Bila dah jadi emak.

Monday, 12 September 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Adeiii, mataku merah sebelah, mataku gatal sebelah, mataku bengkak sebelah, mataku kelabu sebelah, mataku hanya sebelah yang masih elok. Huaaa, aku kena sakit mata. 

Ini Oni punya angkara, dia dapat daripada salah seorang kawan dia di rumah pengasuh. Sudahnya masa pergi rumah terbuka pengasuhnya pada hari Sabtu lepas, ramai juga yang kena. Semua dah jadi macam lanun, kena tutup mata sebelah. Tapi, raya punya fasal. Hantam sajalah labu.

Aku memang dah agak, bila Oni sakit, aku pula yang kena lepas dia atau orang terakhir. Sebab tu aku bimbang betul bila ahli keluarga aku sakit. Tapi, sakit ni tandanya ALLAH sayangkan kita. Penghapus dosa kecil, sabar-sabar-sabar.

Abi suruh MC, bulan ni je berderet dah MC aku, tu yang aku malas tu tambah-tambah lagi due aku semakin hari semakin hampir. Lagila aku kena simpan-simpan cuti sikitkan.

Hari Ahad pun gagah lagi pergi rumah terbuka kawan abi, mujur dua-dua area rumah aku tu juga, so pergi je la. Makan free kan. Aku makan tak berhenti naik lenguh rahang, gila melampau kan? hahaaa tu pasalla aku kena pergi kerja. Sebab bila aku buat kerja aku lupa nak mengunyah.

Mudah-mudahan mata aku ni tak mengambil masa panjang untuk kembali pulih.. Ni la bila dah jadi emak, bila anak kena kita pun kena tempias sama. Well, semoga aku sempat untuk menghadiri undangan rumah terbuka minggu depan. Hihiii. 

Menghitung hariii. Takde gambar.

14 pasang kaki:

@e_da said...

sakit mata??? alahai ciannya.. letak eye mo byk2...

makan sampai sakit rahang,. melampau tul umi oni ni.. melepaskan geram nanti kena pantang la tu.. hihi

♥cikmOt♥ said...

hehehe, jadi mak beselah...

kita pun dok menghitung hari...cepatlah tiba hari tu...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

alahai..kesian cha..moga cepat sembuhye

Sweetmama@EiJa ZaQuaNZiQrY said...

hehehe....time raya ni mmg xleh nak thn2 makan..makan jerk selagi boleh..lgpun mata yg sakit..bknnya mulut..hehehe..

eija raya ni pun berat dh mula naik..aritu pantang..turun mendadak..raya ni naik mendadak..adesss..

moga cepat sembuh dear..!

...sWeeT uMi... said...

sakit mata mmg tak best kan...dah la berjangkit huhuhu..nak raya sebelah mata je la...hope lekas baik ek, t leh smbg open house hehehe (^_^)

eT said...

boh susu ibu kt mata...hehe
cepat sembuh yer... :)

Salina@IbuAqil said...

cha! cepat sembuh ye cha.. ;)

eiela said...

sakit mata memang menyesakkan. rasa tak selesa.

ch@ said...

eiela:
tepat sekali. malu nak tengok muka orang ramai.

ibuAQiL, cikJue:
t/kasih bu, t/kasih cikJue, harap sgt cpt baik.

eT:
mana pula nak cari susu ibu, oni dah baik, mak dia kena sakit mata ni? nak minta kat mama ke? ada lagi ke tak ye? t/kasih eT.

sweet umi:
sakit mata pun still jln open house. tu la cpt berjangkit sakit ni.

eija:
pandai ko eija, bkn mulut yg sakit dok. mkn je.
kita ni naiknya lambat, tapi turunnya kejap je.
t/kasih dear.

cikMot:
sama2 kita mengira cikMot. 1...2...3...

kakEda:
rasa nak tuang sebotol.
hahaha, amek kesempatan. open house raya mkn sedap2.

alexa yussida said...

oni balas balik tuh,dlu masa nenen akak...akak demam je, die pon demam..:P

anisalya said...

dah tak lama lagi kan before dpt baby baru. alhamdulillah jgk... kalau anak2 ke suami sakit, sy jarang berjangkit lepas tu. akan kena sebulan dua kemudian. kadang2 tu tak kena pun. Allah tahu kalau saya sakit siapa nak jaga keluarga. suami pulak jauh. huhuhu...

ch@ said...

yus:
pandai ko dik. mcm dh berpengalaman :)

anisalya:
alhamdulillah, biasanya mcm tu la. Sebab abi area sini2 agaknya tu yg sy mudah juga berjangkit.

♥SyilaSyira♥ said...

sakit mata ni mudah sgt berjangkit kan..kenalah pakai cermin mata hitam sepanjang masa...:-)..yup..sakit tu penghapus dosa..Amin

ch@ said...

syila:
sampai malam pun kena pakai cermin mata. hahaaa. nampak sentiasa malam je.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in