Pemeriksaan Anternatal 6

Thursday, 15 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aku nak share sesuatu yang buat aku gembira dalam debaran.

Oit! bukan nak pergi open house la, itu dah memang sah-sah, makankan? Perkembangan mak buyong yang sedia kembang ni. So macam biasa, aku sambung MC daripada hari Khamis sebab sakit mata, terus ke PPUM. Harapan nak ajak abi la konon-konon, mana tahukan pemeriksaan terakhir gitu, hrmmm awal-awal dia dah beritahu dia ke Lumut, cis! Benci tau.

Takpe-takpe. Pemeriksaan rutin berjalan macam biasa. Menyesal pula tukar beg kecil, semua benda nak sumbat sampai tak muat. Banyak nak kena pegang, leceh betul. 

Urine test: Normal
Berat: 50.7kg
Tekanan darah: 107/53 Hb

Aku rasa nak timbang dengan beg sekali. Puas aku makan, naik ciput je. Ceh! terus aja aku turun tingkat bawah untuk scan baby. Hurey! tengok baby lagi.

Alhamdulillah, semuanya berkeadaan baik dan sihat. Air ketuban cukup, uri berada di atas, kepala baby pun dah berada di bawah. Dannn berat baby 2.8kg. Serius, aku sungguh teruja bila dapat tahu berat baby ni. Syukur sangat-sangat.

Aku baca dan teliti terperinci laporan scan daripada pemeriksa tu. Tersenyum gembira tidak terkira. Naik ke tingkat 2 semula untuk sesi bertemu doktor. Aku harap tidakla lama aku menunggu kerana aku melapor diri sudah sehabis awal  pagi. 

Kebetulan berjumpa semula dengan kakYati, setelah sekali dia terskip pemeriksaan lepas. Best ada geng. Dalam pada menunggu giliran, kami bersembang terganggu dengan deringan telefon bimbitnya, lepas satu, satu hal datang. Anaknya semput, kawan opisnya asyik buat panggilan, sampai habis kredit dibuatnya.

Lekas sahaja aku hulur telefon aku, apa hal sangat tolong orang atas perkara kecil kan? Sementara berkesempatan membuat kebaikan. Serba salah dia, aku paksa juga. Dah emergency. Senang hati aku dapat tolong orang. Dia tanya aku sama ada boleh atau tak dia nak berjumpa doktor cepat. Aku cadangkan dia berdiskusi dengan nurse di kaunter. Kalau betul-betul ikut turn memang lambat.

Aku rasa boleh, sebab dia ada kecemasan. Kelam kabut dia hari ni. Aku kena bertenang, sebab aku nak kena dengar ceramah doktor, so kena fokus.

Tiba giliran aku masuk bilik doktor, oh! doktor yang baik ni. Aku kenal dia. Dia pernah check aku masa aku bersalinkan Oni hari tu. Suaranya, raut wajahnya, senyumannya, buat aku rasa nak duduk je lama-lama dalam bilik tu. Taaapiii...

'Kita tengok rekod puan ni, semuanya berkeadaan baik. Baby gerak ok?' dia bertanya dengan diperhatikan oleh dua orang doktor pelatih, mungkin. Aku angguk. 
'Puan pilih pelan bersalin, nak cuba normal atau czer?' Dia bertanya dengan suara perlahan. 
'Jika semuanya baik, saya nak cuba normal doktor' Dia angguk dan senyum.
'Doktor yang lepas, ada terangkan tentang pelan bersalin ni?' Dia tanya lagi.
'Ye ada, semua sudah diterangkan. Saya pun ada cari maklumat-maklumat di internet dan kawan-kawan lain'
'Bagusla kalau macam tu, jadi boleh puan baring sekejap' Pintanya. Dua doktor pelatih ambil alih tugas ukur-ukur.

Katanya, dia tak dapat rasa kepala baby aku. Hehehe, coro main nyorok-nyorok. Doktor yang baik itu pula ambil giliran. Senak kejap perut aku dia tekan. 

'Kepala baby dah turun, kedudukannya pun dah cantik' aku sengih sampai telinga. Temujanji akan datang seminggu daripada sekarang, aku terkedu? seminggu doktor? Doktor yang baik itu senyum. Aduh! bisa gugur jantung gue.
'Seminggula, jika masih belum sakit. Puan sudah menghitung hari. Baby pun dah matang'. Aku tarik nafas dan cuba bertenang. Sekejapan masa berlalu, aku sudah menghitung hari. 
'Kalo dah sakit doktor?'
'Terus bersalinla' Ahahha, berlucu ye. Aku pun sengal boleh tanya soklan yang memang sendiri tahu jawapannya. Keluar daripada bilik doktor, aku berjumpa semula dengan kakYati. Berbual seketika, aku terus mendapatkan temujanji akan datang.

Sedang aku tunggu abi datang jemput, kakYati datang berjumpa dengan aku. Dia pun dah selesai buat pemeriksaan, dapat juga dia giliran awal sempat dia mengucapkan terima kasih pasal pinjam telefon sebelum nampak suaminya tiba untuk menjemputnya.

35weeks6days
Genap Oni pun lahir dengan berat 1.8kg.

Laaa kakYati juga yang balik awal daripada aku. Kikikiiii. 

Nota hijau: Alhamdulillah semoga terus dipermudahkan perjalanan kelahiran zuriat yang kedua ini, aminnn.

15 pasang kaki:

♥cikmOt♥ said...

owhh...beza seminggu jek dari due date kita...alahaiii

aNaYaNa said...

Salam kenal..semoga semuanya dipermudahkan..:)

Suka la baca blog Cha@k.Cha?huhu..biasa tulis cerpen@novel ker?penulisan ala2 macam tu..tulis panjang lagi pun takper..ralit jer..heee

mamalieyna said...

Alhamdulillah semuanya baik...kalau boy..sure berat tinggi tau..^_^,,senang hati dengarnya kan..

alolo tomei perut, kak eina pun snap pun pic gini2..hee~

mekchu said...

macam baru 20 mggu je prutnya.. comel.. betul ke oni lahir 1.8 je? dan berat cha mmg ringan walaupun dah hujung2 pregnancy..

berdebar ke? hehehe.. mekchu doakan semua selamat..

.: iEyLa :. said...

hope umi and baby sehat.. ;)

PUANSTOBERI said...

alahai..suwitnya..
akak tumpang baca je la dulu yer. nak merasa entah bile :)

@e_da said...

alahaii kejapnya dah nak bersalin.. tunggula akak.. ehheheh.. comel je perut cha...kalau akak nanti tak tau la camana

♥SyilaSyira♥ said...

tergelak baca perbualan cha ngan doktor tu..kikiki...semakin berdebar² bila bab menghitung hari tu...huhuhu...semoga semuanya selamat ye

eima said...

aku tak brape paham ni...seminggu lagi ke doc jangka ko bersalin???
huhuhu takutnye...

hopefully aku ikut due yg memula tu bulan 10....tak siap lagi preparation ...

Salina@IbuAqil said...

Alolololo!! Comelnya dik cha.. Akak plak nerbes dik.. Selamat semuanya insya'allah!! ;)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

alahai tak sabar nie..cik jue teruja..kalau boy lagi teruja...

Ya ALya said...

semoga semuanyer selamat.....tak sabar nak tunggu baby coro keluar.....hehehehhe

ch@ said...

cik mot:
ahaaa, silap2 tersama kak.

anayana:
salam perkenalan utk yana juga. insyaALLAH.
dulu beranganla nak tulis novel, skrg ni tak sempatla nak cari idea tulisla blog. akak suka baca novella yana.

mama lieyna:
insyaALLAH mmg boy kak.
teruja tgk perut sendiri, kali ni ambil gmbr stiap perkembangan, time oni hari tu tak nmpk2 prtnya.

mekchu:
hihiii, iya dia hanya sebesar botol kicap yg besar tu je mekchu. hope boleh sarung smua baju lama.
insyaALLAH thanks mekchu.

ieyla:
t/kasih ;)

kekda:
takpe kekda, kadang2 terlalu mengharap pun tak boleh juga,just enjoy ur life je, bercuti ke merata tempat seronok rasanya.

kak eda:
lor cemana nak tunggu, akak punya planning tu baik punya.
takpe tiba masa akak kita sama2 tgk perkembangannya pula ye.

syila:
itula pasal. teringat lagu kris dayanti. doktor tu mmg super baik.

eima:
sayang, dulu akukan bersalin awal jadi dia nak pantau la. takpe aku mmg dh bersedia jiwa raga.

ibu aqil:
aminnn bu.

cikJue:
ihiihiii. hope so cikJue. teruja.

ya alya:
tu la tu. awak dh selamat. siap keluar berjalan-jalan lagi.

anisalya said...

oni lahir cukup bulan ke? mcm Alya sy lahir tak cukup bulan tp berat dia 1.97kg. besar drpd botol kicap. apa pun harap selamat la ye cha.

ch@ said...

anisalya:
tak cukup bulan tapi dikira cukup bulan, lbh kurang la tu.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in