Aci tak?

Friday, 28 October 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Well, meh kita cerita tentang Oni, Aie belum ada cerita lagi, melainkan minum susu, membuang kumuhan dan tidur dan menangis. Jadi, story for Aie coming soon je la. Let's know my dear Oni. Apahal speaking London pula ni. Ehehehe.

Kakak yang baik ke? dia memang baik bila angin dia ok. Celik mata, 'hai wawan! hi kawan' Hrmmm, dengan muka kelat masam busuk tu terus je cari buku mewarna dan pensil warna. Semuanya hasil layanan tok papa, tok mama dan pak su.

Daripada dia melukis garisan lurus, sehinggala jadi garisan melengkung, corak bulat-bulat dan entah binatang apa sahaja dilukisnya, usah ditegur nanti dia suruh kita pula yang melukis. Aku suka  lukiskan dia blok ABC atau angka. Tension je dia.

Abi, tok papa, pak su lebih pandai melukis, boleh nampakla gambar apa yang dipinta lukis. 'kesh, kesh. lukis-lukis' katanya. Kadang-kadang tengah pangku Aie pun disuruh aku melukis. 

Paling best bila dia buat konsert. One fine day, abi belikan dia guitar bising lagi sensitif, pantang tersentuh asyikla nak menyalak. Bunyi binatang, lagu dan juga boleh buat not lagu. Kalau kakak Wiya anak bonda atau kakLong, pattern ala-ala Yuna, yang sorang ni aku taktau nak kata, rock mungkin boleh. 

Sebabnya, tak suka sikat rambut dan suka menari, paling tak tahan bila dah konquer tv. 'Wiwi-wiwi, tunnn. tv, kartun' sakit kepala bila semua orang kena layan rancangan kegemaran dia, walhal dah tengok berulang-ulang kali. Layankan daripada dia dok menyakat si Aie.

Umur belum pun masuk 3 tahun, tapi mulut dia. Pergh! macam orang dah besar je. Lepas tu nak salam dengan orang yang dia suka je. Bila dia tak berkenan dengan seseorang, dia sorokkan tangan. Entah ikut siapa aku dengan abi pun tak ajar macam tu. Berubah la hendaknya nanti, tak mahu aku di cop tak mengajar anak bersopan.

Then, lain-lain perkembangan macam anak orang lain yang sebaya juga. Perangainya boleh dijadikan ubat ketika stress dan boleh juga jadi penyebab stress mana tidaknya, time dia tidur je dapat kemas rumah bersih-bersih, bila dia bangun tak sampai 5 minit, habis semua dikemburnya. Sabar-sabar. Bila di marah, dia pandai membodek confirm cair tak jadi naik angin.

 
 Budak kiri.

Bila dia kusyuk orang panggil pun dia buat derk je.

 Nak jadi pelapis siapa ni?

Macam ni pun boleh, bayangkan dia pegang telinga anak rusa tu then dia lompat. Hahaha! Macam nak runtuh rumah tok mama dia.

 
Ok dah tidur, akibat layan kartun jam 4 pagi. Senyap sekejap rumah.
Hahaha! tu la Oni. Sekarang dah pandai kiss Aie, sweet je.

10 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah..rindu acik kat kamu oni..
makin besar kami makin bijak ye...

rasp said...

uish lama sungguh akak tak ke sini...
tup tup tup...dah pun selamat bersalin....tahniah ye sis...
akak dah baca part bersalin tu...
wahhhhh 8 lagi otw ke ...
ate nurse kat leh beranak 10 hehehehehe..
take care & selamat berpantang...

Nad @ MamaZakwan said...

gitar oni cam gitar abang zack la...
nnt bleh wat kugiran sesama ;P

mamalieyna said...

rindu sama kakakOni..muaaah~ hee~ pandai eh sayang2 Aie..hikhik..makin bijak..makin rock je nampak tu..ihiks..

makin tak sabar nk tunggu turn akak lak ni..camna reaksi dak arif.. ^_^

AKO @ retna said...

ooo kidal ek..
ni musti suka seni ni ;-)

Salina@IbuAqil said...

alahai cha.. sayu plak akak tgk pic yg last tu.. siyes!! tersentuh naluri keibuan ni.. ;)

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

wah bergaya oni nagn gitar dia..
chumell la rusa oni tu..

oni lg la chumell..rambut dia dh panjang ye..

sama la mcm zaquan dia sorang jerk yg konker tv..mmg x bosan tgk citer berulang2..even cd pun dia leh layan berulang2 kali..

anisalya said...

anak yang sulung jangan dilupa. kiut je Oni. kidal ek...

PUANSTOBERI said...

wah..ni pengganti man kidal. hikss :D

ch@ said...

cik jue:
mcm tu la nmpknya cik jue. tak sunyi dah dgr dia mmbebel.

rasp:
uiks 8 kak? mcm mn nk handle tu nnt? tkt tak terbela dibuatnya.

kak nad:
abi dia yg belikan, sibuk nk main gitak pak su dia je. haha, tkt oni yg over nnt.

kak ieyna:
smua rindu kt oni, jeles toi laaa.
ok kita sama2 m'hitung hari ye. arif dh bsr sikit drpd oni, dia mmg dh bole trima adik dia nnt.

kak ret:
org kidal melukis cantikkan?

ibu aqil:
hiii, kan? pnt mulut au bercakap ngajar dia mewarna, tgk2 dia lelap.

eija:
pjg tapiii gulung2, ala merilyn monroo gitu. skt gak kepala bila dh hari2 mengadap.

anisalya:
mmg la dia x mudah dilupa, bkn sng nk keluarkn dia, lg2 kena bw tiub kencing 2 mggu.

kekda:
huih! xmo la.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in