry jerk la, n btol la senang if baby bf ni, nangis bg jerkla susu kita, tp sejak ziqry dh makan ni dia cepat lapar n kuat minum...lepas ni kena spare susu botol la pulak..huhuk..

ch@ said...

eija:
tu la, tak menang tangan. tangan sentiasa basah dek air. padanla orang kata air tangan emak tak pernah kering.

kita la merasa, sbb dak berdua tu agak rapat.tapi, redah redha je la. sendiri yang merancangkan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in