Bila katanya 'berdua lebih baik'.

Friday, 27 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, huweee. Esok cuti, cuti semedang yerk.

Ikut rancangan tergendala patutnya aku balik Johor, huh mrABi sedang busy tak beranila aku nak tanya berkali-kali. Nampak muka dia pun sekejap-sekejap je, risiko berumah tangga dengan orang pakai uniform, ye dak? terima ajalah.

So biasalah, bila berdua dengan kakakOni. Inila, kalau dah namanya anak darakan? selagi dia rajin nak berkepit dengan emaknya, kerajinan pun terserlah. Teringat masa kekecik dulu, aku pun suka gak tolong menyibuk kat dapur dengan mama menyebabkan orang tua asyikla membebel tak henti-henti sebab dia jadi lambat memasak.

Dan sekarang, aku pula merasakannya. Memang menguji ketahanan mental dan fizikal. Mujurla masa ni dia tak ingat dengan kerusinya, jika tidak tangannya mencapai ikan, mencapai sudip, mencapai-capaila senang kata.

 Keadaan dapur bila kakakOni yang jadi chef.

Akan tetapi sebelum gambar ini diambil dia dah pun goreng selipar. Kuali di ambil daripada bawah sinki, memang mudah dia nak capai. Aku menarik nafas menahan kemarahan. Sabar-sabar-sabar.

Inila akibatnya bila tinggal berdua dan aku terajin nak memasak. Hehehe, terbayang resepi hubby mamaMikhail sebenarnya, tu yang rasa nak masak. Terpengaruh.
kakakOni rajinkan umi? ye, sangat rajin ''mengemas'', terima kasih ye kakak.

15 pasang kaki:

Cik Shiqa said...

hehe rajin ny oni... pas sepah tolong kemas kan ye oni..

xpe akak, tggu dia besar sikit, dah pndai nnti senang lah :)

♥SyilaSyira♥ said...

wah oni goreng selipar ye...resipi baru tu..hahaha

Izan Ishak said...

ini mmg contoh kakak yg pandai mengemas. apa yg hijau panjang2 tu cha? tk dpt plak kak izan nak teka~

shay said...

aimi ok sikit dia tak kacau shay time massak... time bila kita dah abis masak, tengok ruang tamu dah macam tongkang pecah... bila kita cekak pinggang dia boleh tanya kenapa mama...

terbakar tu...

dilazfamily said...

biasalah tu cha...kata anak dara dia pun sibuk nak tolong.biarkanlah nanti dia cepat belajar.dila dulu kecik2 macam tu, tu qistina ikut sama gak

eima said...

hahaha
seb baik fahim dah tgak gemar main mende kat dapur dah ...
klu tak .. cam ni la aku ...

mzhany said...

hihhi, dah besar nnti mesti rajin tolong umi nih..bagus kakak oni ni...

~Siti Hajar~ said...

rajinnyer kakOni sampai dah terlebih kemas dapur tuh...hehe

rileks arr ummi jgn marah2 nti kena darah tinggi..hehe

Imaan09 said...

ya allah.. kak oni ada bakat memasak ni..dah terserlah dr kecik lg nih

*Miss Syahnia* said...

amboiii oni..amik ha abes
bersih dapo ummi dia kemas..
hehe

takpe kak itu namanya oni
ada bakat memasak bila
besar nanti..rajin ke dapo..
yeayy


p/s: kakkk bcnta dgn org unifrm
mmg byk kene sbrrrrr..haiihh elok dah en.tunang ckp nak cuti balik..skali cuti tak lulus..ada keje! huarrgghhh sobsob ;(

EiJa ZaQuaN said...

hehe..biasala tu cha..anak dara elokla ke dapur..tp bab memunggah sume brg kat dapur tu yg x tahan..itu anak dara awk..anak bujang eija ni si zaquan tu pun cukup suka kalau kita ke dapur..dia pun sibuk ke dapur memunggah brg2 yg ada dlm almari..

@e_da said...

rajin benor anak dara ummi ni..umminya plak mengidam resepi papamika ya..dah try lum? hehehhe

ch@ said...

shiQa:
mudah2an, tak berdaya nak membebel. lenguh rahang dan mulut.

syila:
masa tgk dia buat tu, mmg tak jadi nak marah tapi marahkan juga.

kakIzan:
rasa lega bila dia mengemas dgn betul. itu plastik sampah.

mamaShay:
hahaha aimi sungguh pandai dan kelakar. cerdik. masa tu rasa macam kita tak berehatkan mama?

eima:
fahim dah dapat mainan masak2, aku belikan oni mainan mcm fahim tu, tapi dia nak juga kacau aku.

hany:
mudah2anla hany. rasa lega jika dia betul2 tolong emak dia. bersyukur.

kakHajar:
ha'a betul kata akak tu, memang kita control bila nak marah. lagi2 tgh pregnant ni.

lea:
kalau baca entry lama, dia memang suka memasak. periuk, mangkuk semua atas tilam.

ain:
hahaha akak dah biasa bila tang cuti tak jadi. sampai kawen memang akak langsung tak berharap. cuma kalau betul2 akak kena cuti, memang mrABi takde choice.

eija:
penatkan eija, kadang2 kita sampai nangis, sebab letih sangat.

kakEida:
hahaha, dah sudah. mrABi pun makan banyak. boleh buat lagi. simple but nice.

Salina@IbuAqil said...

uiksss anak dara ni.. sapa bertuah dpt sunting si dara awak ni cha nanti.. :D

ch@ said...

ibuAQiL:
siapakah jejaka itu eh? kikikiii.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in