Umi ada dengan Oni.

Tuesday, 12 July 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Masih dalam keadaan emo-emo-emo lagi, selagi tak sudah membaca mana-mana artikel berkenaan si bersih tu. Tambah-tambah, hari ini aku puasa. 

Malasla nak ulas panjang-panjang, kalau tak puas hati sangat dengan tanggungjawab polis, sudah. Kalau kena ragut ke, kena rompak ke, setel sendiri. Takpun pergi report kat bomba ke, doktor ke. Menolong kena kritik, tak menolong lagi kena kritik. Haih! Nak macam mana pun taktau le.

Hari-hari bergayut kat tingkap menanti abi.

Kan Oni kan? kita kat rumah ni, tahan geram je tak dapat pergi jalan-jalan. Tak dapat makan sama-sama ngan abi. Nak balik kampung jumpa tokMama memang jauh lagi harapannya. Oni pun jemu asyik tengok muka umi je. Abi pun tak 3G call sebab sibuk sangat. 

Tengok muka abi samar-samar je sebab dah mengantuk. Takpe Oni, kita jangan sedih-sedih. Biarla orang nak kata apapun sebab dorang ada hati, dorang ada mulut. Kita je yang faham macam mana tugas dan tanggungjawab abi tu. Bersabarlah, jangan menangis ye.

Kau Di Hatiku- Zainal Abidin
Jangan menangis bertenanglah. Peganglah tanganku dan digenggam erat.
Ku melindungi dari apa yang datang. Berhentilah menangis.

Tubuhmu kecil bertenaga. Dalam dakapanku kau tenang dan lena.
Pertalian kita takkan terputus. Berhentilah menangis

Kau dihatiku. Kau dihatiku. Hari ini dan selamanya.
Kau di hatiku. Walau apa katanya. Oh... kau di hatiku.
Selamanya.

Mengertilah apa yang kami rasa. Tak berkeyakinan apa yang dikatanya.
Kami berbeza tapi di hati kami. Tiada apa yang berbeza.

Jangan kau dengar mereka tak tahu. Saling memerlu dan membantu. Di suatu masa kutahu. 

Destinasi tiba kau harus tabah. Ku kan bersamamu bersabarlah.
Di suatu masa kutahu. Buktikan bersama kau.

Selamanya. Bersamamu. Ku selalu bersamamu. Selama-lamanya
Pandanglah ke bahumu. Di sisimu selamanya.

Dedicated this song for my love Oni.

16 pasang kaki:

eima said...

rileks la ...
dah ABI keja yg cam tu... mmg org kritik + tak tentu masa ... sabo ye ...

zaidah said...

sabar cha....kita hidup kena tolong menolong walaupun orang pandang -ve kat polis anggaplah segala sumbangan suami cha tu hanya Allah yang membalasnyer...sebab kita tahu di dilandasan yang benar...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

oooopppp jangan emo2 tau..ibu mengandung tak sesuai emo tau....

"lagu tu teringat cerita animasi tarzan..

mzhany said...

cha, hany pun pose gak. huhuhu berbuka aper hari nih?

Sis-Lin said...

Cha....sis pun hubby xde ni dh seminggu...sms susah nak jawab..col lagi le jauh sekali..ermm

yg penting think positif dear.. :)

Lelord said...

sabar yek...

http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2011/07/semua-pasal-bersih.html

♥SyilaSyira♥ said...

w'salam...jgn diikutkan perasaan tu cha...think +ve ye..jaga kandungan baik²

dilazfamily said...

janganlah sedih2 lagi cha.tak baik utk baby dalam perut tu. sabo ye

yanti isa said...

felt the same way .. rasa nak delete je orang2 macam ni dari friend list.

@e_da said...

sian umi dan oni.. sabar ya.. insyaAllah allah akan balas berkat kesabaran umi dan oni 1 hari nanti dgn balasan yg paling indah.. biarkan mereka berkata.. nnti kena btg hidung baru mereka tau

Salina@IbuAqil said...

biar apa org nak kata.. depa ada mulut.. bkn depa yg berhak menilai dan menghukum sbb masih ada PENILAI UTAMA diatas sana.. biar dicaci dihina dikata dek mulut manusia krn mereka lupa.. Siapa lbh berkuasa di atas segala sesuatu.. :)

mekchu said...

sedihnya... jgn lah mcm tu.. banyak jasa hubby tu taw.. pedulik je la mulut2 orang (ckp senang arr)

tak baik utk baby.. tak lama lagi hubby balik ok..

mamalieyna said...

huuu~ same goes to me...sabar jerlah...kalau takde polis baru tau! eeiii... =P

ch@ said...

eima, cikJue, syila, dilaz:
tengah berusaha ceria la ni, menyorok drpd FB.

kakZaidah, mekchu:
t/kasih. terharu sangat.

hany:
pisang goreng sambal kicap :)

sisLin:
dia takde tu tak kisah sangat, orang dok mengkritik ni, tak tahan dikritik betul kita ni.

kakLela:
t/kasih entry tu kak, sejuk sikit rasa hati.

kakYanti, kakIeyna:
kan kak kan? bila susah2 cari juga, call juga tanya saman mcm mana nak setel, kalau kedai kena pecah mcm mana nak buat. haih!

kakEda:
itula. bagus kalau terkena batang hidung sendirikan? bila berdepan dgn polis, cuak juga.

ibuAQiL:
betul tu bu, kita tengah menaikkan dan memulihkan semangat ni. yg penting, sokong kerjaya suami.

Cik Shiqa said...

comel lah rambut oni dah panjang ..

ch@ said...

shiQa:
serabut adala. comel tang mananya.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in