Oni yang jakun.

Monday, 18 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Oni jakun, lupa pula snap picture orang jakun. Actually, lebih kepada teruja. Awal pagi Sabtu abi dah tinggalkan dia, kerjala macam biasa. Hujung minggu dengan family tapi abiii? Aku masak sup daging untuk Oni, makan tak cukup sepinggan. Berebut-rebut dengan dia, seronok.

Ahad, sepanjang siang pun kat rumah. Oni asyik tengok tingkap je, nak ajak jalan la tu. Aku pula dah ketagih main game FB. Mengadap daripada pagi membawa ke tengah hari membawa ke petang, dek kerana remote Astro aku dah bengong, maka siaran Star Movie pada hari tersebut adalah Toy Story, sepanjang hari. Nak muntah aku dibuatnya.

Jam 8.30malam, abi ajak ke Downtown, Cheras. Sampai-sampai je, semua masih gelap. Urusniaga belum lagi bermula. Hrmmm, perjalanan diteruskan, katanya nak pergi makan dahulu akan tetapi terus sahaja masuk parking Danau Kota.

Happening wei, aku pun turut sama jakun macam Oni. Bukan deretan gerai menarik perhatian Oni tetapi bulan. Taktau la apa yang dia tertarik sangat dengan bulan yang kebetulan menyinar cantik. Agaknya dia teruja bila bulan tu mengekori dia ke mana aja dia pergi.

Mencarikan kasut sukan Oni, woh! sepasang sampai RM45, nak pengsan aku dengar mujur bukan duit aku yang terbang. Kalah harga skirt kembang yang aku beli. Kemeja aku pun lebih murah daripada kasut dia. Sempat aku merembat dress yang biasa aku jeling kat blogshop. Dapat sehelai dress untuk raya, mujur harganya sama dengan kemeja aku. Kekeke.

Balik rumah dah dekat jam 12malam. Oni? gasakla dia mencuba baju dan kasut baru. Aku dah mamai-mamai keletihan. Sudahnya, bila aku bangun pagi tadi tersadai kasut tu sebelah bawah sofa, sebelah bawah meja. Haih! lantak. Balik kerja la aku ngemasnya.
Dah senang bawa Oni pergi berjalan, dia suka jalan sendiri. Tapiii bila dia penat. Huaaaaa, nak dukung je la kerjanya, umpan apa pun dah tak jalan.

14 pasang kaki:

@e_da said...

sonoknya oni pi danau kota.. dah dekat tu.. akak kdg g uptown cheras.. terbalik lak kita..

mesti comel kasut oni ni.. nak pinjam boleh tak oni/... heheh

Sis-Lin said...

Cha..mmg Cha..baju budak kecik lagi mahal dr barang org dewasa...kadang2 mak di ani jahat..agak2 baju anak mahal..dlm hati kata' ishh baik beli baju aku!' hahahahahahha...

tp sis anak2 dh besar..so sama sz dan sama le harga...adil! lalalalalala

PUANSTOBERI said...

bulan terang smlm kan.
Yelah bebtul 15 Syaaban smlm. Sbb tu bulan penuh...

Oh. Lama da tak pegi downtown..

cheqna said...

pakaian budak2 memang mahal kan???
tapi cantik2..geram tau kalau cheqna nengok pakaian budak2 ni...=)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

mesti cantik kasut onikan...umi ambillah gambar teringin nak tengok....

fazilzura said...

suke g downtown kt sebelah the mines tu ... idok jauh dr umah ... kalau kt tun razak tu , penuh sgt , nak park pun susah

EiJa ZaQuaN said...

dh start shopping utk raya ye..
hehe..mmg syok sesekali shopping kat downtown..
eija dh lama x g downtown cheras tu..lgpun asben eija bkn jenis suka g tempat camtu..skrg kat reko sentral pun ada downtown..sejengkal jerk dr rumah..itupun dia malas sgt nak bw kami kesana..huhu

eima said...

dah lama tak pegi danau kota ....
mahai nye kasut kat danau kota tu ...

Diyana said...

sampai kui 12 tu..tahan mata oni eh

dilazfamily said...

oni serono tu, tu sebab dia teruja macam jakun kot.hehehe.seronok jalan2 sambil shopping nie kan

mzhany said...

cha, brg budak lagi mahal kan huhuhu. eh eh bulan ikut oni eh...hihihi

zaidah said...

mahalnyer....barang bebudak memang mahalkan...

mamalieyna said...

hikhik..comel~

arif awal2 perasan psl bayang2 seakan2 jakun jugak, kadang main pijak2 si bayang2..ngee..Moon pun sama, berteriak bila awal pagi seawal 6.30am kuar umah, nampak Moon... ^_^

oooh sedang mencari2 jugak gaun peknen tuk raya ni, mana nak cari ntah..huu~

ch@ said...

kakEda:
tu la ingat nak singgah rumah, tapi ingat mikhail kena pox-ayam. kita jarang pergi, kalau abi nak cari barang dia baru pergi.
* adik dia dah tempah. abi dia punya ada la, nak? beli juga dia kasut baru. bini dia gak kena beli sendiri.

sisLin:
btl la sis. kadang2 bila tengok online, mcm murah. tapi bila kena byr cash, waaa mahalnyaaa.
* mcm kes baju kita dgn mama la.

kekDa:
btl kekDa, cantik je bersinar membulat.
* kekDa ajakla abg pergi. berdua berdating.

cheqna:
lagi2 gaun budak pempuan. huaaa. mak pun nak tumpang sepasang kaki.

cikJue:
tunggu turun kat adik dia la baru snap picture. hihiii.

zura:
ada eh? tak pernah tahu pula kita. the mines tu selalu la pergi.

eija:
takla, saje berjalan. baju raya semua dah prepare. oooho, kita mmg suka tempat mcm tu, kalo kt kota tinggi panggil pasar karat. dulu bercinta lepak kat uptown ttdi nuu haa sampai pagi.

eima:
tawar sehabis daya, dapat murah punya, kualiti lebih kurang ori.

kakDiyana:
dia mmg terror part menahan biji mata kalo berjalan kak.

dilaz:
uiii seronok bila fikir RM nya tebal. rasa nak masuk smua gerai dan kedai.

hany:
btl tu hany. hahaha mcm masa kita kecik dulu suka tanya mama, 'kenapa bulan tu ikut kakak, mama'

kakZaidah:
ye betulll. mujur baru seorang.

kakIeyna:
awalnya akak keluar rumah. masih nampak moon.
* cari di downtown tu la kak, cantik2. kita pun naik geram. tapi takde saiz. huaaaaa.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in