Kwak-kwak, kwang-kwang!

Monday, 4 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kerja banyak pun boleh maintain update blog, kerja tergendala. Menanti message ku di reply namun tidak sampai-sampai, semoga hari ini dipermudahkan seperti minggu lepas. Lancar dan pantas :)

Macam lama je tak letak gambar Oni, hiii. Buku katak tu aku beli masa berdating dengan mrABi, tak sampai hati balik dengan tangan kosong. Suka benar dia nak korek biji mata katak kat buku tu.


Aku suka bacakan untuk dia, kalau dia baca sendiri fefaham sahajah, bla-bla-bla-bla, pastu habis. Oni ni cepat bosan, dia tak boleh duduk diam walaupun 5 minit kecuali tidur. Sentiasa bergerak cergas dan berpeluh. Sebab tu aku rela duduk rumah dari keluar berjalan.

Kekadang yang tak berapa nak best tu, dia nak aku sendiri yang dukung, bila mrABi nak dukung meraung-raung. Time tu aku rasa macam tak cukup tenaga, hahaha. Suku berat aku sama berat dia. Mau taknya.

Banyak dah dia belajar, walaupun tak clear tapi boleh faham apa yang dia nak kata, dia boleh faham apa yang orang kata. Mama, papa, susu, jatuh, tutup, mintak, bukak, busuk, air, habis - perkataan biasa Oni sebut.

Bila dengar part mandi je, dia automatik buka seluar, buka baju, masuk bilik air. Bila habis minum air dalam cawan, terus masuk dalam sinki di dapur, bila tukar pampers terus bawa pampers pergi buang sendiri. Bila minum susu letak atas meja. Makan nak suap sendiri. Kemain. Sangat suka melaram kasut mak pak dia. Habis bersepah satu rumah. Dah pandai merajuk dah pandai protes, bawa diri jauh-jauh. 

Sebelum tidur mesti nak mengempeng dulu, layan tanya gigi-tunjuk gigi, tanya lidah-dia jelir lidah, tanya hidung-jari telunjuk tunjuk hidung sambil bunyi ek-ek-ek. Bila sayang kena tiga tempat, pipi kanan-pipi kiri-dahi. Tadah tangan, baca doa tarik selimut pura-pura tidur berdengkur. Cis.

Bunyi kucing aaawwww, bunyi itik-ek-ek-ek, bunyi ayam u-u-uk, bunyi bebird-et-et-et, bunyi katak- ak-ang -ak. Hahahahaaa. Oni-Oni. Superkid child. Sangat suka menari hindustan ok.
Nampak je lasak, nampak je selamba brutal, dia seorang yang sensitif juga. Nampak tak ada apa-apa tapi sebenarnya banyak rahsia. Macam abinya juga =)
Selamat Ulangtahun Kelahiran PakSu, Moiz. Semoga sentiasa dirahmati dan diberkati. Jangan lupa balik rumah tokMama nanti, kita jumpa di sana ye :) tataaa. 

13 pasang kaki:

eima said...

oni si kak long ....

TQ cantek tau pink tu .. TQ

Puan Capa said...

tak lama lagi kan dia nak jadi kakak..mesti la kena pandai berdikari :)

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

perkembangan yang bagus untuk seorang anak sebaya oni.....

oni good girl..kak long the bestlah...

EiJa ZaQuaN said...

hehe.mmg cerdik la oni ni..
excited kan bila tgk anak dh pandai ckp dan paham ape yg dia dgr dan perhati.

kadang2 eija selalu over excited bila zaquan dh tersgt la bijak berkata2..selalu jerk kitaorg ckp..zaquan ni bila ckp 'mcm org tua' sbnrnya mmg dia dh besar pun dh nak masuk 3 tahun jun ni..tp kami selalu jerk anggap zaquan mcm baby jerk lagi..hehe

@e_da said...

oni makin bijak sebab oni nak jd kakak.. ehheh

~Siti Hajar~ said...

ekekek..suka mnari lagu hindustan...??? ikut sapa tuh? jeng jeng jeng...hahaha

mamalieyna said...

hikhik..suka baca perkembangan cikOni..nari hindustan?..wahh makin advance...sapa selalu pasang lagu hindustan cikOni..hehe..

makin besar, makin bijak, makin penat la uminya..hehe..

♥sYiLaSyiRa♥ said...

Oni..dah sedia jadi kakak??mesti xsabar nak ajak adik tlg umi mengemas rumah..hihhhi...cha kena ajar pula Oni sebut adik..^-^

ch@ said...

eima:
nak dipanggil kakak.
dah dapat ye, harap kau suka.

pnCapa dan kakEida:
sampai mak dia pun boleh ada darah tinggi, suaranya nya pun nak meninggi.

cikJue:
rasa perkembangan dia ni dah lebih dari sepatutnya. kadang2 kita macam dah rasa dia dah 5 tahun.

eija:
tunggu la dia pandai bersoal jawab sok, gerenti terkulat-kulat mak pak nya.

kakSiti dan kakIeyna:
pengasuh dia suka pasang. kat rumah jarang buka hindustan. lagi la bawa lagi seorang dalam perut ni, rasa macam tak cukup tenaga.

syila:
harus ajar, hahaaa. mengemas stail dorang la kan, habisla mak dia.

Cik Shiqa said...

cik oni dah semakin pintar.. tahu2 je dia nnt kena wat sndri smua sbb dah ada adek :)

ch@ said...

shiQa:
hrmmm kan bagus kalau macam tu, jangan dia makin nak mengempeng je sudahla.

alexa yussida said...

dah kata anak abi..mestila perangai cm abinya kan..hehe..

oni akan jadi kakak yg protective utk adik2 nye :)

ch@ said...

yus:
betulla yus. sama. insya-Allah, harapan sungguh tinggi.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in