Aku tak menyesal.

Monday, 23 May 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rentetan daripada entry hutang, sebenarnya aku terasa kehabisan wang kerana terlalu teruja untuk mengemas kabinet dapur.

Aku bukan renovate dapur, tak dapat aku bayangkan cemana jika aku berbuat demikian di Quarters polis tu, mau kena hambat akibat kebisingan melampau.

Ni haaa, tupperware punya fasal. Hihiii. mrABi baru je bawa balik satu set. Daripada saiz besar sehinggala saiz kecil, siap ada free gift lagi. Masa aku tengok gambar, nampak macam sikit. Bila aku isi segala-mala kudap-kudapan dalam kabinet ni, eh? banyak pula tupperware ni. Hahaaa.

Aku tak menyesal pun beli tupperware ni, sebab tupperware mama aku je dah cecah 10 tahun. Huiii lama tu. Lagipun, bila mahal kita lebih menghargai. Apatah lagi daripada kocek sendiri. Berbaloi-baloi.


Kemas tak? aku nak elakkan semut sebenarnya. Then, aku suka tupperware ni sebab dia kedap. Tidak perlu bimbang jika tutup rapat. Baiklah, aku tengah tunggu katalog baru ni, ada lagi yang aku hajatkan untuk kegunaan.
mrABi nak guna pun, minta kebenaran aku tau. Kikiii. Dapur itu aku yang punya, ok.

18 pasang kaki:

eima said...

aku pun suka tp tak brape nk mampu sbb aku sgt kedekut...
aku cuma beli utk kegunaan je bkn utk kumpul ...heheh

Imaan09 said...

adoiii..kedai tupperware mmg sila jangan masuk..mesti ada y tersangkut..pas dah kemas2 semua, puas ati kan..??nampak besh,kemas,dan nampak MAHAL!haha

*Miss Syahnia* said...

kak, oposmate ain ahli tpware ni
slalu tgk kwn2 dok beli..
ain cuma memandang je..hihi

insyallah nanti dah ada umah sndiri
baru nak beli byk2..
tp memang bgos tpware ni kan
tahan lama berkualiti ;)

zaidah said...

suka jugak tapi jarang membeli sebab tempat nak simpan tak ade..almaklumlah rumah kecik...tak ade ruang

fazilzura said...

zr pun now suke kumpul TUPPERWARE.. sgt tahan lasak key .. ni sume dr aura mama zr jgk ler.. kt umh melambak2 brand tu

cheqna said...

adik cheqna suka beli..cheqna suka guna je
hahahaha

Lelord said...

huhuhu x penah beli pun, tp ada dpt hadiah ms last day jd ce'gu kat sjkc jementah

mamalieyna said...

comel cara penyusunan nya..haih tetiba teruja lak nak soping tapperware,.,,ihiks..akak byk simpan kudapan dlm balang bulat2...tak kemas sgt..hee~ tak colourfull camni..ihiks..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

kak jue pun ade set nie....
memang bagus....buat simpan biskut memang bagus....

qellissa said...

sama lah i pon suka beli tupperware gak!senang nak simpan barang...

Cik Shiqa said...

suka nye shiqa tengok... nampak kemas uu... x sabar nk duduk umah sndri.hehe *tetiba

Salina@IbuAqil said...

uiksss bnyk nyer tapeware.. nak satu.. ;o)

♥SyilaSyira♥ said...

kemasnya cha...leh jadi model utk tupperware..hahahaha.....kakak syila pun salah seorg penggila tupperware...dah abis ribu2 tuk tupperware ni

PUANSTOBERI said...

alamak..besnya..kak pun baru berdikit2 nak beli tupparware ni. mmg thn lama, tp awas tutup dia tu cik ti n cik li sker makan tau. tehehehhe :D

mzhany said...

betul tu cha, barang yang mahal sikit takper, janji tahan lama, tahan lasak kan....

ch@ said...

eima:
aku pun membeli utk guna, kalau beli utk kumpul, lebih baik aku beli benda yg aku suka. muahaha. rimas aku kabinet dapur macam tongkang.

Lea:
uiii nampak mahal? hihiii, takla. kita cuma takmau semut tu menceroboh. busuk pulak tu bau dia.

ain:
lepas kawen baru gila dgn pinggan mangkuk, tupperware dan barang2 dapur. time bujang, cukup ada satu set pinggan makan dan sebiji cawan warna hijau. kuikuikui.

kakZai:
kalau dah beli, ada je tempatnya kak, sebab membelikan utk digunapakai, bukan utk simpan.

zura:
hiii, kita baru berjinak-jinak, tengok mama kita punya, huaaa terasa mau mengambilnya.

cheQna:
bijak betul idea cheQna.

kakLela:
dulu tak penah fikir nak beli, skali bila dah terjebak, macam susah je nak patah balik.

kakIeyna:
kita pun suka balang bulat lutsinar tu kan, ada tutup merah, tapiii kabinet kita ni baru letak beberapa biji dah penuh, sedangkan makanannya banyak lagi belum berisi.

cikJue:
kan cikJue, kita ada tumbler dia, kalau bertutup memang tak terkeluar airnya, siap buat eksperimen.

Qellissa:
beli mmg best, tapi kena simpan duit dulu. haha.

shiQa:
lepas kawen minat datang secara automatik.

ibuAQiL:
ikat perut nak beli ni, hahaa. tipu. nak satu? sayangnyaaa.

syila:
ooo kita hanya beli utk guna je, nak buat koleksi takla kot, tak mampu.

kakReen:
ha'a betul kata akak tu, kena awasi lipas pula lepas ni. adoiii. rumah macam belaan serangga dah.

hany:
setuju!!! kita ada tumbler hijau yg sama kan? bagus tau tumbler tu hany. rasa syok je nak minum air, senang nak sedut.

EiJa ZaQuaN said...

eija pun ada set tupperware mcm cha ni..tp eija xde la giler tuppurware sgt..jnji ada 1-2, lgpun umah eija xde kitchen kabinet lagi.

ch@ said...

eija:
kita beli sebab semut kecik banyak, dah la kecik, busuk, menggigit pulak tu, sakit hati. kalau kena pindah, mau pening gak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in