My name is...

Monday, 25 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semalam balik KL daripada Langat, kampung mrABi la. Singgah sebentar di rumah mak sedara dia, aku yang ajak sebab lama sangat dah tak berjumpa. Tengah feeling potpetpotpet tunjukkan kakakOni 2 ekor hamster, tergedik-gedik natang tu.

KakakOni memang sayang dengan binatang, dia suka benar duduk atas pangku mrABi sambil belai anak arnab selain hamster.

Bila aku tengok hamster tu semalam teringat kenangan masa berkenalan dengan mrABi. mrABi panggil aku 'hamster', setiap kali dia masuk kelas dia akan kata.
'Di (nama seorang kawan), kau dah bagi hamster kau kuaci ke belum' mana la aku tak melancarkan perang. Suka-suki panggil aku hamster.

Itu daripada mulut dia, lagi seorang suka panggil aku 'mak memerang,' haih! budak kelas sebelah, pantang masuk kelas aku dia akan say hai.
'mak memerang, cantiknyaaa gigi' aku nak marah, dia ada motor vespa. Dengan motor vespa dia la aku selalu alert meng'dut'kan mrABi dan kawan-kawan aku. Dulu kan selalu main benda tu. 'kunci-kunci' zaman keriangan katakan.

Ada juga panggil aku 'kucing', siap buat gaya kaki kucing sapu muka lagi. Kalau dalam hostel consider lagi, ini kat bus-stop, semua orang tengok. Ngeng betul. Nak aku marah, ramai orang. Saham tinggi, aku pemalu. Tersipu-sipu la aku tahan geram.

Sudahnya nama terakhir aku dapat ialah 'kecik', kalau dah kecik sah-sahla aku paling kurus dan pendek dalam kelas. Huuu, kesian sungguh. Sampai sekarang gelaran itu kekal.

Hanya ada dua orang sahaja panggil aku dengan panggilan ch@, lebih ringkas katanya. Malas nak sebut Syasya, panjang dan perasan glamour katanya. Ceh! Sebelum aku gunakan ch@ secara komersial dalam bloghijau.

Kenapa aku lebih suka guna nama Syasya, kerana ada maksud 'berseri-seri', nama sebenar aku memang tak sampai maksudnya, kecuali dalam sebutan Arabiah Al-Ittissoliah, baru sedap maknanya.

Lagipun panggilan tu daripada aku kecil lagi, memang kat rumah my mom akan say, 'Syaaa, Syasyaaa tolong mama ni' hehehe. Nama tu komersial daripada sekolah menengah sehingga la sekarang. Kalau dah daripada kecilkan?

Well, ada juga yang tak boleh terima nama aku Syasya. Arwah bestfren aku, tergeliat lidah nak sebut katanya. Dah la dia seorang kekal memanggil aku Nurul, asal daripada sekolah rendah.
'pelik nak panggil nama kau ni. Kau fikir kau glamour' nak je aku tampal mulut dia dengan plaster. Dah la kerja asyik ikut aku je. Membebel pulak tu. Dah jadi kenangan, semoga rohnya dicucuri rahmat-Al-Fatihah.

Memang masa sekolah rendah, aku dikenali dengan Nurul. Nurul ada ramai di sekolah tu, pandai-pandai la banding bezakan, sebab tu la naik sekolah menengah, tinggal di asrama tukar jadi Syasya. Ada satu nama je.

 Atas : Aku 
Bawah: kakakOni
Tapi memang bestla kenakan orang, sebab ramai tak tahu nama sebenar. Hahahaaa. Terpinga-pinga bila cikgu sebut nama sebenar aku. Kenal lain, panggil lain. Abaikan.
Tidak kisahla nama apapun, masing-masing ada memorinya sendiri. Betulkan?

16 pasang kaki:

Diyana said...

klu kak pula,ade kekawan mmg tk tau nama sebenar akak..asik panggil donut aje.hehe

♥SyilaSyira♥ said...

nak taula nama cha yg sebenar...leh kasi ta???kita kan kwn..eceh..eceh...
tapi gambar cha ngan oni masa kecik mmg sama toi la...

Gieyana said...

x kisah ler kan nk panggil nm apa kan..

Izan Ishak said...

banyak sungguh nama panggilan cha ye. tp itu semua jadi kenangan buat kita kan.

aikkk...sama sebijik muka cha n oni masa kecik.. ummi n anak yg seiras nih~

alyyani said...

tu susah tu. hehehe.. nama panggil lain, nama ic lain :)

mamalieyna said...

so, nama betul ch@ apa sebenarnye..hee~

waah indahnya kenangan, walau time tu mmg rasa tak indah,,skrg je bila dikenang2 mesti best je kan..hehe..

weeei sejibik la muka kakakOni ngn umminye.. ^_^

Farra Dhelina said...

bab dut2 taj tahan tu hehehe..dulu mmg femes kan main bnda2 tu haha

PUANSTOBERI said...

baik...mulai reni akak panggil Syasya oke.. hihihi

EiJa ZaQuaN said...

byknye nama gelaran..
selalunya gelaran ni ikut karektor seseorg tu kan..

eh..sama la gmbar baby cha ngan gmbar baby oni..iyela dh namanye pun anak mak kan..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

muka cha n oni masa kecik tak jauh beza....
sebvut pasal nama kita pun sama..kat opis,sekolah @ kat mana2 je..bila perkenakan nama mesti org akan shotkan jadi jue..kalau kat umah pulak panggil lain termasuklah kawan rapat,n FIL

mzhany said...

cha, ada iras la cha dengan oni zaman baby...gerammm

ch@ said...

kakDonut:
kadang-kadang nama panggilan lebih diingati drpd nama sebenar, betul tak kak?

syila:
hahaaa. one-day awak akan tahu juga. one-day itu agaknya secara tak sengaja saya akan beritahu.

gieyana:
betul. yg penting gelaran itu baik-baik aja.

kakIzan:
hahaaa banyakkan? semuanya terkena dgn gigi yg agak maju ke depan ni, gigi kita besar.
ha'a masa dia lahir memang rupa kita.

alyyani:
bikin orang konfius. suka-suka.

kakIeyna:
my real name is... will know it later ok ;) setiap nama tu, diberi oleh org berbeza dgn kenangan yg berbeza.
sama tapiii time ni je la, dah besar ni langsung tak.

farra:
kau pun mesti main juga kan farra? femes tu zaman kita.

kakReen:
bisa aja kak, boleh takde hal.

eija:
betul. nama tu juga ikut bentuk fizikal ataupun kejadian-kejadian yg menimpa diri kita buat orang ingat.
sama eh? kikiii. time ni je la interframe sama.

cikJue:
hiii. kan cikJue kan? kadang2 tu terfikir, cemana boleh serasi dgn nama2 baru ni.

hany:
masa gambar ni, anak mak. tapiii orang tak syak kakakOni ni ikut kita, kalau dorang tak tengok gambar ni semua mmg kata ikut muka mrABi.

eima said...

muka oni ngan ch@ time baby saling tak tumpah la ..sama

@e_da said...

sama la cha muka oni ngan cha... sebijik..

mak memerang.. comel lak nama tu

Cik Shiqa said...

yihiii.. best kan ada banyak nama. shiqa mcm2 org panggil.. bnyak sgt nama.hehehe

ch@ said...

eima:
hahaha. orang tak tengok gambar ni akan kata, oni ikut ABi.

kakEida:
aaa sudah, jgn mengimbau kenangan lama kak. kalau dah dipanggilnya kita kat dataran perhimpunan, apa kes?

shiQa:
ada lagi sebenarnya, tapiii ini yg biasa punyala.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in