Tentang makan lagi.

Thursday, 14 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yo, kali ini bercerita tentang makan lagi. Hahaaa. Kusut fikiran aku mencari idea nak update juga bloghijau ni. Balik kerja semalam, aku dah hampir je nak mengamuk gara-gara mrABi tak mereply message aku. Dia memang macam tu.

KakEida aka mamaMikhail punya angkara, mengumpan. Dia makan mihun sup. Cis kau kak. Dan, mujur ada pasar malam tapiii tercapaikah hajat tersebut? kerana aku masih menanti pesanan ringkas mrABi.

Dengan tidak menaruh harapan yang begitu tinggi, aku buat-buat seperti biasa. Bila sampai rumah, nampak-nampak Oni tengah main handphone mrABi, ceh! Dia tak bawa handphone rupanya. Pelik kalau dia terlupa handphone.

Alhamdulillah, tidak lama kemudian dia pun balik. Tengok luar masih cerah. Huye-huye, boleh cari mihun sup pasar malam. Siap-siap pergi pasar malam, cari lauk basah, lauk kering, buah, boleh beli shawl lagi. Ngeee.
 
Sampai di gerai sup-sup tersebut, aku dah beralih arah. Daripada mihun sup, bertukar kepada soto. Wiii. Aku beli dua bungkus RM6. Tak kira dah mahal ke murah ke janji dapat makan. Aku rasa ini la pergi pasar malam yang tak berapa nak borong sangat. Yola tu kan. Hahaaa.

Tunggu sehingga perut betul-betul lapar, dan dua bungkus soto habis aku makan, aku seorang aja ye. mrABi dah basuh pinggan siap-siap. Aku pun, zzzZZZzzzZZZ. Muahahaha. Buruk sungguh perangai isteri macam ni.

Info tentang gambar (interframe).
  1. Hari ke-empat memakai baju bertemakan hijau.
  2. Mata ter'over' tidur, memang macam ni.
  3. Perasan posing paling menawan.
  4. Kekenyangan makan satu set sandwich.
  5. Muka tak bersalah menghabiskan dua bungkus soto dan sebalang coco-crunch milik Oni.
Allah selalu membuka ruang kepada doa sorang ibu kan? hanya sebut dan berkeinginan, insya-Allah dengan tak lama kemudian kita dapat apa yang diinginkan. Terima kasih ABi sebab sentiasa penuhi permintaan yang macam-macam isterimu ini :)

12 pasang kaki:

Mama Tun Nur Safiya said...

Beshhh kan time ngandung nih nak mkn apa pun dapt...nak ngandung lagi la weeee

@e_da said...

terror la cha abis 2 bungkus soto.. petang ni nak cari kat pasar malam gak la.. hehehehhe

mamalieyna said...

takpaa selagi permintaan utk benda2 yg boleh dicari...ok jer..jgn ngidam yg bebukan ye..hehe..

herm...kak eina ada selai je kot baju ijau..hehe..

rasp said...

soto!!! sedap tu...letak cili kicap yg pedas2 tu, layan time hujan...perggghhhh sedap!

Aini Arif said...

pregnant ye?tahniah:)

EiJa ZaQuaN said...

hehe..selera ibu mengandung..boleh tahan gak ye cha yg badan kecik ni boleh abis kan 2 bungkus soto.

sib baik pagi semalam eija dh breakfast bihun soto..kalau x msti bila baca teringin nak makan soto pulak..

mekchu said...

hari ni mekchu berbatik yang kehijuauan.. mmg hijau sangat2 ni...

PUANSTOBERI said...

soto?? dap nyer..lama tak makan tu.. dgn sambal kicapnya kan??
hihi.. slmt makan2 yer cha :D

qellissa said...

cha pegnant lagi ke?congrats ye..bestnya dapat mkn soto..yummeh..

ch@ said...

mamaTunNurSafiya:
tengok orang mengandung rasa best je. rindu.

kakEida:
hahaaa, memang masa tengok dia bungkus tu, wow ni boleh habis ni.

kakIeyna:
manala tau mengidam nak pergi kutip strawberry ke kan? hahaaa. bila nak pergi tu.

satu almari baju kita, hijau sesaja.

rasp dan kakReen:
tapiii sambal kicap ni, memang pedas tahap maksima, berasap telinga. sedapkan kak?

aini:
iya, terima kasih aini.

eija:
hahaaa. dulu masa bujang2 kita la tong sampah tang makan ni, diorang tak habis panggil kita.

mekchu:
kan hijaucantik =)

Qellissa:
u boleh je ajak hubby u tu pergi cari, hubby u tu kan boleh juga jadi pengacara jln2 cari makan. ha'a pregnant. tQ.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

bestnya cha berselera mkn. syila ngandung pun kurang selera mkn. tu pasal bdn ni payahnya nak naik...sob..sob

ch@ said...

syila:
tengok lauk juga. memilih. masa pregnantkan oni pun tak selera makan.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in