Pada pagi ini.

Friday, 1 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa awal pagi aku, perjalanan aku ke opis ditemani dengan Riuh Pagi Era PakNil bersama Rey dan Hanif.  

Pada pagi ini.
Bila aku start sahaja enjin suara sendu PakNil kedengaran. Rey dan Hanif tidak berani berkata apa. Oh rupa-rupanya mereka sedang mengenang kembali pemergian Allayarham Din Beramboi yang sudah pun setahun meninggalkan kita semua. Masa berlalu dengan pantas sekali.

Pada pagi ini.
Mereka memutarkan semula segmen Sawan Cara di mana babak lakonan allayarham bersama pendengar setianya. Aku sendu, aku terpaku kerana satu hari dulu aku la yang sentiasa menanti episod drama sebabak ini.

Pada pagi ini.
Air mata aku turun, tersedu-sedu dalam kereta sewaktu memandu kerana PakNil bercerita bagaimana dia berkerja dengan allayarham. Kadang-kadang aku ketawa besar bila drama sebabak dimainkan semula. Memang kelakar.

Pada pagi ini. 
Riuh pagi era mengembalikan nostalgia bersama allayarham dalam semua segmennya. Aku terdiam dan terpaku lagi.

Pada pagi ini.
Ini sahaja entry pada hari ini.
Al-Fatihah untuk Allayarham Din Beramboi aka Mior Ahmad Fuad Mior Badri. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

9 pasang kaki:

mzhany said...

Al-Fatihah...
umm hany tak sempat dgr td, sbb bukak radio lain...ishhh

Puan Capa said...

al fatihah.
sekejap je masa berlalu kan

♥sYiLaSyiRa♥ said...

Al-fatihah juga utk arwah Din Beramboi......

eT said...

betui tuh...
dulu mmg tertunggu2 segmen tu kt era...
al-fatihah...

@e_da said...

alfatihah... ala rusi akak dengar sinar pepagi...

ch@ said...

hany, :
amin. dengar pun sendu je. mujur tak hujan kat luar.

pnCapa:
amin. sedar tak sedar. sudah setahun berlalu.

syila:
amin.


et:
lepas tu gelak sesorang. arwah boleh bercakap tanpa hentikan?
amin.

kakEida:
akak mmg orang tua. hahaaa. kita dengar era pagi2 sebab ada pakNil. hujung minggu baru dengar sinar. carta sinar.

Farra Dhelina said...

skejap dh setahun ye...

EiJa ZaQuaN said...

alfatihah..skjp jerk rasanya setahun berlalu..

ermm..eija pulak skrg ni jarang dgr era..selalu pagi nak g keje dlm kete dgr Hot fm.

ch@ said...

farra:
betul tu.

eija:
kita tak berapa dengan hot fm tu, sebab macam rasa kecoh benar konti hot tu. peninggg.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in