Pemeriksaan Anternatal 4

Friday, 15 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Awal-awal malam aku dah pesan pada abi supaya bangun awal, bila dah sekali datang awal makanya nak lagi datang awal berkali-kali. Atas nasihat mamaMikhail aku puasa daripada pukul 10 malam sebelum sebab kena minum air gula pada hari semalam. 

Macam biasa abi akan hantar sebelum dia pergi kerja. Agaknya disebabkan dia off so mindset dah fikir nak bangun lambat maka biasanya dia berhati-hati akan tetapi pada pagi semalam dia melanggar motor dihadapannya secara tidak sengaja. 

Terkejut aku mujur motor depan tak apa-apa sebaliknya sayap motor abi yang patah dan agak teruk. Mamaila tu, berangan. Disebabkan PPUM tak jauh mana, makanya perjalanan diteruskan. 

Ditinggalnya aku di Klinik Ibu Mengandung, PPUM dan rutin biasa pun bermula. Tak ramai sangat waktu awal pagi begini. Aku mencari kakak yang aku jumpa masa check-up sebelum ni mungkin dia masih belum sampai.

Kencing: Normal =) Berat: 47.9kg =) Tekanan Darah: 103/53 Hb
Ohooo berat aku turun sikit daripada check-up lepas. Ayak. Lepas aku check tekanan darah, fail aku hilang pada pandangan mata. Aik? rasanya baru je aku nampak fail aku atas kaunter. Dalam dok kalut-kalut, rupanya fail aku sudah pun berada dalam bilik doktor.

Apadaaa. Belum lagi aku habis pemeriksaan rutin, fail dah pun di tangan doktor. After check sana-sini, tanya itu dan ini, aku ke bilik lain untuk minum air gula pula. Bersediakah aku? Anggap je makan aiskrim.

Lupa lak nak snap gambar air gula warna oren, haaa berperisa sikit. Sebelum ni warna putih tapi memang agak azab jugala nak habiskan. Hampir-hampir je nak terkeluar semula, cepat-cepat menenangkan hati. Lepas minum kena puasa selama sejam. 

Sementara puasa, aku yang memang tak bawa paper tak bawa sebarang bahan didatangi seorang daripada UM sendiri untuk membuat kajiselidik. Daripada tak buat apa, bosan keseorangan aku layan sehingga sejam berlalu tanpa sedar. Lebih banyak ketawa daripada bercakap.

Dan memang tak rugi pun membantu pelajar membantu orang. Sebaik kaji selidik selesai dia memberi aku sedikit cenderahati. RM10 aku dapat dengan hanya melayannya selama sejam. Hanya dengan air liur dan berkongsi sedikit pengalaman. Apa salahnya. Rezeki.

Cenderahati daripada PPUM.

Balik daripada check-up, aku melantak nasi kerabu lauk kerang. Sedap betul. Habis licin. Abi ajak pergi tengok transformers 3D. Huaaa. Best-best. Suka-suka. Kita ke Mid-Valley. Habisla satu hari aku tidak ke tempat kerja. Hehehe.

17 pasang kaki:

eima said...

nape kena minum air gula ek ?? urine normal .. berat menten ...

@e_da said...

hoyeaaa dah nampak perut umi.. wah matching lak ngan tudung baru yek.. heheh tq cha kerana sudi memakainya..

Gieyana said...

tp mmg penat kalau check up kan..me pon x suka..sgt2 x suka!..:D

Salina@IbuAqil said...

Yg plg pntg cha & baby happy & sihat.. Seri cha naik sgt pmbwkan bby boy tu.. X makeup pn cntek tau..

eima said...

sronok betul dpt hadiah lyn theyall nye soalselidik tuh

zaidah said...

semakin comel ibu peknen nie...seronoknyer dapat tengok wayang.....

mamalieyna said...

hikhik..comel je perut wlupun dh weeks ke 26..kalau k.eina mau memboyot..hee~ skrg 16weeks dh lebih kurang ch@ je ni..hee~

waa syoknye minum air gula..he~ kak eina nurse belum ckp, bila kena minum..mybe tunggu next month lg kot..sah2 la berat naik mencanak ni..huu~

take care~

bestnye leh beronggeng tgk wyg pastu.. ^_^

PUANSTOBERI said...

Transformers 3D mmg tar baekk..

Eh. Cop, Cha peknen lebih ringan dari Kekda. Sok Kekda peknen berat cena plak gamaknya. Huhu

NURUL AINI NORAZMAN said...

berat 47 je,.ringan nye akk,.jeles!!! berat lagi aini yg xpregnant nih,.hahaha

Diyana said...

uish kiut miut lg haa walaupun dah 26 mggu.akak ni,mcm nak beranak dah rupenye pdhal baru 24 mggu..hehe.pasrah

♥SyilaSyira♥ said...

wah bertuah dapat durian runtuh..niat di hati nak menolong..tup2 ada habuan..rezeki2

ch@ said...

eima:
checkup di ppum mmg smua kena mnm air gula, kena tggu baby bsr sikit then smua kena mnm. aku dh tanya hr tu.
ahaaa tu la, masa student tu hulur enverlope tu aku ambil je la tak tgk isi dlmnya.

kakEda:
hahaha perut ni mmg dh lama nmpk cuma pics. lps kita pkai salah baju.
sama-sama suka shawl ni senang nak pakai.

gieyana:
owh, kita suka pergi checkup tak pyh masuk opis sehari. hehe.

ibuAQiL:
berseri ke ni bu? rasanya masa oni hari tu mcm ni juga. agaknya sebab pakai pink di luar kebiasaan.

kakZaidah:
comel bg oni la. malu ah.
awal2 lagi dh tempah abi soh bwk pergi tgk.

kakIeyna:
tak pernah lg masuk opis lps checkup, bos pun dh ckp siap2, mc je sehari sbb kita mmg jarang mc. bdn naik sbb pregnant, tak apa kak.

kekDa:
hahaha kekDa pregnant mestila lagiii comel.

aini:
ha'a la yang, ini berat normal akak lps bersalinkan oni. berat susah naik tapi senang benar nak turun.

kakDiyana:
berat berisi tak apa kak. janji sihat.

syila:
betulla syila. kita mengisi masa je sbnrnya. apa salahnya drpd tak buat apa2.

dilazfamily said...

syok ye pergi pemeriksaan masa mengandung nie.paling best cha pas g hospital makan nasi kerabu.suika nasi kerabu gak.cha tolong vote qistina boleh?

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

kak jue tak de pengalaman langsung minum air gula......
janji lepas chek up dapat tengok wayang tue yang best....

ch@ said...

dilaz:
btl la, sesekali kena masakan pantai timur mmg sedap.

cikJue:
ooo bestnyaaa. azab juga la nak habiskan satu biji mug tu.
tu la satu2nya peluang nak g dating.

EiJa ZaQuaN said...

wah tetap maintain w/pun dh 26 minggu..
syoknye siap g tgk wayang lagi..
so mcmmane dgn result lepas minum air gula..ok ke x ?

ch@ said...

eija:
ok la agaknya, sebab hospital tak telefon kita. next checkup kita tengok mcm mana.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in