Tidak seperti dulu.

Thursday, 28 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beza memang berbeza. Selain status, kehadiran orang baru, suasana kediaman berlainan antara masa belajar dan sudah berkahwin, sesi penerimaan pembelajaran juga ikut sama berbeza. Aku la tu.

Anak nak masuk dua, disuruh masuk kelas tutor dengar lecturer mengajar di depan. Huh! kepala otak kerja malayang entah ke mana. Memang tak concentrate langsung. Hilang daya tumpuan. Cuba jugala, apa yang dapat. Balik opis hilang semua segala mak nenek koding. Kali pertama attend training cenggini. Teruja sebab suasana berbeza daripada waktu kerja biasa. 


Minah free hair bercekak putih tu, HR baru je melapor diri. Pertama kali berjumpa, aduhaiii mulut dia. Peramah habis. Aku panggil dia Mas je. Sebelah lagi Fenli, hari-hari berurusan dengan PSI, chitt-chatt. Kali kedua bertemu disebabkan opis jauh-jauh, tu yang sangat jarang bersua muka. Peramah kat PSI bila jumpa tak kenal. Hahahaha.

Mujurla ada kawan, jadi bila dah 2 hari masuk kelas Microsoft Excel-Advance jadi seronok pula walaupun nampak je gaya memberi tumpuan penuh, bila disuruh buat sendiri, menggelabah. Akula tu. Penerimaan dah tak sama dengan zaman belajar dulu. Zaman belajar, memang hari-hari masuk kelas. Buat latihan bagai. Tumpuan penuh.

Masuk training ni, tumpuan ye ye je tapi otak ingat nak makan je, belum lagi nak cerita itu ini dengan member sebelah, ye la jarang berjumpa. Bila dah jumpa macam tak cukup-cukup jam nak berborak. 

Bila balik opis sendiri, huaaa terbayang-bayang suasana training. Aku rasa kena tukar suasana la opis ni. Baru terasa bersemangat.
Dua hari di Phileo Damansara 1, kena bayar parking cecah RM40. Huh! claim jangan tak claim. Cekik darah.

11 pasang kaki:

eima said...

dah lama tak pegi kursus ...sbb aku mls ... hehehe

zaidah said...

seronoknyer bertraining......dapat ilmu baru n kekawan baru...

Lelord said...

huhuhu akak dulu hampir2 nak g training excel ni, banyak btul dulu training nak kena attend..tp paling suka kalau g bank negara

SYANI said...

Mahalnya parking.. Nak buat cemana dah namanya KL.

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

betul tu cha..akak pon if pegi kelas jadi cam susah nak masuk asyik ingat anak.melayang2 je pikiran ahahha

Mama Kembar 3 said...

sama laa kita, otak dah lem bin bab skit hehehe. tapi mama suka pi kursus, sebab tak yah masuk opis hehehe. unfortunately jarang dpt berkursus...

ch@ said...

Eima:
boleh lari tak apa. ini mmg kena attend juga, kena hadir juga.

kakZaidah:
betul sekali.

kakLela:
kenapa kakLela suka pergi bank negara? dorang ada bg duitkah? hihiii.

syani:
takpe boleh claim.

kakRose:
hahaha asyik nak cerita pasal anak je ngn org. satu2nya peserta yg dah berkahwin dlm tu, smua pun tak caya.

kakNani:
sbb tu la akak tak diberi kebenaran pergi kot. mmg tak dpt apa2la jwbnyaaa. hehe. kita serupa kak.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

baru habis kursus....english @workplace ....

♥SyilaSyira♥ said...

2 hari kena bayar parking RM40..???pergh..mahal gila lah..nasib leh klim, klo x...ish2....duit 2 leh beli baju raya kakak oni tu

ch@ said...

cikJue:
otak kita dah keras la cikJue nak terima pelajaran. asyik mengelamun nak balik je.

syila:
itula pasal, nak buat claim ni. pertama kali buat claim sepanjang 3 tahun. hahaha.

fazilzura said...

heheh tu psl ler ramai park keto kt luor lalink....
mmg cekik drh parking sanun ... i dulu kejo kt pH 2... sib baik en somi yg bwk keto ..

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in