Jangan dilanggar lubang itu!

Wednesday, 7 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Percayalah, aku dah masuk opis. Tepu aku duduk rumah lama-lama. Malam tadi pergi kecemasan PPUM, dek kerana keluar spotting kecoklatan. Setengah aku baca kata ok, setengah aku baca kena rujuk hospital. Aku pun dah taktau.

Gagah aku pergi kerja pun kerana pukul 11.45 malam tadi dapat call daripada PPUM, mengatakan kalau bleeding terus sahaja ke Klinik Ibu Mengandung (KIM). Aku kata lagi, just keluar warna coklat, dia kata kalau bleeeding, sudahnya malas aku nak bertekak tetengah malam buta tu, terus aku decided pergi opis. 

Jika aku tak dapat call, pagi ni aku ke PPUM terus ke KIM. Baby pun aku kira masih bergerak macam biasa. Bila dia diam cecepat aku cari makan ke, kacau dia ke, bagi dia bergerak. 

Dan hari ini abi hantar aku, merempit. Dia nak hantar guna kereta tapi aku tak rasa dia sanggup nak menempuh jalan Tol Damansara ke Seksyen 16, Eastein Hotel tu. Aku tengok jammednya pun macam nak berjogging biji mata mau berzikir panjang.

Mujur dia dah alert untuk mengelak segala bendul dan lubang tak mahu hentakan terlalu kuat kena pada aku, ini kalau sakit ni ada kena alas kusyen, letak kusyen empuk-empuk sikit. Kot tak, memang sahla baby ni keluar awal. Krem-krem kaki aku bila sampai opis nanti.

Alhamdulillah semuanya elok dan macam biasa, terasa lebih bertenaga. Aku pun tak sudah-sudah praktikkan senaman kegel untuk menguatkan otot vagina.

Senaman Kegel.
  1. Ia dikenali juga sebagai senaman kemutan.
  2. Membabitkan gerakan mencengkam otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing atau mencengkam bahagian otot pelvis (seperti menahan kencing atau membuang air besar - dilakukan secara serentak.)
Cara Melakukan Senaman Kegel.
  1. Kemutkan otot pelvis (seperti sedang tahan kencing).
  2. Tahan selama 2 hingga 3 saat
  3. Lepas secara perlahan-lahan dan rehat seketika.
  4. Ulang langkah di atas sebanyak 25 kali dan amalkan sebanyak 3 kali sehari (pagi, petang atau malam dan dimana-mana sahaja.)
  5. Perlu ingat, jangan sesekali cuba mengecutkan otot perut atau punggung semasa melakukan senaman ini bagi mengelakkan masalah keliru tentang otot mana yang sebenarnya yang ingin dikecutkan.
Faedah Senaman Kegel
  1. Berupaya mengetatkan vagina.
  2. Membantu memudahkan proses klimaks sewaktu bersama pasangan.
  3. Mengurangkan masalah buasir.
  4. Membantu mengelakkan berlakunya masalah polapse (rahim jatuh) di masa akan datang.
  5. Sesuai untuk wanita mengandung kerana otot pelvis yang kuat akan membantu melancarkan proses kelahiran terutama sewaktu proses meneran.
  6. Berupaya mengurangkan risiko berlakunya koyakan keterlaluan sewaktu bersalin.
  7. Dalam tempoh berpantang, senaman boleh membantu luka episiotomi pulih dengan lebih cepat di samping membantu menguatkan kembali otot-otot pelvis.
  8. Meningkatkan aliran darah ke uterus atau vagina.
  9. Menguatkan otot vagina - seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan risiko koyakan pada parenium.
  10. Membantu mengatasi masalah pundi kencing lemah. (1/4 wanita di Malaysia yang berumur 35 thn ke atas mengalami masalah pundi kencing lemah.)
Sejauhmana Senaman Ini Berkesan
  1. Biasanya kesan senaman ini dapat dirasai dalam tempoh 2 hingga 3 bulan (itu pun jika dilakukan setiap hari).
  2. Secara umumnya, senaman Kegel berupaya mengembalikan 50% kekuatan otot vagina. Terdapat juga kes yang berjaya pulih sepenuhnya. bagaimanapun, kejayaannya berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.
  3. Tempoh berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman ini kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam tubuh. 
*** Pun begitu, senaman ini tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau mereka yang mengalami banyak koyakan pada vagina.

Senaman ni Untuk Wanita saje ke?
Kajian mendapati senaman ini bukan hanya baik untuk wanita tetapi juga amat berguna untuk kesihatan alat sulit lelaki khususnya untuk kesihatan kelenjar prostat mereka.

Sumber daripada http://mamiraysha.blogspot.com/2010/05/senaman-kegel.html dan juga Majalah Keluarga Harmoni Bil. 125 (memang aku tak pernah beli :))

Aku selalu buat senaman ni, senang dan free. Baring, duduk, time beraya, di mana-mana sahaja. Doakan aku dan baby selamat hendaknya. Amin. Sejak dua menjak ni, macam dah jadi penasihat ibu mengandung pula.

Datang jam 7 petang, masuk jumpa doktor jam 9 malam, tunggu test result 2 hingga 3 jam. Hrmmm, sabar je la. Kalau sakit-sakit biasa, biarla pergi klinik biasa je. Lebih cepat. Aku dah cabut balik rumah, malas nak tunggu lagi. Kembang punggung rasanya.

15 pasang kaki:

Salina@IbuAqil said...

Take care cha.. Insya'allah doa kami sentiasa iringi cha @ baby..

PUANSTOBERI said...

semoga selamat segalanya yer cha. jgn lupa umum2 kan sekiranya adik Oni da menjenguk dunia nati :)

fazilzura said...

take care ocey ... jaga diri tu ye...

.: iEyLa :. said...

ieyla doakan umi ngn baby selamat..
take care sis...
anyway..nice info.. ;)

mamalieyna said...

take care ch@..pergi gomen hospital mmg bab menunggu paling tak suka..hu~

thanks for the info ..herm..leh praktikkan nnti~ ^_^

EiJa ZaQuaN said...

wah dh ada tanda ..msti berdebar2 kan..
mcm eija dulu gak..ermm..mmg kalau ikutkan kalau coklat2 jerk warnanya..itu blom lg..tp yg buat ada org kata perlu gak refer ke hospt/klinik sbb takut ada jangkitan jerk..
papehal pun yg penting baby gerak ok kan..eija doakan moga slmt sumenya dan dipermudahkan..insyaalllah..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

jaga diri baik2 tau..tak sabar nak tengok adik oni..

Ya ALya said...

cam ya ri tu,mula2 kuar coklat je,tak lama kuar darah n terus g hos.....memang time nak bersalin dah......

harap2 semuanyer ok yer.....

eima said...

alahai kesian nye ko ..usia kandungan kite kan lebih kurang je
tp ko plak ade masalah.. hopefully selamat semua nye..hati2 tau

ch@ said...

IBU AQIL, FAZILZURA:
sungguh t/kasih.
sob-sob-sob terharunyaaa kita.

KEKDA, CIK JUE:
insyaALLAH, smg dipermudahkan.

IEYLA, MAMA LIEYNA:
t/kasih dear. sama2 share buat panduan.

EIJA:
ooo begitu ye eija. berdebar tu mmg la, menghitung hari je dibuatnya.
t/kasih eija. teruskan doamu itu ye.

YA ALYA:
ooo mcm tu ye, padanla doktor kata soh kita standby je. thanks Ya.

EIMA:
itula tu, ikutkan hati aku malas nak fikir. stengah lagi risau juga. tapi aku sentiasa juga follow up, ye la bdn kita, kita sendirila pantau.

Puan Gee said...

take care care...akak doakan cha dan baby selamat sepanjang proses ni...

NURUL AINI NORAZMAN said...

kak ch@!! take care aw,.=))

ch@ said...

mamaGee:
t/kasih mama. sungguh terharu.

aini:
thanks sayang. u too walaupun blm bersalin. kikiii.

♥SyilaSyira♥ said...

info yang bagus ni...semoga cha n baby selamat hendaknya...xsabar nak tgk oni junior..ahaks

ch@ said...

syila:
hahaaa, awak ni. Oni junior tu means mcm abi la kan. hahaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in