Mama yang lemah lembut.

Friday, 16 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat hari Malaysia.

Tehehehe, tunggang langgang hidup aku tanpa abi dua hari ni sebagaimana tunggang langgangnya rumah aku dengan Oni, biarlah dulu. Nanti-nanti ada orang nak bertandang, gigihla aku kemas. Abi balik pun aku juga yang kemas. Serupa je kan.

Setakat ni baru satu keluarga yang sampai, kawan satu kelas masa belajar dahulu. Noorliza bersama suami, Amir dan buah hati mereka, Yusuf Irfan. Kebetulan dia di Bukit Angkasa, terus sahaja datang singgah melawat aku. Orang sekarang ni, trend kena buat open house barula nak datang, kot tak memang tak sampaila.

Mujurla aku sempat membaca email mama yang lemah lembut ni sebelum aku MC hari tu. Baca pun sekali imbas je, time waktu kerja. Balik rumah aku buka semula email, part email ni memang aku biasa buka waktu kerja sahaja. Dalam kepala berfikir, nak ke abi pergi nanti. Ajak je la kan. Ada rezeki kita jumpa ye mama yang lemah lembut.

Sedang elok abi balik daripada Lumut, sebelum masuk kerja sebelah petang, dia setuju untuk ke Bukit Jalil. Dah dapat ke teka siapa yang aku maksudkan? hahaha, baikla nak hint lebih lagi si tauke laksa tu. Ya, tepat sekali mamaLieyna aka mama kepada Arif Haidar. Korang ni, sebut makan barula nak ingat mengingat ya.

Mencari rumahnya tidakla susah, abi memang pakar walaupun memandu dengan mata kelabu (sakit mata) dan hujan lebat. Aku pun weng-weng je rasa. Mata mengantuk sungguh. 

Sampai rumah bersaiz comel tu, kakIeyna menanti di muka pintu. Sekejap je cam. Hehehe, alaaa lemah lembutnya kakak ni, dalam hati aku. Terpaksala aku menjaga tingkah yang selamba kodok ni dan cakap pun main ikut dannn je. Tersipu-sipu makcik.

Oni? itu macam biasala, berebut mainan dengan Arif Haidar. Hahaha, Arif Haidar yang cepat je air matanya meleleh. Nangis pun tak dengar bunyi. Comel. Oni lebih suka main basikal Arif di luar rumah. Asyikla dia hilang je. Satu-satu kasut orang datang di cubanya. 

Aku? makanla apa lagi. Tiga kali aku berulang alik di meja makan yang besar tu. Muahaha. Sedap wei, laksa dan nasi tomato hasil tangan kakIeyna ni. Menjilat jari aku makan. Tak caya? kalau kakIeyna letak gambar kat blog dia, tengokla aku yang makan je sepanjang bergambar.

Lepas tu aku belasah kuih rayanya pula, mujurla abi ajak balik. Aku rasa nak berlama-lama je di rumah comel tu. Hihiii. Tak sedar diri tu dah sarat, boleh lagi pergi open house. Muahaha. In this time, makan is the best thing to do :)

 
Comelkan kami berempat? hihiii.

So macam biasa, pendapat aku terhadap kakIeyna? dia suka senyum, cakapnya sungguh lemah lembut. Aku nak cakap banyak pun rasa macam tak sesuai je. Mungkin baru jumpa sekali ni, kalau dah berkali-kali mungkin aku biasa dengan dia, kan kakIeyna kan?
mamaLieyna kawan maya kedua aku jumpa. Pertemuan blogger yang kedua la kiranya selepas Eija. Huhuuu.
Nota hijau: Alhamdulillah masih larat membawa Coro. Oni pun semakin behave. Terima kasih abi sebab memahami =) Esok ada lagi blogger yang perlu ditemui, insyaALLAH.

11 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Ye ye nampak teserlah kesopanan cha di sebalik senyuman cha tu.. Hikhikhik

PUANSTOBERI said...

oh. gigih si ibu mengandung ni. Hihi. Akak mggu ni ada juga jemputan tp tak laratnya rasa nak keluar umah.
adoi..penyakit... :D

mamalieyna said...

waaah awainya kuar n3 ni..hee~ ni bukak blog pun sbb rancangan tergendalan, hujan lebat, nak keluar beropen house pun tak jadi lagi..huu~

alolo...kakak yg lemah lembut diberi gelarannya..tp diakui lah kot, mmg tak reti nak beramah tamah lebih2..hee~ baru first time jumpa kan..ngee..

apapun thanks sudi jejakkan kaki ke rumah comel akak, dh tau rumah, next time bleh dtg lg, dtg ziarah akak dh bersalin nnti ke..hee~

mana yg terlebih terkurang tu, maap la ye, tuan rumah ni biasalah..hee~

pepun thanks skali lagi, dlm dok sarat2 tu, sempat lagi..sgt2 hargai..ch@ mmg nmpk jenis byk ckp n peramah,hee~ bagus2..

kakakOni yg comel dan slamber..hee~

mekchu said...

larat lagi cha kan.. kemain ramai lak tu jumpa blogger.. dgn mekchu bila lak?

♥SyilaSyira♥ said...

wow..bestnya jumpa2...perkenalan dari alam maya membawa ke alam reliti...xsabar nak tgk menu umah mamalieyna

e.l.i.z.@ said...

br je tgk gambar kt blog k.eina hihih

anisalya said...

makan la selagi boleh makan. nanti dok tengok je org mkn sedap2. nasib baik jgk dah lepas raya. kalau tak terkebil-kebil memandang kan?

Mama Gee said...

seronok ya jumpa2 gdn blogger...
ntah kenapa mama rs malu je kalo ada blogger ajak jumpa..
sbb mama ni pendiam skit orgnya...risau tak reti nk layan sembang...hehehe...ade ke camtu ek?

ch@ said...

ibu aqil:
hahaha, senyum pun tak rasa nak seyum lebar, maluuu.

kekDa:
makan semata-mata. mamaLieyna ni terkenal dgn laksanya, kalau dah rezekikan? dpt juga mkn laksa sbb dia kata dia nak buat soto.

kak ieyna:
takde halla kak, bagi kita semua ok. dah akak mmg mcm tu, sekurang-kurangnya persepsi kita pd akak mmg tak salah kan?
insyaALLAH nnt kita tgk akak bila baby akak dh lahir, takpun tk pyh tggu baby, nk dtg kita beritau k. hahaha kita mmg tak malu.

mekchu:
insyaALLAH mekchu, tapi mekchu ni cun sgt la, segan nak jmpa. tapi kita ada jumpa kawan mekchu, tak ingat pula namanya. nnt kita tanya.

syila:
hahaha dia dah update blog, boleh tgk menu dia. sedap.

kakEli:
kakElimmg suka berjalan blog ke blog.

anis alya:
tu la bersyukur juga.

mama gee:
ada je mama, tapi kita akan pastikan mama byk cakap bila jmpa kita. hahaha.

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

heheh..mmg srnok dpt jupe geng blogger ni kan..
terima kasih cha sbb jd mmber blogger yg baik n yg pertama sudi bersua muka..hope persahabatan kekal selamanya..:))

ch@ said...

eija:
sama-sama eija. kita pun sama ucapan macam awak tu. hehehe, seronoknya kehidupan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in