Pagi yang blues.

Monday, 6 June 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Mengantukkksss.

Benci tau, pepagi hari dah buat hal. Lift rosak, ibu mengandung ni nak gak selit. Mujur tak dukung kakakOni, dia akan dihantar mrABi ke rumah kawan mrABi sendiri, same floor minta tolong jaga seminggu sementara pengasuh, kakTi bercuti.

Jumaat.
Pergi tengok baby kawan mrABi tu, entah bila wife dia pregnant aku pun tidak sedar. Tau-tau bersalin aja. Anak 1st sebaya dengan kakakOni, Aina. Anak yang baru lahir ni bakal sama dengan adikOni pula, kebetulan.

Dia pun taktau aku pregnant, hahaha. Pun sama, tak nampak juga. Berjaya menyorok perut dibalik baju besar. 

Sabtu.
Bawa kakakOni pergi taman. Menikmati anugerah ciptaan Tuhan. Aku duduk aja di tepi kerana sudah tidak larat benar mahu mengejar anak beranak, mrABi dan kakakOni tu bermain. Habis satu gelongsor gergasi tu di panjatnya. 

MrABi masih kena ikut dan memerhati, kerana dia suka meletakkan dirinya supaya mudah ditolak orang. Then, balik singgah pasar malam. Jalan-jalan cuci mata. KakakOni semakin baik.

Ahad.
Kenduri di Gombak. Seronok jumpa pakcik, makcik belah mrABi ni. Kerja aku, duduk makan-makan-makan dan makan. Barula orang detact aku pregnant, tapi semua terperanjat bila aku kata sudah 5 bulan, kuikuikui.

Agaknya, kalau ada peluang masing-masing nak mintak aku selak baju check perut. Akibat kepanasan yang maksimum, kepala aku pun dah weng-weng, selepas acara bersanding mrABi ajak balik. 

Balik rumah, masing-masing balas dendam tidur. Nyaman sungguh. Ok habis dah kisah cuti aku. Gambar? hihiii malula nak letak. Sebenarnya, aku tak bawa kabel transfer. Macam tak lengkap je kan? Okla, keadaannya sama je situasi, pergi tengok baby, pergi taman dan pergi kenduri. =)
Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran buat ZAQUAN (sweetmama), semoga kamu menjadi anak yang baik dan mendengar kata orang tua mu. Juga kepada ZETTY ABD AZiZ (kawan tempat belajar) semoga kau dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah harian.

8 pasang kaki:

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

jadual penuh hujung minggu...
wah berjaya sorongkan perut ye....
tetiba aje dah bersalin...

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ said...

mari2 naikkan semangat kehijauan kita sama2

EiJa ZaQuaN said...

terima kasih cha diatas ucapan b'day untuk Zaquan..:))

wah penuhnye aktiviti hujung minggu..
hehe..mmg bila waktu cuti kita penuh dgn aktiviti..ari isnin msti blues jerk kan..

Cha..sabtu ni kol 12 tgh jemputla dtg umah mak eija kat bt 10, cheras, kajang...eija buat sesi potong kek untuk Zaquan. Datang tau..bw cikoni..boleh kenal2 dgn zaquan..n bole tgk baby ziqry sekali..
Nnti eija sms cha alamat rumah bt 10 ye..:)

@e_da said...

cha penuh aktiviti seronok kan...

gombak dah dekat umah akak dah tu...

ch@ said...

cikJue:
ingat nak buat macam tu la, tapiii ramai yg dah berpengalaman, tengok je dah tau.

anje:
kulihat hijau. hehehe.

eija:
insya-Allah eija, harap mrABi nak blk Langat la hari tu nanti, boleh singgah tengok baby skali.

kakEida:
oh ye ke, kita ingat nak redah gak, pergi rumah WM, tapiii kepala dah sakit, cuaca pns sgt.

mamalieyna said...

haih part lift rosak tak tahannya..aduuh...serikk..~ huu~

5 bulan still kecik molek ke perut ch@, org tak perasan, kalau kak eina, sure perasan sgt..skrg baru nak msk 3 bulan, pakai baju kurung, kain tang perut tu, rasa senak jer, wlu letak atas pd perut, tp still rasa tak selesa..huu~

ch@ said...

kakIeyna:
paling menyampah, orang lelaki nak turun dua tingkat ke bawah je pun, eh nak juga menyelah naik lift. bengang je rasa.

ha'a, orang memang tak budget langsung kita pregnant.

dilazfamily said...

cha dilaz rasa anak cha nanti boy..cha due bulan 9 kan..raya lak tu

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in