Berkumpul lagi.

Thursday, 25 August 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Hari Raya, selamatla beraya, selamat collect duit raya (ada ke?), selamat pulang beraya. Eh? selamat hari kebangsaan juga ye, MERDEKA. 31 bulan 8, 57 hari mulia negaraku MERDEKA. Ok dah agak keterlaluan intronya ni.

So semalam, setelah menanti ajakan daripada abi yang tak ajak-ajak sedangkan wall FB group PERKEP aku dah penuh sok-sek-sok-sek majlis buka puasa, akhirnyaaa sebelum pergi semalam baru dia ajak. Aku ingat memang dia dah tak sudi nak bawa bini dia ni (belum pernah jadi untuk sesi buka puasa). Berlokasi di Tugu Negara, katanya. Sampai pun dah ngam-ngam waktu berbuka.

Aku sampai terus je landing, baca doa cilok je makanan yang ada atas meja, semua pun diambil oleh suami masing-masing. Sementara nak setting tempat duduk, melayan Oni lagi, rasa apa yang ada dulu. Sate. Dan bila abi tengok aku tak bangun-bangun ambil makanan, dia yang tolong. Hehehe. 

Oni kehausan, baru nak tarik nafas, dia soh pula aku bangun. Apa salahnya dia yang ambilkan untuk aku kan? ambil je aku makan punya. Round pertama, sate dan mihoon. Ok la, sedap sebab lapar. Meja hampir penuh dengan makanan, orangnya ada 7 sahaja. Masing-masing suami yang layan, habis semua makanan diletak. 

Bila dah makan-gelak-bertukar cerita-bertanya khabar, perut aku masih terasa boleh diisi, apatah lagi melihatkan sebelah menyebelah mengambil lauk yang menyelerakan tekak. Asam pedas, daging salai masak lemak cili api, keli berlada, buncis goreng dan ada lagi. Aku pun bangun, pilih punya pilih dan makan. Nom-nom-nom.

Oni? ahaaa dia macam biasala, buat kerja sendiri. Solo-solo je, geng ramai tapi dia sibuk benar mengejar kucing. Masing-masing kagum dengan dia. Lone ranger, suka berlari dan menyendiri. Orang sibuk makan, dia makan juga tapiii lepas tu buat hal sendiri so memang pantau daripada jauh je la. Sungguh senang.

Cerita-cerita, mostly cerita tentang mengandung kerana masing-masing membawa baby dalam perut termasukla aku. Hihiii. Dapat juga berkumpul semua ahli. Biasanya ada je yang tak dapat datang atau ada hal lain, syukur malam tadi mostly ada. 

Untuk para suami, terima kasih kerana sudi mengumpulkan kumpulan isteri-isteri ini. Hihiii. Lain kali jemput kami lagi ye. Kami suka je.

 1st time pose, anak dengan bapa. 2nd time pose anak dengan emak pula.

pnAzua (preggy 7month), pnMuna (Imani), pnZiha (Adam), pnDyla (Rania-anak pnMuna), pnLia, aku (Oni-sibuk kejar kucing), pnUmmi (Nurin, preggy7month), pnEdzna (tunggu hari) dan pnDana (Zara).
TAHNIAH! untuk pnEdzna dan tnIzzat atas kelahiran putera mereka yang pertama. Ahahaha, malam tadi jumpa, pagi tadi dah bersalin. Alhamdulillah. Senior 2011. Aku bakal menyusul. Dup-dap-dup-dap.

8 pasang kaki:

PUANSTOBERI said...

wah..berbuka di luar napaknya.
gulp..abg2 polis tgkp gmbr mcm nak masuk album polis lak. hihiks :D

Khumaera Ismail aka Habibi Hamid said...

ramainye.best dpt jumpe ramai-ramai kn? =)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

bestnya....kita jarang2 kumpul mcm nie kalau buka puasa...sedihnya...

fazilzura said...

sonok dpt kumpul ramai2 kan ..

* uhhuhu besh nye bau baby

Salina@IbuAqil said...

Murah rezeki cha.. Ada je jemputan makan2 ni.. Uwawawawwaa!! Tahun ni sedih kurang jemputan makan ni.. ;(

ch@ said...

KEKDA:
dorang tu cpt sepakat, skali kata asben pegang anak, smua pakat pegang anak, bila kata wife pegang anak, smua pakat serah anak. masing2 mmg smgt berpasukan.

KHUMAERA, FAZILZURA:
alhamdulillah, dpt kumpul smua. slalu ada je yg tiada.
*bau baby???

CIKJUE:
ooo ye ke, next year kita buka sama2 ye. ini rancangan suami cikJue, so wifey ni follow je la.

IBU AQIL:
takpe, rezeki Allah di mana2 pun ada bu. bersyukurla.

mamalieyna said...

happeningnya majlis depa, ramai ahli perkep..hee~

kak eina semalam pun join majlis berbuka en suami, tp kecik2 sajor..^_^,..takpe janji makan2 free..hee~ skrg selera dh ok sket..

ch@ said...

MAMA LIEYNA:
konon nak makan sikit, tapi sedar2 termakan banyak ;)

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in