Cara dia menggembirakan hatinya.

Monday, 20 June 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Bersua lagi kita dalam rancangan bersama empunya hijaucantik, umi journal. Tiba-tiba. Teruja aku nak taip entry ni. Entry lepas, aku ada kata kejutan daripada abi, mamat ni memangla suka bebenar buat aku terkejut.

Aku tak fokus, hari apa masa tu tapi malam. Dia hulur RM1ribu pada aku, wow! bagi aku nak bershoppingkah? aku dah gembira je ni. Memangla aku terima tapi kepala penuh tanda tanya.
'nanti, dia hantar. Tak malam esok, malam lusa. Takut abi kerja' persoalan masih tak terjawab.
'terima apa? banyaknya rm ni?' terpinga-pinga.
'abi beli mesen basuh, hahahaaa' berseri-seri muka dia menjawab sebelum dia menyambung.
'beli 10kg terus' lepas tu dia hulur lagi RM1ratus.
'apa pula ni?' dalam kepala otak aku yang masih lagi bengong. Mamai.
'ni duit umi, bagi pengasuh sementara tu' jawabnya bila dia tengok bini dia macam orang tak betul je. Penangan tengok duit banyak depan mata.

Abi beli mesen basuh baru, automatik sepenuhnya dengan basuhan 10kg. Antara faktor yang memungkinkan dia membelinya adalah.
Satu: Part cuci baju memang dia, kalau aku perati, memang dia hentam masuk semua, takde nak asingkan, nak terbalikkan, nak rendam ke apa. Dia tibai semua, 6kg mana la muat untuk 3 orang punya sekali gus.
Dua: Dia malas nak buat kerja banyak kali, sebab mesen lama yang separa auto. Kena bilas, masukkan di spin, tunggu air, bla-bla-bla.
Tiga: 10kg, memandangkan anak nak masuk dua maka baju pun akan bertambah banyaknya.
Empat: Aku baru je mengadu, tempat cuci baju tu dah tak boleh takung air. Airnya akan surut dengan sendiri. Ok, dia dah beli baru, aku pun senyum je.

Ahaaa, selain mesen basuh dia juga telah membeli penyimpan air panas automatik. Memang dah lama dia mengidamkan natang ni. Daripada belum nikah lagi. Sangat mudah bila aku di dapur. Lepas ni, siap macam-macam air dia order daripada aku. Sebelum ni, dia suka ngejakan air termos Oni. Malas nak jerang air.

Sedang aku berfesbuk, mesen basuh sampai bersama pemanas air. Then, tak lama kemudian abi balik. Mujur aku tak mati terkejut, dia bawa akuarium bersaiz kecil. Walawei, mana nak letak lagi ni? Muka time masuk rumah, tak payah kata, tersenyum sipu-sipu. Tergelak-gelak dia tengok aku tercengang. Biar je la dia ngejakan akuarium tu. Satu set ye, siap ikan bagai. Dah siap maintenance dia pergi kerja.

Then, malamnya dia balik. Muka makin berseri.
'esok on radio guna remote ye. abi dah tukar uminya radio kereta tu' woih! mata aku terbeliak.
'banyaknya duit abi, dapat durian runtuhkah?' dia geleng kepala.
'buat loan lagi?' dia geleng lagi.
'habis tu?' diam takde jawapan, takpe esok-esok dia beritahu la tu. Tunggu lama sikit memang baru dia beritau aku.

Our new gadgets in our home. Aku suka je :p

Atas meja ada duit baki2 yang dia bagi pada aku. Part duit dia, memang aku jarang nak usik.
'duit apa tu?' tanya dia. 'baki duit abila, kalau tak nak bagi umi je' aku jawab. Hiii.
'ambikla' terus aku ambik masuk tabung Oni. kuikuikui.

Berapa banyak kejutan, disebalik berita gembira yang telah aku khabarkan kepadanya. Mungkin hatinya senang bila apa yang dia hajat semuanya tercapai. Jangan dia kata takde duit nak balik kampung sudah. Memang aku sekeh kepala dia.
Aku anggap ini rezeki anak-anak. Alhamdulillah. Aku terima dengan hati terbuka. Rasa nak shopping baju la pulek. Kuikuikui.

11 pasang kaki:

mekchu said...

byk nyaaaaaaa benda2 baru kat dlm rumah.. mesti senyum je nih

yg kat bawah tu aquarium ngan radio gps ke? hahaha.. mekchu tahu radio gps yg papa-go tu je yang rupa macam tu..

eima said...

wahhh 1o kg leh wat basuh komforter la ....

zaidah said...

beli mesin basuh, pastu pemanas air, pastu akuarium, pastu radio keta wow..banyak jugak tu cha...agaknyer dia kumpul duit tu kot....sebab tu dia dapat beli semuanyer seblum cha bersalin...

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

Wah seronoknya...cik hubby saja nak buat surprise utk ch@ sebab mengandungkan anak nombor dua...

EiJa ZaQuaN said...

Alhamdullillah..btol la tu rezeki anak2..rezeki ibu mengandung..hehee..

syoknye dh la dapat byk benda baru..pastu dpt lg g shopping.. :)

ch@ said...

mekchu:
tak sure la kita mekchu, gps ke, gprs ke, katanya abi boleh tengok tv. lenguh dah tulang rahang dok sengih aja.

eima:
ye eh? bagus jugakan? aku ni tak reti guna mesen auto ler.

kakZaidah:
ahaaa, utk kemudahan dia juga. oni tu dah lasak dalam kereta, so beli radio tv, melayan kan anak daranya la tu.

cikJue:
hahaha ye la tu cikJue, bukan itu dah mmg termasuk dlm tugas isteri ke?

eija:
hihiii, shopping tu blm lagi eija, tunggu kita gaji.

♥SyilaSyira♥ said...

rezeki tu..bestnya..sekali dapat byk²....hari bapa...tapi cha pula yg dapat mcm²...hihi..bertuahnya badan

mzhany said...

alhamdulillah cha, rezeki ameen...

@e_da said...

alhamdulillah rezki anak tu... sungguh teruja kan bila hubby buat kejutan sekali sekala mcm tu.. kita kena bersyukur tak semua org merasai nikmat yg kita ada..

senyum2 la ummi dia ni ya dpt banyak hadiah sekaligus

Mama Gee said...

Alhamdulillah....tumpang seronok :)

ch@ said...

syila:
itula tu. hari bapa, bapa yg menghadiahkan. okla tu, guna sama-sama.

hany, mamaGee:
aminnn syukur, rezeki anak-anak.

kakEida:
hihiii. senyum tak putus.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in