Lempeng

Friday, 22 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hahahahahahahahaa, sila gelak beramai-ramai. Semalamkan, aku sempat pergi skodeng blog mamaMikhail aka kakEida, interframe lagi kau kak. Well, waktu hujan turun maha lebat semalam, terkecur liur tengok entry Lempeng kuali sedap dia.

Mujur dia belum balik, aku ber'gtalk' sekejap. KakakOni pun masih belum aku ambil. Dan hasilnya, menjadi. Lempeng kuali sedap mamaMikhail, tapikan harap kuali je besar, lempengnya jadi berdiameter kecil  daripada saiz sebab sukat ngam-ngam senduk sahaja. 

Bila dah jadi satu keping, aku MMS kakEida, dia kata macam kuih dorayaki. Sebelum tu dia kata macam pipi kakakOni. Pipi kakakOni sama ngan lempeng? hahahaaa. 

 Lempeng yang comel.

Siap sebelas keping, hujan turun, kilat memancar-mancar, guruh berdentum-dentum. Oiii makcik rasa nak duduk celah dapur je.

Sempat aku menggoreng sardin, sebijik menu mamaMikhail punya. Hahahaaa. Lepas mrABi balik main bola, aku makan 4 keping, mrABi sapu bersih 7 keping kasi licin. Habis. Memang laku lempeng aku. Lepas ni aku bercita-cita mahu campurkan dengan pisang. Huiii menawan-menawan bila makan time hujan turun. Kikiii.
Percubaan kali pertama, berjaya.

12 pasang kaki:

eima said...

wahhh eda kena publish resepi nih .....

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

nampak mcm sedap betullah....cik jue sellau buat time weekend je..makam pagi...

@e_da said...

hahah eima wat lawak suh akak publish resepi..walhal tah apa2 jek resepinya... cha tq enterframe kan akak kat sini.. kukiukuiii tumpang glamorr... lempeng comel mcm oni....

mzhany said...

cha, comey molek je lempeng nye..kecik kecik

azzey said...

nak try buat jugalah ; saya pon penggemar lempeng...:)

mamalieyna said...

waaah sedap tu layan lempeng time hujan2...lalala...huu~ baru perasan tak pnh buat lempenng sepnjg kawen, ms bujang suka buatkan utk arwah ayah..arwah ayah suka sangat2 lempeng or bhs kg kami..peknga (tempek di belanga)..ngee..

alexa yussida said...

cik oni tak makan sama ke kak?:)

ch@ said...

eima:
ya, dia dah pun publish resepi lempeng.

cikJue:
tu la, kalau drpd dulu tahu simple macam ni, setiap bulan beli tepung buat stok. fikir nak buat jemput2 je.

kakEida:
kadang2 yg simple tu la disukai orang kak. kita pun suka yg simple2 je tapiii boleh kenyangkan perut.
sama-sama, bukan susah pun nak buat interframe.

hany:
malu sebenarnya, tapiii dah terkecil nak buat cemana.

azzey:
boleh-boleh, tak sampai sejam pun kat dapur.

kakIeyna:
hahaha tak perasan ye selama ni kak, lepas ni bolehla buat. akak rajin masuk dapur.

yus:
dia bantai tidur yus, tak sempat nak pelawa. masa akak buat tu dia belum balik lagi.

♥sYiLaSyiRa♥ said...

dulu masa dok menyewa ada seorg housemate suka buat lempeng. siap buat sambal ikan bilis utk cicah ngan lempeng tu lagi..mmg sedap...cuba cha try nanti...

Mama Gee said...

chomel sgt lempeng tu..kalo mama makan mau 6 keping br kenyang...heheee

EiJa ZaQuaN said...

lempeng mmg sedap pun makan petang2..lebih2 lagi dapat makan ngan sardin..

cakap pasal lempeng pisang..sib baik baru minggu lepas makan lempeng pisang..tp beli jerk..hehehe..

ch@ said...

syila:
ha'a, nak buat juga sambal tumis ikan bilis tapiii malas nak kopek ikan bilisnya, nanti ada orang tolong 'kemas'

mamaGee:
tak boleh nak besarkan dah, belum terror. kenyang la mama, kita makan 3 keping je.

eija:
ada eh jual lempeng pisang, mesti sedapkan? ala-ala pisang goreng, kalau dapat cicah dgn sambal kacang, adus.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in