Episod pengenalan.

Thursday, 27 October 2011


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca blog hijau. Rindu aku? Betul-betul berhibernasi, membawa diri, bak kata emak Seri, berkhalwat.

Happy 1month Aie :)

Hai kawan! That’s my Auni bila bersapa dengan orang, dah besar. Dah pandai jawab panggilan telefon, baru duduk kampung dua minggu dah naik 2kg, 2 tahun 3 bulan, 11kg. Padan mak dia tak larat nak dukung. Hari-hari makan chipsmore,wafer coklat dan air kotak susu coklat. Baik abi, paksu dan tok papa, semua volunteer beli bila keluar ke kedai.

 Rambut Oni yang tak difahami.

Tetap la nak cerita pasal Auni, hahaha! She is really special. Then, this time kena cerita pasal Adli sekali, ada sesiapa yang masih dalam kesamaran lagi, tertanya-tanya siapa Adli? Yes, my permata hati pengarang jantung nombor 3. 

Mulanya nak panggil A-ad, dengar-dengarnya Auni aku tu pelat lagi, tapi bunyi la juga walaupun sebutannya menjadi Aie. Okla kan? Kadang-kadang dia cemburu juga dengan Aie, suka sakat parking tempat tidur Aie bila nak minum susu. Bantal, tilam Aie habis kena conquer dengan Oni.

Bila suruh sayang Aie, Oni lari. Belum pandai lagi, tapi dah tahu bila orang kata nak ambil adik, Oni geleng kepala. Dia tak bagi la tu means sayang kat adik. Sweet je.

Paling best bila Aie sudah menyusu, direct breastfeeding. Aku acah dia, Oni nak nenen? Meh sini meh!’ pantas je dia cover malu. Bila tune dia lari, mulala cari pelukan sayang aku, kalau tidak memang sentiasa hilang daripada pandangan mata, lupa mak. Suka jalan dengan mama(tok mama) dan datok (tok papa). Saban kali di bawa orang berjalan di tanah.

Banyak dia belajar duduk di kampung, cakap pun dah semakin petahnya. Menjawab apatah lagi, bimbang juga aku dibuatnya masuk 3 tahun esok-esok. Mau aku kena sekolah semula untuk menjadi lebih bijak daripada dia.

Aie? Itu tak payah cerita, belum pandai beraktiviti lagi. Minum susu, tidur, berak, mandi dan paling ketara ciri-ciri suka berangan aku dah lekat pada dia. Muahaha, habis jadi romeo. Hidung mancung, ada lesung pipit, muka manis ceh! Puji anak nampak? Bukan-bukan, Cuma taktau nak kata ikut rupa siapa. Belum dapat dipastikan lagi.

 
Aie 20 hari. Tiada bedungan, asyik meneran macam Oni jugak.
 
Belum keluar dah ada orang cop buat menantu, muahaha. Tunggula Oni buat pakatan sok, hilang kisah nak buat menantu. Menangis jejerit dah sama macam Oni. Then, ada tanda sedikit kulit putih di dahi pun sama macam Oni, kalau Oni mata kiri susah buka, Aie sebaliknya. Banyak dah ciri-ciri serupa ni, habisla aku.

Cukup tak ni? Ikutkan banyak benda nak cerita, hahaaa. Karang dikata gelojoh pula. So slowly-slowly ye. Nak berblogwalk pula. Oiii! Tanggungjawab macam bertambah je ni. Hiii.
Permata hati nombor 3, Norerfan Adli. Permata hati nombor 2, Norerdina Auni. Permata hati nombor satu aku, dah tentulah Norerwandi. Hihiii. We are happy family. Eh! Apsal nama aku je yang lari jauh ni. Ngeee.

8 pasang kaki:

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

Salam Cha,

rindu jgk sama kamoo..

hero sudah 1 bulan ye..skjp je kan..
selalunya mmg camtu la si kakak/si abg syg sbnrnya adik dia..

Nad @ MamaZakwan said...

oni dh makin besar...
suke la die ramai yg ngelayan..
cuba bawak balik kl semula..
mau meraung takmo tinggalkan kampung, hehe

Salina@IbuAqil said...

Welcome back dear.. ;) Adli ada ciri2 berbulu mata lentik cam abg Aqil x?! Miss u auni cuyunk.. Muahxxx 200X.. ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

welcome back..rindu cha sekelurga..

mamalieyna said...

baru tau nama penuh kakakOni..hee~

sweet semuanya..^_^

syok la Oni ramai org melayan kt Kg kan..arif nnti, maybe berpantang kt sini je, Kg cuma ada Tok..so, baik bwk Tok yg dtg mai teman kt sini..he~

anisalya said...

kejap je anak2 ni besar. selamat breasfeedkan adli. moga berjaya hendaknya. anak lelaki memang kuat menyusu.

PUANSTOBERI said...

seme ada Norer la..hikss..swittt... :D

ch@ said...

eija:
wslm eija.
hiii tu ler.
skjpn ms berlalu.
tapiii kadang2 syg dorg tu jg geram.

kak nad:
btl la tu, bila blk kl asyik kena marah, dok sakat adik dia je.dia pntg naik kreta kak.

ibu aqil:
skjp je kak. itula kita pun tertunggu-tunggu gak ni, abi dia pn ada bulu mata lentik.

kak ieyna:
lorrr, hahaaa.best juga berpantang kt rmh sendiri,boleh online. ngeee.

anisalya:
itula, sdg berusaha keras.

kekda:
jawa di hati kak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in