Hutang kasi selesai.

Friday, 26 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Hari terakhir bekerja. Masing-masing dah ingat nak kemas rumah, packing baju, packing kuih, aku? masih cool lagi, hari ni aku jadi panda, tak cukup tidur. Setiap jam tersedar dek sepakan padu litle coro 33 minggu ni, makin besar, makinlaaa buat mak dia tak tentu hala.

Yang seoarang lagi dah bawa hati, bawa diri. Tidur pun dah tak mahu dengan mak dia, nak tidur sendiri dan depan TV. Balik pula si suami yang pun bawa diri, dah tak mahu bangun sahur. Maka, tinggalla emaknya melaksanakan sahur bersendirian. Sob-sob-sob.

So, hari terakhir untuk melaksanakan hutang piutang sebelum cuti raya, undi tapawe, duit kuih raya, hutang pengasuh, hutang pembuat baju, hutang sana-hutang sini supaya dapat cuti lama dengan tenang hati. Kata nak beraya kan, so harusla bergembira.

Aku belum kemas-kemas lagi, semuanya slow and steady. Malas nak terkejar-kejar. Lagi-lagi bawa orang ni, cepat sangat lenguh kaki, sakit pinggang, sakit tulang, sakit belakang, hah! macam-macamla gejalanya selagi dia tak lahir. Takpe-takpe aku ok je.

Kepada semua yang berhari raya, semoga selamat pulang ke kampung dan selamat juga kembali daripada kampung ye. Beringat dan berhati-hati bila nak buat sebarang kerja. Maklumla bahaya tak kenal siapa. 

Selamat bercuti, selamat beraya, selamat hari merdeka, selamat pergi dan balik, selamat hari-hari. (5S daripada aku). Daaa.

7 pasang kaki:

.: iEyLa :. said...

selamat hari raye umi!!!
take care & have a safe journey.. ;)

Ya ALya said...

lega bila hutang selesai.........

mamalieyna said...

selamat semuanya~

kak eina balik sehari je..hukhuk..apapun tetap happy sbb dpt gk blk beraya..tp baju raya dak arif n abah dia, tak jht lagi..gigih esok dan lusa la kena siapkan..hee~

PUANSTOBERI said...

ya...akak pun da setel utang segala.
nak balik kg dgn riang ria kan.

tp tak la riang ria sgt. seadanya sahaja. hihi :D

EiJa ZaQuaN said...

yup selesaikan sume hutang dulu br la hati dpt tenang kan..

eija hari dpt gaji jerk mmg selesaikan sume hutang2 dulu..

thn ni thn paling kurang persiapan raya eija buat..sumenya ala kadar..xde yg baru..yg baru cuma baju raya jerk..n kehadiran org baru dlm family kami..my ziqry...hehee..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah dah seronok nak raya nie...apa2 pun berhati2 dijalan raya ok...

ch@ said...

IEYLA:
:) thanks dear.u too.

YA ALYA:
betul.

MAMA LIEYNA:
insyaALLAH sempat. raya kan sebulan.

KEKDA:
bersederhana dan kena beringat kekDa. skrg ni macam2 boleh jadi.

EIJA:
baju tu wajib. hahaha, kita pun alaadar je, smua sederhana.

CIK JUE:
you too cikJue.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in