Ini yang buat aku gerun ni.

Friday, 17 June 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Baru tadi aku dapat tahu daripada seorang kawan. Tiba-tiba sahaja dia menanya aku nama suami kepada kakak kesayangan aku, kakAzi. Aku pun ingat-ingat lupa nama suami kakAzi, sebab aku biasa panggil dia dengan panggilan abang kecik je.

Then, aku jawab jugala persoalannya walaupun tak berapa konfiden. Then, kawan aku tu suruh aku baca Harian Metro ada gambar abang kecik.

Aku tau, ini mesti kes yang kakAzi ceritakan hari tu pada aku, aku pun tengah mencari ayat terbaik untuk dijadikan entry. 

KakAzi dah bersalinkan NaQib Adam pada 19 Mei lalu, rupa-rupanya ada kisah yang di bawa pulang  semasa berpantang. Aku memang sering bertanyakan khabar kakAzi melalui SMS, memang baru sahaja dia ceritakan detik sewaktu dia berpantang.

Huaaa, ngeri-ngeri-ngeri. Aku pun bagaikan dah terikut fobia nak bersalin. Oh! tiiidaaak.


Panjang lebar kakAzi bagi nasihat kat aku, dia sudah pun membuat laporan polis, tapi pihak hospital tidak mahu mengaku. Memang aku dapat bayangkan betapa sakitnyaaa bila kain tu berada di dalam. Aduhhh.

Alhamdulillah, kakAzi semakin sihat sekarang ni.

12 pasang kaki:

eima said...

swasta ke kerajaan... takan kite plak sendri nk pi sumbat dlm tut kan.... saman je spital tu

♥SyilaSyira♥ said...

Ya Allah..ngerinya baca..xdapat bayangkan kesakitannya masa tu...

PUANSTOBERI said...

errr.... ngilu dan ngeri...

dilazfamily said...

ngeri betul lah dgr. memang sakit tu

Puan Capa said...

tak baca lagi...takut!!!!

Puan Capa said...

dah baca...aduiiii...ngilu la...

Mama AA's said...

uish? gerun nye... dah la anak sulong, mmg sah2 la igt sakit sbb salin ek?

EiJa ZaQuaN said...

adess..mmg ngeri la..kalau ada benda tertinggal dlm tu..mmg patut pun asben kawan cha tu amik tindakan dkt hospital yg cuai ni..

mmg masa eija bersalin hari tu..dlm hati ni berdoa..jgn la ada benda tertinggal2 kat dlm nun..tp rasanya bila doktor sudah jahit..dia akan kira brapa byk brg yg digunakan..eija mmg dgr dan tgk..nak tido pun takut..takut doktor cuai..huhu

ch@ said...

eima:
aku tak sure pula swasta or kerajaan, tapi kes2 melibatkan staff ni, tak kira de swasta or kerajaan.

syila, dilaz, :
kontraksi pun dah sakit.

kekDa,
jangan takut tau, harap2 kita dijauhkanla.

pnCapa:
hehehe. seram, ngeri, ngilu, smua ada. petah lagi terjadi pada orang yg mmg dikenali.

mamaAA's:
tu la, mujur keluarnya cepat. rasa serik je nak mengandung lagi.

eija:
kita lagilaaa masa czer oni hari tu, langsung tak sedar. hahaha. yg kedua ni, aiyaaa ngeri le pulek.

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

cik jue baca kisah nie...hospital mana ye...memnag gerum je...

ch@ said...

cikJue:
di Shah Alam, tapi tak dinyatakan namanya, kalau kita tu mention je nama hospital tu, kasi blacklisted.

♥SyilaSyira♥ said...

yup cha...patutnya bg je nama hospital tu..sekurang² bg kesedaran kepada semua...mesti trauma kak azi tu kan

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in