Harapan yang sudah tertunai.

Tuesday, 26 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Nak update semalam, tapi seharian duduk bergelap. Sebaik je balik daripada lunch, elektrik di bangunan 1TechPark tu macam apa. Nak kata hujan, panas terik kemain. Pakej pula tu siap air-cond skali shutdown. Hampeh betul, rasa macam kena panggang je.

Yang bos aku sibuk belajar makan buah salak. Hah! bergosip dalam gelap. Satu kerja tak boleh nak buat. Pukul 5.30petang aku ajak budak baru tu cabut. Hahaha. Diala, aku memang balik pukul 5.30petang.

Ok dah, shoot cerita. Ni aku nak tayangla apa yang tertunai tu kan. Orang sibuk dengan iPad2 la, Galaxi la, gadget tu, gadget ni yang memang harapanla aku nak mendapatkannya. Jadi, dengan gigihnya tanpa bantuan abi, aku mendapatkan barangan yang sangat diidam-idamkan. Tadaaa.

Medela Swing.

Rasa nak buka terus test je. Sekarang ni aku mencari masa yang sesuai untuk aku projek di opis nanti. Hehehe, aku jadi jakun macam Oni pula. Aku dapatkan set ni daripada isteri kawan abi. Sama-sama ahli perkep. 

Ada web, jika mahu bolehla berurusan dengan mamaQstore tanya la sampai dia bosan. Sudi melayan anda bila-bila masa. Dan, aku berharap agar cita-cita aku untuk breastfeed 2nd baby ini akan kesampaian. Terasa ingin benar menjadi yang paling tegar. Insya-Allah.
Jenuh simpan duit untuk mendapatkannya, harusla digunakan dengan sebaik mungkin. Insya-Allah. Ada sesiapa nak hadiahkan rompers baby boy? wakakaka. Aku sedang menyimpan wang lagi ni. Hrmmm.

15 pasang kaki:

qellissa said...

Ingatkan benda apa lah medela swing ni td...rupanya alat utk breast feed ye? igtkan alat nak buat kuih raya..hihihi

@e_da said...

tahniah.. heheheh.. bukan senang nak dpt kan.. akak dulu pun tak terbeli.. cuma guna pum anakku jek..

rose --{@ ibuRafiq @}-- said...

samela kita cha..org lain sibuk kumpul gajet2 yg canggih manggih galaxy tab la..bluwekbery la..kita sibuk duk simpan duit utk gajet susu..

moga niat murni cha dpt diteruskan sampai 2 tahun..kena kuat semangat k..caiyok2

PUANSTOBERI said...

Insyaallah..buleh tu.
Kekda igt pun mendalah tu gajet mcm tipon seme tu. Haha

Oke. Oke. :D

eima said...

aku pun tgh dok kumpul duit gak ni .. nk beli 1....

zaidah said...

alhamdulillah...come join to my club...semoga niat cha akan kesampaian....

fazilzura said...

semoga hasrat itu tercapai ye

Puteri Amna Balqies said...

benda alah nih utk perah susu ea wak?hehe maklumla saya tak kawen lagi.saje2 timba2 ilmu..

CIK JATT said...

selamat breastfeeding baby:) breast milk is the best! jangan give up ok, especially bulan puasa nanti.

by the way, salam kenal. follow your blog...

ch@ said...

Qellissa:
hahaha, skrg kuih raya sediakan RM je.

kakEda:
kita guna pureen. berjasa juga cuma lambat sikit. kali ni lebih bersedia.

kakRose:
sama2 kita ye kak. insyaAllah semuanya dipermudahkan yg penting semangat.

kekDa:
hahaha, hp, ipad, bb, kita dah tak berapa minat, janji ada sebiji yg boleh menghubungi seseorang. canggih2 dh tak penting bila dh ada yg lbh penting utk didahulukan.

eima:
dh lama aku tengok, aku usha. aku usaha juga sbb mahal, so tak larat nak bebankan abi.

kakZaidah:
yg pertama gagal, nak cuba yg kedua pula. smg kita berjaya kak.

zura:
insyaAllah.

zila:
yups. breast-pump.

cikJatt:
t/kasih bg sokongan, nway baby blm keluar lg. hehe.
salam perkenalan juga.

Salina@IbuAqil said...

INsya'allah cha.. Kalau dah pasang niat tu ikhlas tekad Allah swt akan permudahkan segalanya.. Amin!!!

Cik Shiqa said...

baca entry ni teringat mmber dulu yg pakai alat ni. shiqa siap cover dia masa dia wat projek ni kat opis.hehehe yg lawak nya org kat luar bilik heran apabnda yg berbunyi kat dalam opis shiqa. kenangan betul lah

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

alahamdulilah boleh BE sepenuhnya baby nanti

♥SyilaSyira♥ said...

bestnya...tercapai juga hajat cha ek...tak sabar nak tunggu cerita cha full bf..hihihi

ch@ said...

shiqa:
hahaha... kelakar la shiqa ni.

kak jue:
BE? BE tu nuffnang kak, BF daaa... insyaALLAH.

syila:
insyaALLAH, tapi dah tak tegar juga sebab dah campur.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in