Murah rezeki.

Wednesday, 13 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ok, hari ini happy sebab esok pergi checkup. Hehehe, pssst ajak abi pergi tengok transformers best ni. Hari ini happy sebab dah habis ganti puasa. Hureyyy, insya-Allah puasa penuh nanti. Wiii.

Balik kerja semalam, pergi pasar membeli barang dapur. Peti ais sudah kosong, macam-macam ada. Tengah asyik memilih terpandang roti gandum, makan dengan jem strawberi sedap ni. Main ambil dan bayar tanpa ingat nak beli jem.

Bila dah packing barang nak pergi kerja, tengok-tengok takde jem. Dek kerana tugas menghantar Oni diambil oleh abi makanya boleh mulakan perjalanan awal dan singgah di BHP sekejap demi mencari jem strawberi.

Sampai destinasi, banyak pula kereta yang berada di situ, selalu lengang je. Aku nak parking sekejap je pun, tapi staff BHP tu dok pandang-pandang kereta aku, ke depan-ke belakang dengan ruang yang kecil sudahnya aku teruskan perjalanan. Buat apa berhenti kalau hati tak tenang, nak memilih pun hati tak senang.

Singgah di Shell sebelum sampai ke opis. Banyak je parking, pilihla mana mahu. Malangnya, jem yang dicari tiada di sana. Dah alang-alang singgah bershopping, beli je la apa yang ada. Jem perisa pandan, bolehla. Esok-esok, buat roti kapit bakar. Alamak kecur liur.

Bila sampai opis, Haliza (my new team-mate) dah menanti depan pintu, awal pula dia hari ni. Seronok bila ada geng, boleh cakap melayu puas-puas. Takla mati kutu, diam tekun berkerja semedang. Sarapan bersama, dia hulur aku kuih ketayap. Awal pagi, nafsu makan kemain lagi. Murah rezeki pagi ini.

Malam tadi, lepas masak aku masuk tidur, badan aku letih tak terkata. Hahaha. Aku makan pukul 12malam, lepas makan aku jemur baju dan kemas rumah dan sambung tidur.

Terima kasih abi sebab tolong layan budak ni sampai dia tidur. Hehehe.
 Terima kasih juga kepada kawan-kawan blogger, kerana memberi semangat dan kekuatan. Korang memang best, korang memang membantu memulihkan semangat. Sesungguhnya, aku memang percaya, kehidupan tanpa sahabat ibarat mati tanpa diketahui orang. Terima kasih.

11 pasang kaki:

♥SyilaSyira♥ said...

wah..arini best ada geng borak²...selamat bekerja ye cha...oni main pelampung dalam rumah ye..nampaknya umi ngan abi kena bawak g mandi manda ni..:-)

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

wah bukan main selera ibu mengandung nie...

oni...umi tak ajak pergi swimming ke???kesian oni nanti cik jue ajak oni pergi main air ok...

eima said...

tringin plak nk mkn roti sapu jem ...huhu
pe ek ade kat pantry nk pi cari mende la

zaidah said...

memang tegar betul cha mencarik jem...lepastu dapat plak makan ngan rakan melayu..seronokkan....

@e_da said...

ala tgh posa ni cerita roti ngan jem.. terliur lerr.. hihihi

Salina@IbuAqil said...

sama2 kasih cha.. ;) dgn adanya sahabat yg baik ibu yg sakit ni pun bleh jadi sihat.. ;)

dilazfamily said...

berselera cha pagi2 erk.sedap kan makan roti ngan jem strawberi.favorite dilaz gak tu

mzhany said...

betol cha, tak da sahabat/kawan ni susah jugak sebenarnya kan. memangla kita dah ada family, tapi takkan taknak berkawan kan...

ch@ said...

syila:
ha'a sonot sikit boleh cakap melayu panjang2.
tahu tak, sepanjang tempoh pelampung ini dibeli, ianya masih blm menyentuh air kolam atau pun laut tau.

cikJue:
hahaha, hah! bila nak ajak tu.

eima:
aku asyik terbayang jem strawberri je, tah pehal tah.

kakZaidah:
ha'a, demi nak menyapu di roti tu, gigih mencari. lama dah tak rasa bersarapan sambil borak2.

kakEda:
eee akak ni, sabar ajala.

ibuAQiL:
hanya air liur dan ingatan je bu, bkn luak pun share perasaan. kita pun perlu seseorang utk meluah rasa.

dilaz:
awak suka? sy mkn skali-skala je.

hany:
setujuuu.

♥SyilaSyira♥ said...

hahaha...xpernah menyentuh air..kihkihkih..ciannya oni..pasni kena bawa ni g sentuh air..Oni ajak abi ngan umi ye..tapi tah2 oni pelik plk bila terapung dlm air..:-)

ch@ said...

syila:
hahaha, dia mmg suka dgn air.
itula tu, selalu terlupakan pelampung bila nak blk langat.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in