Perut cekang.

Tuesday, 23 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huwiii, asyik dengar lagu raya je, mood pun dah swing-swing. Malam tadi aku sampai rumah ngam-ngam 9.30 malam. Mandi-mandi, layan Oni pun gitu-gitu je dek kerana terlalu kenyang dan letih. Terus lelap macam orang tak sedar diri.

Macam mana tak letih dan penat, perut dah kenyang mau tak ngantuk. Semalam aku berbuka di Eastein Hotel, PJ. Makan kali ini bersama kawan-kawan opis major cina, aku dengan Roslan je yang puasa. Berpinggan-pinggan aku makan, daripada bersaiz besar, sederhana, kecil dan mangkuk. Hampir semua menu favourite aku sebat dan paling penting, puding roti.

Inila dikata hasrat ibu mengandung, dah seminggu aku teringin nak makan puding roti. Round pertama aku pegang pinggan besar berisi, nasi, udang, sayur, tauhu sumbat, lidah lembu kot (aku tak makan pun). Sebelah lagi pinggan sederhana dengan kuih menderam, kek coklat bersama puding roti. 

Letak kat meja, tiba-tiba aku teringat aku tak ambil air. Ada air masak je atas meja, takpela. Sudahla aku duduk betul-betul tengah, dorang ni memang betul. Gila banyak la station makanan. Aku nak ambil ketam, cemana gaya makan ketam dengan sudu? mau terbang, ketam ke mana sudu ke mana. 

Tiba waktu berbuka, makan dengan senyap. Menikmati, nom-nom-nom. Sungguh terasa lapar. Habis dua pinggan, berehat. 'Jom, minah! kita round lagi' Roslan mengajak. Eheh! bangun jangan tak bangun. Pinggan sederhana sahaja, kek coklat (Jeanne punya) dengan puding roti, bersama tembikai susu. 

Kali ni puding roti baru terjumpa krimnya, wahhh!!! sedap gila. Balik kat meja terlupa lagi nak ambil air. Hahaha, sudahnya aku suruh je Roslan Salleh membantu. Thanks you. Makan lagiii. Habis sepinggan.

'Oiii cepatla makan, nak ambil aiskrim ni, dah terliur-liur tengok aiskrim' Roslan lagi. Perut macam stoking. Jeanne tengah meratah berekor-ekor udang. Habis dia makan, bangun lagi pergi ceduk ais-krim 3 perisa. Yang Jeanne pergi songlap coklat rice. Dia meratah itu sahaja. Tak senonoh sungguh.


Aku rasa macam dah krem perut bila, makan sesuap-ketawa, makan sesuap-ketawa lagi, rasa puas hati juga dapat ketawa puas-puas. Selama ni duduk diam tak berkutik dek malu. Dan aku rasa lagi kami bertiga je yang paling riuh sekali, hahaha. Aku tengok orang lain asyik je makan dan perhatikan kitorang, apatah lagi dorang tak percaya, aku boleh attend kali ini punya makan-makan. Kikiii.

Balik tu aku memandu dalam keadaan lali-lali, dah malam. Tapi, laju gakla sebab jalan lengang. Terus ambil Oni, rindu sungguh dengan minah tu. Tapi lepas aku mandi, dek melayan ngantuk terus aku lelap. Tidur dengan kenyang dan perut cekang, baby kat dalam seronok dapat makan macam-macam. 

Oni aku tinggalkan dengan kartunnya sampaila abi balik kerja. Rupanya, abi pun tinggalkan Oni dengan kartunnya. Dia tidur di ruang tamu dengan teddy bearnya, dengan tak berselimut atau pun bantal. Mujur memang ada tilam untuk dia landing minum susu. Aku pula sedar-sedar dah jam 5 pagi, kesian Oni kesejukkan. Terus bagi dia bantal dan selimut dan aku bersahur. 

Suruh bergambar je, mesti gaya ini. Pandai dah sekarang.

Dua kali sudah Oni tidur sendiri di ruang tamu, sekali atas sofa. Biasanya dia ingat nak masuk bilik sebab dia minta susu. Nampaknya dia dah ready untuk masuk bilik sendiri. Lepas ni kena deco-deco bilik Oni, biar dia berdikari. Hehehe. Sayang Oni.
Malas nak letak gambar makanan banyak-banyak, hari ni aku puasa lagi. Buat kecur liur je nanti.

8 pasang kaki:

eima said...

wahhh pulun kaw2 ek mkn ...
sronok nye baby dlm perut....

mamalieyna said...

waaa syoknye dgr cerita org berselera makan ni..if kak eina gitu sure best, dpt nekkan berat badan, lusa nak jumpa doktor lg ni, tp timbang2 berat tak naik2 pun..hukhuk..camno ni..weeii..huhu~

alolo, kakakOni dh sedia jd kakak, berdikari sndiri...arif lak memanjang nak landing depan tv je skrg, dgn makpak dia landing depan TV jer skrg ni, bilik buat hiasan semata..hu~..ngee~

Salina@IbuAqil said...

humboi!!! bukan main lagi selera mak yong sorang ni.. {cik oni!! nak cium bibior skit.. ;p}

Mama Kembar 3 said...

aikk baby kat dlm yg sronok dpt makan macam macam? kot kot dia kata sempit laaa perot umi!!! hehehe

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

walaupun takde gambar makanan tapi cerita tue buat terliurrrrrrrrrrrr....

@e_da said...

kesian kak oni.. semakin nak dekat adik kuar semakin dia pandai berdikari... huhu

dilazfamily said...

udang tu bukan main besar lagi. mesti cha makan sampai kenyang untuk baby sekali erk.selamat berpuasa cha

ch@ said...

EIMA:
hahaha, aku suka puding roti tu. apatah lagi tgk susunan makanan dlm pinggan terhias indah, pergh! rasa nak ambil serba satu.

KAK IEYNA:
kena berusaha tu kak, so far masa kita pregnant Oni dulu 4 bln tak mkn nasi. then, ganti dgn lain2 mknn pn pksa masuk sbb nk juga naikkan berat.

hahaha terbalik pula kita ye, skrg ni kita mmg tidur dlm bilik. pnt nak tgk ruang tamu sepah.

IBU AQIL:
betul bu, kita pun rasa mcm nak meletup perut. itupun berkira-kira nak ambil lg tapi mikir nk drive sampai rmh, tak jadila.
* oni selalu pegang muncung dia tu, tkt org usik.

KAK NANI:
'umi mkn byk sgt niii' hahaha, nasibla kan dpt mak kuat mkn :p

CIK JUE:
terliurla menandakan cikJue berpuasa :p

KAK EDA:
makin pandai bawa diri sendiri. buat hal sendiri kak.

DILAZ:
nak hbs puasa dah wak. udang tu PA yg mkn, sy mkn udang masak pe tah, tapi sdpla.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in