Tabiat yang jangan dibiasakan buat.

Tuesday, 12 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Wah bukan main lambat lagi bloghijau ni berupdate, mana taknya datang punya la pagi, tengok-tengok line internet tiada. Makanya, no internet no work. Tapiii dapat juga habiskan kerja yang tak menggunakan internet, kalau tidak memang berzamanla nak siap.
Bila line dah ada, pergi merewang sana sini dulu. Hahaa, malam tadi memulun lagi Princess Hour, pusingan kali ke-4. Yess, Putera Shin yang kacak. Kacakkah? hahaaa sebab dia kaya.

Yo, balik kerja semalam, message mrABi macam biasa bila tengok dia tak ada di rumah. Kerja malam. Line clear. Oni pun tidur awal, huye-huye rancangan menjadi. Tak susah-susah nak kena masak. Punyala malas kan. Ngeee.

Setel semua kerja, selongkar dapur dulu. Menyesal pula tak beli kuih petang tadi, kan dah lapar tahap maksima ni, nak masak nasi, malas. Erm, buka peti ais. Nak makan buah, alamak sudah lembik kedebek la. Try minum susu coklat, yaks sudah rasa tak sedap. Niii apa punya malang malam ni, ni. Haih!

Makan, coco-crunch, sebalang kecik habis. Makan biskut dua keping, ok-ok. Layan drama dulu. Setelah 2 episod, alamak! pembersihan perut bermula sekali lagi. Pergi dapur kembali, buka almari pula. Tadaaa.

Bagaikan terpikat dengan keenakkannya. Hahaha, bolehla menyambung hidup bagi orang pemalas macam ni, wahai isteri-isteri sekalian sila jangan menjadi seperti aku. Aku dah minta kebenaran, sebab tu aku berani buat. Hahaaa.

Megi ayam kegemaran aku.

Megi berperisa ayam. Kosong je, sebab aku memang suka sempoi macam ni, ke malas? sudah la kau Syasya. Ngeee. Makan hingga ke titisan terakhir. Siap habis licin segala kuah. Ngeng betul aku malam tadi. Lepas makan letak je pinggan dalam sinki, macam la ada maid nak kena cuci. Ngaaa...

Elok je episod akhir, Oni bangun. Bergaduh laptop dengan dia. sekejap. Gigih menghabiskan drama tu, sebelum mrABi balik. Elok je dia home sweet home, yo la tu. Pricess Hour episod 8 pun berakhir. 

Jam 12 malam, dah macam cinderella, iron baju, cuci pinggan, kemas rumah sikit-sikit. Terhegeh-hegeh  dengan mata dah hampir nak tertutup. Tiba masa aku zzzZZZzzzZZZ.
Dah macam hidup time bujang-bujang je rasa. Hahaaa. Sekali sekala tidak mengapa, jangan selalu, kalau tidak semua benda pun terabai. Yang baik ikut, yang tak baik tu jangan ikut ye. Haaa megi tu pun sama, ibu mengandung tak de maknanya makan megi, tak sampai sejam dah lapar semula.

15 pasang kaki:

Diyana said...

huhu samala kite cha ..nafsu makan ntah hape2..main bedal aje ape yg terlintas dpn mata.keh keh

rasp said...

skali skala layan maggi mmg best!

Qaseh Aishah said...

amboi ibu mengandung...selera berganda2 nampak...hehehe...x pe, time ni la kita nak makan banyak...nnti dah pantang semua x leh nak makan...

eima said...

hoho aku sebenarnya dr bulan 12 ari tu tak memasak ... hahaha

semua mkn kat luar je ...
enpanjang kesian kot kat aku .. ke sbb die tgk aku tatahan bau menumis ...
pastu skrg nih pun aku minat sguh nk mkn megi ...
tp tahan napsu sbb pk budak kat dlm ni ... seminggu 2-3 kali je.. ikutkan nk hari2

@e_da said...

oittt ibu mengandung jangan amalkan lg makan meggi yerrr.. hihihi

PUANSTOBERI said...

alamak...lama da tak makan megi. huhuhu

Hanim said...

sama la juga mcm akak...time malas megi la jwbnye...hehehehe

mamalieyna said...

hehe..bila sesekali en suami bertugas malam..mmg jd gitu kan..malas 1 mcm jer..hehe...issh megi tak elok tuk ibu mengandung..^_^

ch@ said...

kakDonut:
tu la, mula2 nampak makanan macam sedap, tapi lepas2 tu yerk. nak yg lain pula. tak tentu arah. tak makan lapar.

rasp:
rasanya macam dah selalu je ni. ngeee.

kakAishah:
kena cover juga kak, kot naik mendadak-dadak, jenuh la nak turunkan balik. sayang baju dlm almari. hihiii.

eima:
bestnya tak masak. laki aku jenis tak suka makan kat kedai. aku pun hari2 makan kat kedai habis menu, aku jemu. tak sampai hati tak masak utk suami, cewah gitu. itu kalau sembilan bulan macam tu, habisla kau. hehe.

kakEida:
mana ada amalkan, sekali sekala je.

kakReen:
hah, cepat pergi cari. keke.

kakHanim:
cepat, mudah dan sedap.

kakIeyna:
kita selalu msg mrABi, minta kebenaran malas masak, kalau tak message biasanya kita masakla walaupun dia kerja malam. sebab dia memang suka makan.

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

takpe cha sekali sekala boleh la layan maggie tapi selalu tak sesuai utk ibu mengandung....cik jue pun sama selalu layan drama berkali2 pastu tengah2 malam baru sibuk nak buat kerja sambil layan teman anak dara

Mama Tun Nur Safiya said...

ibu ngandung tak leh malas nanti terkenan hehehehe

EiJa ZaQuaN said...

yup btot tu kalau dh teringin sgt..xpe kot..jgn selalu..eija pun ada gak sesekali bila teringin mkn meggi ni bedal jerk..

ch@ said...

cikJue:
ambil kesempatan masa Oni tidur, kalau malas nak tengok drama memang kita kemas rumah.

mamaTunNurSafiya:
ahaaa sekali sekala takpekan? ngehehe.

eija:
megi ni takde khasiat pun, macam makanan ringan juga. makan megi kena makan benda lain sama.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

megi koboi tu ttp nampak meyelerakan. kdg2 walaupun kosong tapi satu bungkus pun xcukup tu...cha..jgn mkn kerap, cukup sekadar lepaskan ngidam tu..ngeeee

ch@ said...

syila:
tah rasa nak makan megi ayam ni je. megi lain tak nak.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in