Hanya cerita biasa.

Thursday, 18 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Aduhaiii, kondisi tak berapa elok ni. Aku mendapat selsema entah daripada mana, jangan jangkit kat Oni pula sudah. Susah aku nak handle sesorang nanti.

Masa pack sungguh nak update blog. Hari Isnin dah kena sogok dengan berjuta-juta lemon kerja. Belum habis satu datang lagi yang lain, adudududu. Kena handle perlahan-lahan. Buat dengan penuh keseronokkan. 

Sana sini cerita shopping, cerita bonus, cerita puasa, cerita raya, cerita cuti. Aku? aku bagaikan rasa nak tidurrr sepanjang hari merehatkan segala urat badan ni. Rasa nak bersenang lenang ke SPA menikmati urutan-urutan yang boleh melegakan badan.

Nak shopping, dah tak larat nak jalan, malah lebih kepada tak tau nak beli apa. Bonus? memang tak dapek la. Duduk diam-diam, simpan gaji je. Puasa? setakat ni alhamdulillah masih penuh dan belum lagi gagal untuk bangun sahur. Makan sahur pun aku bantai 2 pinggan, siap dengan buah, minum banyak air masak dan obimin. 

Raya? aku baru je ganti langsir semalam. Itu pun ruang tamu je lepas. Dah siap pasang barula aku teringat aku pregnant. Mulut anak dara seorang tu tak diam memuji, 'antek mama, antek' sambil dok main babacak balik langsir. Simple je, aku kan suka simple-simple.

Cuti raya? apply sehari je, selebihnya kompeni bagi. Approved, off daripada 27hb August sehingga 4hb September. Cuti lama pun aku rasa duduk rumah je. Aku cuti, abi? hrmmm, biarla dia susun jadual dia sendiri. Nak berjalan beria pun, aku seriau terbersalin awal pula nanti.

Esok pun dah masuk minggu ke-32. Aiii! Nak menyelongkar baju lama Oni, rasanya banyak yang boleh diturunkan tuk baby nanti. Apataknya, dulu beli baju lelaki perempuan boleh pakai, then lepas tu memang aku tak beli more pink or more blue, dah aku kan suka hijau sebab taktau jantina.

Dah keluar dapatla perempuan, kaki melaram. Habis segala mala alat solek mak dia dikerjakannya, mentangla dah pandai buka laci meja solek. Sampai stress aku tengok kelopak mata, pipi, kaki dia biru dek main eye-shadow. Biar je la. Dia pun makin senang nak jaga.

Harap adik dia sok ikutla jejak langkah dia juga. Happy aku menjaganya. Tu je la cerita merapu aku, terima kasih kerana membaca. Hihiii.

13 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

moga ibu mengandung sihat sejahtera...
rindu pulik gak lama tak bersiran n terima kasih kasi kad raya...

PUANSTOBERI said...

wah..dalam takde apa nak buat tu, pasang langsir baru gak yer. Hihi.

Slamat ari raya yer Cha. Eh..awai sgt kut akak ucap eh? hihi

Diyana said...

sama2 kerana menulis..hehe

@e_da said...

readykan diri untuk bersalin je l cha.. kira bertuah tau tak bersalin bulan puasa.. mcm akak dulu nak kemana tak boleh.. nk makan ketupat lg tak dapt.. kiranya cha lg bertuah dpt rasa dulu baru bersalin.. heheh sabar ye dik..

Mama Gee said...

nak tgk nak tgk langsir raya...heheeh...

fazilzura said...

awak take care tau

Puteri Amna Balqies said...

Salam,

Moga2 sahabatku ini sihat sejahtera dan di permudahkan untuk bersalin.kim salam oni yer..

jaga diri baik2 yer wak,

i love u..

babai!!


love,
Aqies

mzhany said...

hany pn xdapat bonus kihkihkih tunggu gjai jer la...

Salina@IbuAqil said...

Apapun cha take care ye.. Penting jaga kesihatan tu.. Jangan pikir benda yg remeh temeh sgt ye.. Raya ttp raya.. :D

ch@ said...

CIK JUE:
insyaALLAH cikJue.
kalau kita dh biasa dgn blog tu tiba2 empunyanya tak update rasa rindu2 je.

KEKDA:
hahaha, mikirkan esok2 tkt tak sempat. mama dh buatkn langsir tu.
awal lagi la kekDa, takpe la diterima.

KAK DIYANA:
akak niii.

KAK EDA:
itula kak, persiapan pun sederhana & asal ada je. tumpuan lbh kpd agenda yg lbh utama dan bsr.

MAMA GEE:
tunggu time raya nnt, hahaaa. itu pun kalau ada gmbr kt tingkap ;)

FAZILZURA:
thanks awak.

ZIELA:
wsalam,
t/kasih dia awak tu, doakan sy ye.
i love u too,
forever love: syasya

HANY:
kalau berjimat dan bersederhana, insyaALLAH mencukupi.

IBU AQIL:
setuju. thanks bu. bln gembira ena juga gembira, dh puasa sebulan.

♥SyilaSyira♥ said...

cha pregnant mmg dapat obimin ke beli sendiri..makan obimin lagi senang dr makan ubat hospital kan...bestnya tgk cha leh makan 2pinggan nasi sahur..

♥SyilaSyira♥ said...

oni oh oni..pasni kena beli satu set makeup kat dia..tapi bila adiknya boy, si kakak mengajak makeup...apa cerita nanti..hihihi, xdapat bayangkan

ch@ said...

SYILA:
obimin tu spital bagi masa check-up, kalau takde stok baru beli. kita telan je, janji baby sht.

malas kita nak belikan, bersepah comot nnt. kalau dia main elok je takpe, karang habis dinding dia make-upkan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in