Masih berteka-teki.

Wednesday, 20 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Apa khabar pembaca bloghijau? adakah semua ok hari ini. Ye sudah pun Rabu, dua hari lagi dah jumpa Sabtu semula. Esok aku cuti, rutin bulanan selama sembilan bulan akan bermula esok, 21 April 2011. 

Tempat buat pemeriksaan sama dengan kakaknya Pusat Perubatan Universiti Malaya, KL. Aku cuba berharap si kecil ini akan baik dan sihat sebagaimana kakaknya juga. Membesar dengan tidak banyak kerenah, dan lebih banyak berdikari. 

Segalanya akan bermula esok pagi. Tunggu je la berita apa yang bakal disampaikan, nasihat apa yang akan didengarkan, ilmu apa yang akan dibawa pulang. Sesungguhnya aku sudah tidak sabar-sabar untuk mendengar berita yang mengujakan hati.

Umur tepat si kecil ini juga bakal diketahui esok. Ini yang aku rasa nak pergi scan lagi ni. Hahaha. Malas sebenarnya nak buat temujanji untuk scan di PPUM tu, agak melecehkan, banyak procedur. 1st time buat hari tu RM40 aku buat di Mediveron. Dah nampak kaki, tangan. Aktif dan lasak. Mengguling-guling. Dan aku rasa, scan di mana-mana pun sama juga kan?
 
Tengokla macam mana nanti. Hiii, semua orang dah tak sabar nak tengok perkembangan aku yang mendadak makan je kerjanya ni. Ngeee. Aku sendiri taktau berat aku berapa sebab mesin penimbang di rumah aku dah pun pecah dan berterabur skru akibat dibanting kakakOni. Minah tu jangan dibuat main, lesung batu maha berat tu pun dia boleh angkat. Naik radang mak dia, kalau nampak dia main lesung batu tu.

Ok, apa-apa pun jumpa kita esok hari. Dengan khabar berita daripada penulis hijaucantik. Iringkan aku dengan doa-doa kalian ye. Harap semuanya sihat seperti biasa.
Rasa teruja dan tidak sabar untuk menyambut kedatangan orang baru. Beraya berempat la tahun ni, insya-Allah. Semoga aku dibekalkan kekuatan dan kesihatan. Aminnn.

8 pasang kaki:

@e_da said...

semoga ibu dan anak sihat keduanya.. tak sabo tgk adik oni...

eima said...

aku tak scan lagi la ...
aku rasa kecik lagi adek fahim nih
tgu next month la....
tempek tau pic nanti

♥sYiLaSyiRa♥ said...

semoga cha dan baby sihat hendaknya....amin...

Bond@ While@ said...

tetiba rasa jeles lah plak. arghhh..tidak!!! nak baby jugak..

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

semoga umi dan baby sihat termasuk kak oni yang nakal itu...

Darling Ninie @ Mama Comel said...

Wah... Bestnya... Semoga semuanya sihat hendaknya..

zaidah said...

alhamdulillah...semoga cha n baby dalam perut tu sihat....ramai rakan blogger yang berbadan dua sekarang nie kan...

ch@ said...

kakEida, syila, cikJue, darling ninie:
nak tengok adik oni, kena tggu scan la. terima kasih.

eima:
kau nak suruh aku tempek gambar siapa? adik oni ni pun kecik lagi.

bondaWiya:
tunggula sampai seru bonda ya, seru kita dah sampai.

kakZaidah:
nampaknya macam tu la. makin ramai dapat kawan, makin ramaila yg dikesan pregnant.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in