Pemeriksaan Anternatal 2

Thursday, 26 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Rindu? ye semalam tiada entry sebab hati sedang gundah gulana.

Malam tadi mrABi balik dari Kelantan, tak sedar jam berapa, then pagi tadi agak lambat semuanya bersiap dan lambat jugala aku sampai di PPUM, KL. Letih bila sampai lewat ni, semuanya akan jadi saaangat lambat.

Aku sampai ambil angka giliran 1070, nombor sewaktu kaki aku masuk bagaikan baru nak bergerak. Kematu montot terasa akibat lama sangat untuk giliran pendaftaran. Terlupa aku na membawa sebarang bacaan, benci sungguh.

Hari ni terasa luar biasa ramainya. Aku pun taktau kenapa Klinik Ibu Mengandung tu jadi sesak, apakah kerana aku datang lewat ataupun memang ramai orang pada hari tersebut.

Sebaik nombor dipanggil, aku diberi nombor temujanji dengan doktor pula, ergh! aku kena cari kawan, aku kena cari sesuatu menghilang kebosanan. Pemeriksaan rutin berjalan seperti biasa.
=) Air kencing: Normal   =) Tekanan darah: 106/57   =) Berat: 47.2kg
Then semuanya ok. Sesi menunggu-menunggu-menunggu dan menunggu. Daripada duduk bawa ke berdiri, daripada baca akhbar Melayu ke akhbar Inggeris, siap aku main game, tengok TV dan makan. Masa terus berjalan, daripada jam 9 pagi, akhirnya jam 1.30 petang barula bersua muka dengan doktor.

Doktor lelaki bangsa China, sangat teliti memeriksa sehingga buku lama pun diperiksa. Kepekatan darah aku kurang tapi tak bahaya, ngam-ngam keparas bahaya. Dia suruh aku makan vitamin bagi memekatkannya. Alaaa, memang masalah aku daripada mengandungkan Oni.

Dia mengukur pengembangan perut aku. Lebih kurang 20 minggu dan berkembang dengan sangat baik. Huye-huye.

Temujanji akan datang, aku dapat tarikh 16.06.2011 sama dengan hari aku scan. Yeay, setuju-setuju. Memang aku suka. Selesai berurusan, aku kena cari teksi untuk balik sebab mrABi tak dapat ambil, dia masih ada tugasan.

Takpela, aku berdikari tapi lenguh gak kaki berjalan nak ke tempat teksi. Nampak pula kedai, harusla shopping-shopping dulu. Kuikuikui. 

Gambar takde, sebab takde orang nak tolong ambilkan, hihiii. Lebih kurang sama je dengan Pemeriksaan Anternatal 1 hari tu ;)
Terima kasih ABi sebab sudi balik untuk hantar pergi check-up.

11 pasang kaki:

mamalieyna said...

kak eina tak buat buku lg, skrg usia kandungan 9 minggu, beza 11 minggu la kita yek..hee~

aduuuh terbyg2 keadaan PPUM lagu mana, serik nak ke sana..kak eina checkup nnti mngkn klinik kesihatan biasa, mgkn takla seseramai kt PPUM tu..tak snggup..penat nunggu jer..huu~

apapun take care ya~

Salina@IbuAqil said...

It's ok cha.. Asalkan semuanya sihat.. Akak dulu ngandungkan Aqil suami jauh di Rawang.. Jarang2 waktu check up ayah dpt temankan dah le check up setiap 2 mggu sekali sjak awal kandungan {takut ada masalah kn}.. Ayah dpt cuti baru le berantor.. Adoi!! Sedihh ooo time 2.. Bwk perut tp suami jauh.. Hukhukhukhuk Tp apapun yg pntg semuanya selamat.. Take care ye dik.. :)

zaidah said...

saat menunggu tu yang malas tu....aduh chah bilalah zai nak dapat berat macam cha tu....

Izan Ishak said...

alahai...amatlah tak suka kalau pi check-up ramai org kan. penat menunggu~

NURUL AINI NORAZMAN said...

seronok la kak baca cerita org pregnant nih,.hehehe

Puanbee2 said...

salam ch@ bee singgah balik , dah preqnan no 2 yer..bee lupa nk ucapkan tahniah ..dah byk kali dtg sebenarnya tp tk komen je hihihi tahniah yer

*Miss Syahnia* said...

huye..huye ummi n beby sume ok
47kg je kak..kecik upanya
akk ni kan ;)

♥SyilaSyira♥ said...

alhamdulillah semuanya ok..jaga diri, jaga makan tau...

Imaan09 said...

awak MEMANG indipendent laa cha..tabik!

EiJa ZaQuaN said...

alhamdullillah sumenya ok..
rasanya klinik ibu dan anak ni mmg sentiasa jerk penuh kan.rasanye setiap hari ramai jerk ibu yg mengandung..ehhehhe..

ch@ said...

kakIeyna:
memang kalau nak senang swasta je la, tapi memikirkan kita czer sebelum ni di PPUM juga, so ke sana je la, rekod pun dah ada.

ibuAQiL:
t/kasih smgt akak. kita sgt hargainya. kita boleh je nak pergi dan balik sendiri naik teksi, tapi tang pergi tu malas nak tunggu teksi. berebut dgn org nak pergi kerja.

kakZai:
menunggu satu penyeksaan. berat? itu berat ideal lepas kita bersalin oni.

kakIzan:
lenguh semua sendi badan. kalau ada kawan seronok sikit. tapi bila tengok wajah masing2 sugul semacam je, rasa tak wajar nak berborak.

aini:
bagus2, kutip pengalaman orang.

bee:
t/kasih bee. takpe, kita pun suka buat mcm bee tu. hehe.

ain:
kecik eh? ye la tu agaknya. akak rasa mengembang baik je ni.

syila:
t/kasih syila.

lea:
tak juga sebenarnya, tapi kena gagah la, kot tak memang tak ke mana.

eija:
betul kata eija. sokong.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in