Happy breastfeeding.

Monday, 31 October 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Uiii, betulla kata mereka-mereka yang breastfeeding ni, breastfeeding adalah satu perjuangan. Kalau tak cekal, tak kuat memang sangat mudah mengalah. Seriusly, aktiviti menyusukan ni nampak mudah tapi apabila baru belajar memang susah.

Kecuali ada semangat dan tak mudah mengalah, ingat kenapa perlu menyusukan anak dengan susu ibu sedangkan susu formula pun terbaik. Mau tak terbaik, tengok sahajala harganya di pasaran-pasaran. Mana ada yang RM 10 ke bawah. Majornya RM 20 dan ke atas.

Itula yang menjadi salah satu alasan kenapa aku menyusukan Aie. Dugaan pertama menyusukan Aie adalah, puting luka. Oh! my, Aie sangat mengganas bila mahu menyusu. Tambah-tambah imun badan belum cukup kuat, baru keluar daripada hospital. Allahuakbar, sakit peritnya memang orang alaminya sahaja yang tahu.

Saat tu aku fikir, masakan selama menyusukan, aku pun jadi sakit macam ni, ini bukan lagi happy breastfeeding namanya. Google memainkan peranan, ye aku sedar kesan daripada perlekapan yang salah menjadikan puting luka. Belajar-belajar. 

I love ur hair Aie.

Aku kena berkeras sedikit dengan Aie bila dia menyusu. Sebab, dah dua anak bila nak menyusu badan mulut macam muncung burung, cip-cip-cip bukaan luasnya muat-muat puting, bila puting bertemu gusi makanya akan luka dan tentula sakit. Jadi, kena ajar dia buka mulut besar-besar, usik sikit tepi-tepi bibir dia, kacau pipi dia nak suruh dia buka mulut luas-luas. Aie dah berjaya.

Tiada puting atau puting rata bukanla halangan untuk breastfeeding, ye itu aku sangat percaya. Masa Oni tempoh hari, misi gagal, sebab aku lambat untuk belajar dan Oni give up, sentiasa tak kenyang, bila dia give up selalu menangis aku pun ikut sekali give up, tapi terus juga perah susu bagi dia. Aie, dia berjaya membuktikan dia memang kuat menyusu, puting rata pun dia sebat sehingga menjadi puting tanpa bantuan. Si gagah ni main hentam je janji dia puas.

Kan kelas anternatal ada belajar, bayi menghisap 2/3 tompok hitam, bukan puting semata-mata. Misi kedua berjaya. Akan tetapi, apabila sudah biasa menyusukan, bila sekali terlangkah sesi penyusuan atau pumping makanya susu cap gantung akan bertukar menjadi keju. Hah! barula betulkan? 

Itu la yang berlaku kepada aku, kelewatan menyusukan dan sesi mengepam memudaratkan diri sendiri, bengkak susu. Aduh! pilu dan hampir je aku demam. Lekas-lekas aku pam, tuam, urut dengan perut jari perlahan-lahan. Kalau sebelah je boleh di kawal, sekiranya kedua-dua belah? Tuhan sahaja yang tahu, apatah lagi bila pam susu masih keluar dengan lambatnya. Huhuuu! cabaran weh. Memang hampir putus asa, aku menangis.

3.4kg, dah pun sebulan.

Tiba-tiba aku tengok muka Aie lena, oh! anak syahdunyaaa jadi aku gagah buat yang mana mampu, mesti susu ibu. Sebulan dah berlalu, ganjak untuk tempoh dua bulan pula. Alhamdulillah, aku masih mampu membekalkan susu ibu. Huyeee!

And now, aku baru tau makna happy breastfeeding. Sangat gembira walaupun terpaksa bangun pagi menyusukan Aie dan pam. Sebabnya, kalau tempoh dia berjaga lama maka kedua kembar aku ni dihisapnya, kalau tidak, hanya sebelah dan sebelah lagi perlu di pam.

Buah hati umi, cinta hati abi.

Ini belum part kembali bekerja lagi, nampaknya memang aku kena tidur masa Aie tidur. Oni pula, nak tu la nak ni la. Ngokngekngokngek merengek. Lagi-lagi masa ketiadaan abi, huyooo hebat. Sampai tahap aku rasa cepatla besar Aie, main dengan kakak ni. Buli balik. Tapi, aku kena nikmati saat ini, yang tak akan berulang. Yang akan diceritakan kembali kepadanya satu masa kelak.

Aku teringat pesanan otai-otai, jika mahu bekalan banyak kenala rajin berusaha. Tak apa, paling pendek kita cuba 6 bulan, paling panjang 2 tahun. Sekejap je. Mula-mula memang la susah, banyak benda nak kena belajar, lepas tu bila dah pandai ajar pada orang lain pula. Kan?
Berjaya menjaga dua askar ketika abi tiada. Serius, memang macam lipas kudung. Hahaha!

14 pasang kaki:

eT said...

betui tuh...kalo xder azam mmg cepat mengalah...moga happy selalu...:)

Masya said...

sus ibu ini bagus.. banyak khasiatnye kuatkan semangat tau.. kalau bengkak baby lambat susu tampal koyok kanan kiri insyaallah kurang skit.. berangin jer dkt situ... dulu mase dlm pantang selalu jgk buat mcm tu.. maklumlah dulu bersalin operate takutnye kalau bentan...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

kak jue dulu masa farisyah tak dapat nak bf sedih sangat tak rasa nikmat sebab tak pandai..give up mcm mana cha nak buat kat oni dulu...mak give up anak pun give up...
tapi amat2 berharap 2jika ada rezeki dapat baby lagi nak bf sepenuhnya....

JaJa'Z said...

Cha... Oni makin hari makin comel..
dah besar jadi cantik ni budak ni..:)

Aie tidur je tiap kali ambil gambar..:D
hehehe..
kakak oni jaga adik aie ya...:)

JaJa'Z said...

cha... komen sebelum ni kita tau..
tengah install blog orang...
tak teringat duk pakai ID dia lagi..
tak approve pun tak pe..
hikhik...

Salina@IbuAqil said...

Sebab tu ibu sentiasa menjadi juara dihati anak2.. Sbb bagi depa x ada yg sehebat ibu depa.. Cayalah cha!! Insya'allah!! Allah swt akan permudahkan segalanya buat cha dlm proses membesarkan anak2.. ;) Enjoy the sweet momment ok.. ;D

Nad @ MamaZakwan said...

go, go chaiyok!
kite plak, alhamdulillah berjaya BF kan zakwan smpi 2thn..moga hasrat cha tercapai hendaknya..6bulan pun takpe, dpt 2thn alhamdulillah ;)

kalu bengkak lagi, cepat2 tekap ngan kobis, hehe...lega...

p/s : umo kite 29..umo cha?

ch@ said...

et:
insyaALLAH.

masya:
bgs idea tu, koyok pun pns kn? kita tuam dgn air suam. dulu operate tak dpt nk bf sbb kena pakai tiub kencing 2 mggu. skrg la kesempatan nak berBF.

cik jue:
insyaALLAH ikut sama berdoa buat cik jue dan kak eda utk di beri peluang sekali lagi.

sha-WM:
hahaha ngape, nak buat menantu. ganas dak ni.
mestila tido, karang ada gambar dia sdg mencuci baju, jadi isu pula. kekeke.

ibu aqil:
insyaALLAH, kamu inspirasiku kak. tu la, sdg enjoy la ni walaupun ada kalanya stress.

kak nad:
btl tu kak, dah give up juga tapiii nnt tggu habis pantang, bila habis pantang tangguh lagi, tggu naik kerja, sedar tak sedar masa tu dah pun berlalu.

btlla kakak. kita 27.

Imaan09 said...

aisehh..besnya catitan ni..catitan perjalanan ibu menyusu..suka duka pahit maung.. sy sgt suka membacanya!
mmg mcm tu..klu xkuat, cepat je terbabas.. tp syukur, kesedaran dan kesabaran tu bukan senang nk ada kt semua ibu.. klu ada kt Cha, kira dah abis ramat tu..best of Luck!!

anisalya said...

boleh je kan? sabar tu yg penting. my 3 kids menyusu badan. susu alhamdulillah banyak. adik dpt, kakak pn dpt jgk.

mamalieyna said...

Tahniah ch@..seriusly kak eina pun cetek ilmu BF ni, dl arif pun gagal kononnya gara2 masalah nip la..herm..nmpk gaya 2nd ni kena lebih korek2 ilmu lah..hu~

tahniah n teruskan usaha berBF kan Aie...comel aksi dua beradik ni.. ^_^

ch@ said...

imaan09:
hiii baru catatan pertama.
sama-sama kita berusaha dan belajar lea.

anisalya:
btl tu, mmg kena byk sgt blaja bersabar. lagi2 bila suami tiada di sisi.

kak ieyna:
hiii, sama mcm kita kak. 1st hari tu mmg cetek ilmu. rasa renndah diri sungguh. yg kedua ni struggle. sama2 dipermudahkan kak.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

btol tu cha yg penting usaha..

eija ni w/pun anak dh campur ngan susu formula..tp alhamdullillah hingga kini Ziqry still nak susu badan..dkt umah eija mmg xde spare susu formula..100% mengopek jerk dia..kat umah my mil jerk bekalkan dia susu formula.
Zaquan dulu pun susu badan smpai 2 thn w/pun bkn fully breastfeed.

ch@ said...

eija:
smngt nak kental.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in