Kena angkut juga.

Monday, 11 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 11.04.11 - ada yang buat kenduri?

Ke mana sahaja cuti dua hari? aku di rumah sahaja. Menghabiskan masa berulit dengan rumah yang bagaikan terabai, dah macam tongkang kena tiup dek angin rasanya. Mendobi tu sudah pasti. Paling banyak baju anak dara I tu la. Kalah baju mak pak dia.

Itu baru dia seorang, belum lagi 2, 3, aku rasa mau aku reQuest rumah tanah lapang ngan mrABi nanti. Boleh buat ampai macam kat asrama. Seronok dapat matahari secara terus. Kekeke.

Hari Sabtu, berguling sana-sini. Tak keluar ke mana pun. Aku rasa macam aku banyak tidur je. Mendapat keletihan luar biasa. Hari Ahad terasa nak makan sambal belacan, ikan goreng dengan sayur air. Huiii mau dua pinggan aku adap ni.
Celik je mata, tengok dua orang tu masih lagi tidur. Sama patern. Senyap-senyap aku pergi mandi lepas bagi Oni susu. Elok je aku buka pintu bilik air.

'Haiii!' siap angkat tangan kau. Siapa lagi Oni la. Terkejut beruk aku, tersengih dia dengan muka baru bangun tidur. Adeiii, ini nak tak nak kena angkut gak gi kedai. Buatnya dia taknak berjalan sendiri? Pengsan.

'Jom, buka seluar buka baju, mandi. Kita pergi kedai' suruh mak dia. Seluar je la lepas, baju tak reti nak buka sendiri, angkat belah bawah pastu angkat dua tangan ke atas, macam mana gaya tu? sebab selalu mak pak dia bukakan baju. Tergelak aku.

Dah mandi nak berkubang lama dalam besen tu pula, aku dah la nak cepat. Siap-siap, aku suruh dia jalan. Pergi kedai jauh sikit daripada biasa. Behave. Dengar kata, takut aku hilang dari pandangan mata.

Dah selesai membeli belah, terjumpa lak ngan kucing. Niii part aku lemah ni, dia tak nak balik nak tunggu kucing tu belah dulu. Kucing tu lak mengada, manja. Adeiii. Sudahnya aku dukung juga balik. Sampai bila nak berkampung kat kedai tu.

Petangnya, mrABi baru sarung baju, elok je dia baru bangun tidur juga. 

'haiii' nada mengorat minta di bawa berjalan. 'pergi pakai kasut' mrABi suruh. Dia berlari pergi rak kasut.
'tuuu' sambil tunjuk rak kasut belah atas, kasut dia memang port atas sekali. Hahaha, mak dia dengki sebab dia suka benar pakai kasut dalam rumah. Pastu menonong. Tak menoleh sudah.

Dan pagi tadi, celik mata melalak. Yang buat aku nak gelak, siap bawa balang keropok. Adoiii. Aku ingat nak biar mrABi hantar, tapi bila aku dengar dia menangis aku patah balik. Sayu ah hati. Sampai ke lift dia menangis. Mujur dalam lift dia diam, agaknya sebab ramai orang.

 Bawala ku terbang...

Dia ada lesung pipit, mak pak dia langsung tak ada. Mak dia jeles.

Sampai rumah pengasuh, lepas salam dan kiss-kiss, elok je dah tak pandang mak dia. Oni-Oni-Oni. Tak berapa minit dah rindu kat dia.
Semakin manja, jadi semakin sayang. Kan? Seronoknya menjadi seorang emak.

14 pasang kaki:

Mama Tun Nur Safiya said...

so tomeii

eima said...

fahim plak makin ngade ... hissshhhh
mentang² la nk dpt adek..letih mak .. hari2 mama kena jerit...


kejap je kan anak kite besar kan

EiJa ZaQuaN said...

btol tu cha..,nakal mcm mane pun anak kita..tp bila dia xde walaupun stgh hari..terasa sgt..terigt2 kat buah hati sorang tu..hehehe..

Izan Ishak said...

main keletah ye oni sekarang nih~

mamaaqeel said...

oni dh besar nie kena tambah adik tuk oni nie...

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

comel sangat teletah si oni nie...tak tahan angkat tangan say 'hai"

Aini Arif said...

comel nye dia (baru berjaya jd follower hihii)

Cik Shiqa said...

comel lah oni say "haiiii".hehehe

mamalieyna said...

hikhik..comel membygkan cikOni kata 'haii'..heee~

dak arif bgn pagi kena kejut, makayah naynyi lagu 'senyum..tak perlu kata apa2..senyum~'..dia mesti senyum sambil menggeliat..oooh comelnyer.. =P

alooor ada lesung pipit mana mai gen ni..hee...kiutlah~

@e_da said...

sungguh indah nikmat yg Allah bg kita pinjam kan.. tak terucap dgn kata2.. terima kasih Allah...

ch@ said...

mamaTunNurSafiya:
macam siapa tu eh? =)

eima:
hahaaa, sabar eima sabar. ini pun kekadang menguji kesabaran. memikirkan baru seorang, kalau dah dua tiga? mau terkeluar anak tekak aku.

eija:
ingat2 manjanya dia sebelum tidur, rasa nak cepat balik jumpa dia.

kakIzan:
ye betul sekali kakIzan.

honey:
coming soon =)

cikJue & shiQa:
hahaaa. muka dia time tu mmg macam orang tak bersalah betul. sengih2.

aini:
takpe-takpe, tak jadi follower pun kita tak kisah.

mzhany said...

pwnghibur hati di kala duka ;)

~SHiLA~ said...

comenye dea..geram tgk :)

ch@ said...

hany:
kadang-kadang dah berduka, tengok dia ingat masa dia lahir bertambah sebak. hahaaa. syukur dia ada.

shila:
hahaaa. budak nakal ni.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in