Kisah malam.

Monday, 4 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ergh, baby den ni semakin aktif. Ruang semakin sempit agaknya. Pagi-pagi dah bangun. kakakOni? itu lagila, pulas betul tidurnya, satu katil dia conquer.

Semalam petang, aku ajak abi keluar, aku nak cari hadiah untuk giveaway yang baru je selesai (terhegeh-hegeh). Then, mujur balik awal sebab tak bawa sebarang pengangkutan nak bawa naik barang-barang ke tingkat 11. Mujur lagi Oni tak tidur dan behave nak jalan sendiri. Tak rancang nak shopping pun. 

Lepas je makan malam, melayan Oni yang asyik la merengek, kerjanya nak makan coklat dan buka peti ais, walhal dalam perut dia tu dah seribu satu jenis makanan dia hentam. Aku takut dia sakit perut je.

Tengah aku membebel-bebel mengemas segala macam mainan dia dengan abi dok rileks main game tiba-tibaaa, plup! gelap. Waaaaaah, jangankan satu pangsapuri, satu kawasan Jln. Pantai Murni tu bergelap. Wahahaaa gila ar, siap lampu jalan pun tak menyala. Apa kejadahnya ini? Oni terusla merengek, takut. Minah tu kalau gelap tetiba macam ni memang dia takut.

Tambah-tambah dia memang dah mengantuk dan nak tidur. Dalam gelap dia teman aku kat dapur, buat susu dia, main bayang-bayang kat dinding ditemani lampu handphone. Dah macam tengah main wayang kulit lak rasanya.

Puasla aku teman dia minum susu sambil berkipas. Kepanasan. Susu dah habis, dianya tak tidur-tidur lagi. Aku dah ngantuk gila. Main turun naik katil, mana tak berpeluh. Atas katil habis aku di sepak terajangnya, tak tahan aku keluar baring kat sofa. Diam matikan diri, dalam gelap aku perhatikan dia cari aku sambil bawa tapawe biskut. Pergi dapur, pergi ruang tamu. Ahaaa kesian-kesian.

Lama dia terdiam di laluan tengah antara bilik dan ruang tamu rumah. Suaranya meruntun kesayuan hati, dia hampir nak menangis. 'mamaaa' mendayu suara. Ikutkan hati aku memang dah sebak gila, tahan-tahan. Perlahan-lahan sambil bawa tapawe. Dia masuk bilik semula.

Lastly, dia keluar cari aku, dia semacam tak sedap hati selagi tak jumpa aku sehinggalah lampu aQuarium abi menyala menandakan elektrik telah disambung, tapiii dia masih belum jumpa aku disebabkan keadaan ruang tamu yang memang gelap. 

'oiiit Oni' panggil aku dengan nada gelak. 'Oooooniiiiiii' dah ala-ala macam bernada seram pula. Barula dia berpaling dan memeluk mak dia. Mengomel dengan panjangnya. Bercerita dengan petahnya. Kikikiiii, aku gelak, dia pun ketawa. Sibuk dia tunjuk ikan abi. Cover line malula tu. Ngeee.

Bila kipas dalam bilik dah berpusing semula, barula dia mahu tidur. Terus je lena minta 'bobok' kat badan macam biasa. 

Dan awal pagi tadi aku bangun sahur, buatkan susu Oni, cuci pinggan dan blogwalking sekejap sebelum tidur balik. Bila bangun abi dah pun bersiap nampaknya aku kena hantar Oni. Dalam hati bangunla Oni, bangunla jalan sendiri.

So far, dia bangun dengan senyuman lebar. Yeay! tapi kena turun tangga sebab lift ikut bermasalah jika berkaitan dengan elektrik. Memang aku dah agak. Dek malas nak tunggu Oni, aku dukung je sampai bawah. Mujurla turun. Kalau naik, sah-sah aku cuti. Tak kosa.

Semoga hari aku terus berjalan dengan baik pada hari ini, makin hari makin sayang dengan Oni. Mungkin dia dah boleh diajak berborak. Masa aku terisi dengan bebelannya.

16 pasang kaki:

mzhany said...

waa cha beshnye oni dah semakin besar dah semakin pandai...seronoknyer...lepas ni dah boleh harap jagakan adik dia...

rasp said...

makin tertambah seronok lah melayan Oni sis...
makin cerdik nie....

Farra Dhelina said...

klu dh ada adik ni..mcmn lah gaye nya ye.. hehe

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

oni makin cerdik...teringin nak jumpa budak kecik tue...

♥SyilaSyira♥ said...

syila xpernah lalui blackout bersama syira...entah mcm mana gayanya..sbb mamanya pun takut2 gak..hahaha

ch@ said...

hany, rasp:
tu la. kadang2 tak terfikir dia baru je 2 tahun.

farra:
tunggu dan lihat je la nnt. tah2 dia x peduli pun mak dia.

cikJue:
nnt ada masa cuti kita ajak abi jln Putrajaya.

syila:
hahaha, tu la tu. sy pun blm pernah lalui berdua dgn Oni, kebetulan selalu abi ada.

Cik Shiqa said...

hahaha comel je lah oni... dah makin pndai.. boleh la jaga adik pasni. :)

nasib baik akak x sergah dia.. kompom terkejut

@e_da said...

sib baik kejap je takde letrik kalau sampai pagi pengsan nak tido kepanasan kan...

fazilzura said...

wah besh nye rs baby gerak2 dlm perut.. windu nye nk merasai nye kembali

ieda said...

ekekekk bila dah semakin besar sure tidur semakin lasak kan .. biasalah tu dik :)

bb dah gerak2 ya .. huhuhu teringinnn nye akak :))

Izan Ishak said...

sonok kalau anak2 makin besar dan kita boleh ajak birak2 kan cha... pastu apa kita buat ...sume pun dia nak buat sama...

dilazfamily said...

cik oni makin lasak nak membesar.nanti baby dah kuar, umi penatlah

zaidah said...

comelnyer perangai oni....dapat bayangkan bila elektrik tak ade gelagat oni....

bunga_ros said...

aii cha.. dh lama xbertanya khabar.. Aritu Ros jumpa cik Oni ngan abi dia kat pasar malam Kerinchi.. ari isnin.. tgk dr jauh je la.. rambut cik Oni mmg lambat panjang yek..

EiJa ZaQuaN said...

hehehe..samala ngan zaquan..gelap jerk terus nangis..takut..dh la lelaki...huhu..

ch@ said...

shiQa:
aminnn. training mandi dan cuci yak sendiri.
nak sergah tapi tgk dulu, apa dia nak buat. mmg kesian la tgk muka dia.

kakEda:
tau takpe, harus tido dgn pintu bilik air ternganga.

zura:
marila bersama-sama.

kakIeda:
1 katil dia seorang, tak bg can langsung.
ha'a aktif sentiasa bergerak.

kakIzan:
betul, terhibur ada kawan. tak sunyi dah.

dilaz:
harap time tu, ada tenaga tambahan. kot tak mmg makin mengecilla mak oni ni.

kakZaidah:
hahaha. sebak bila kita byg kan smula.

kakRos:
really? mmg ada dorang pergi pasar malam dua orang, eh mmg selalu. kita blk lambat.

eija:
hahaha hati lembutla zaQuan ni. penyayang.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in