Kosong.

Wednesday, 27 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semakin sepi pula blog hijau ni. Update jugala, mencari cerita untuk menceriakannya semula. Rasa macam melalui zaman kejatuhan pula. Blankla makcik ni, kehilangan kabel transfer handphone. Menci sungguh.

Aku semakin pelupa. Huaaa. Kabel transfer entah mana aku letak then semalam abi tanya bil Celcom dalam peti surat. Ya, aku dah ambil bill-bill tu malangnya dek lupa tah mana tempat aku letak. Sebabnya, barang yang bernama kertas memang tak boleh dinampak oleh Oni, nanti dia buat gumpalan dan buang dalam tong sampah.

Minah tu memang rajin sikit part-part yang berkaitan dengan tong sampah ni. Sampaikan baju kotor pun dia tersalah, pergi buang dalam tong sampah. Sabar je la.


Sejak bawa perut 7 bulan ni, ades sakit pinggang sudah bermula. Sampai rasa macam dah tua bebenar sakit badan sana sini. Tapi, jalan tetap jalan. Shopping tetapla shopping. Ha'ala baju baby belum beli lagi. Alamak. Rasanya, kena cari sekarang sebab takut-takut dia pun ikut jejak langkah kakak dia.

Merasakan kelasakkan dia dalam perut yang selalu kick dan smack mak dia ni, harap dia sihat dan aktif walaupun mak dia tak cukup tidur dek kerana kick dan smack. Tak padan kecik. Minggu depan dah puasa, habisla mak dia kena layan amukkan dia. Belajar berpuasa ye baby. Kakak Oni dah terlepas.

Tak sabarnya nak tunggu Jumaat. Adus.
Nampaknya kena shopping online, sebab tak larat nak berjalan. Hehehe.

14 pasang kaki:

Ibu Iman said...

7 bln ke dah cha? cptnya ms berlalu... baru jer ari tu rasa cha gitau cha pregnant

Mama Gee said...

sbg org luar rs kejap sgt masa berlalu..tup2..dh nk bersalin....

tak sabar nk tunggu baby br keluar :)

Salina@IbuAqil said...

kejap je dah 7 bln kan.. x apa sabar2.. pengalaman berharga.. asalkan ummi & baby sihat walafiat.. ;)

Diyana said...

smlm kak ikut kawan2 gi shopping utk raya.ma buyung dah terpeleot pd 15 minit pertama..tak larat nak ikut yg lain ke hulu ke hilir..huhu

mzhany said...

cha, blog ijau hany pun dah kekurang hapdet...huhuhu

cepat shopping hiihhi

~Siti Hajar~ said...

dlm xlarat2 tu shpg ttp shpg yer, btl la bl time shpg trs semangat dtg kan...hehe

hi kakOni awak tlg tukar susun atur ke tu..???

mamalieyna said...

7 bulan ch@...kejap je dah...yeaa..syoknyee..hee~

kak eina tak sabar nk soping brg bb ni, tp tunggu scan kot2 pasti jantinanya nnti, baru semangat sket..hee~

take care~

kakakOni rajin..hee~

zaidah said...

MACAM TAK CAYA DAH 7 BULAN DAH.....DAH KENA STANDBY DAH CHA BARANG BABY TAKU BABY KUAR AWAL..

eima said...

alahai dah tak larat dah ke ...
rileks la nk shopping raya nih ... beshnye

tp aku berbeza plak ngan ko .. menten cam dulu gak .. tak dak la rasa letih melampau..sakit pinggang belum lagi ..tak cukup tido pun sama gak belum lagi....

aku doakan kan kembali cergas ngan sehat sampai melahirkan tau ....

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

akak dah masuk 8 bulan ni lagi la terasa cha oit..pagi2 susah nak bangun

mmg bb tengah aktif..kick2 sampai terjaga dari tido perghhh

ch@ said...

mira, ibuAQiL:
ha'a baru masuk 7 bulan. ada lagi 2 bulan, huuu.

mamaGee:
ahaaa tak sabar ye, kita lak yg nerves mcm tak pnh bersalin.

kakDiyana:
tu la kak, nak jalan laju2 pun dah tak boleh, mengah. walhal bkn besar sgt pun perut ni.

hany:
tu la, tak berapa nak ada idea.
hany tolong shoppingkan la, kita bagi duit ;)

kakSitiHajar:
ha'a shopping tetap bersemangat ;)
nak jadi kakak, kenala tolong 'kemas' tapi version dia la.

kakIeyna:
ha'a. masa Oni hari tu 6 bln dah shopping sbb byk benda nak dibeli, masuk ke dua ni, beli baju je la rasanya.

kakZaidah:
itula pasalnya, ikut kakak dia, apapun tak sempat prepare. mak dia dah la kerja nak berjalan je.

eima:
kalau lama sangat aku tak laratla eima. shopping raya tinggal kuih2 je la rasanya. baju2 smua dah setel. tapiii, demi shopping kena gagah.

kakRose:
baby dah besar, ruang sempit kak. kita wait and see je la. skrg ni pun kemain dia menunjukkan skillnya.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

shopping raya...baby duduk abaik2 tau..kesian umi

♥SyilaSyira♥ said...

lagi beberapa bulan nak bersalin...lagi beberapa bulan oni nak jadi kakak...mesti teruja anak dara tu..

ch@ said...

cikJue:
baby duduk baik2? takde maknanya. dia berguling sakan test power kat dlm ni cikJue.

syila:
itula, perasaan ni taktau nak cakap mcm mana, seronok dan tak sabar. tapiii, mikir nak kena handle 2 org, aduhaiiii.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in