Habisla kau Syasya.

Tuesday, 5 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Haaa, selera aku dan memuncak-muncak ni. Bermulanya minggu lepas, 24jam, 48jam kerja aku menggomol peti ais dan tin biskut dan kabinet penyimpan makanan di dapur. Pening dah kepala mrABi tengok bini dia ni makan tak berhenti.

Pergi pasar malam tak sah kalau tak pekena mihun sup. Tak kirala mi tu warna apa pun, janji mihun sup. Hari tu je pergi rumah pnIzma aku melantak sehingga 2 mangkuk mihun sup, walhal sebelum tu aku dah pun makan sepinggan nasi di rumah kawan yang membuat kenduri potong jambul anaknya.

Walaupun sekadar ayam goreng dan ikan kering, habis sepinggan aku bedal. Gila betul.

Ahad, mrABi bawak shopping ke Tesco Shah Alam, selepas makan tengah hari 2 pinggan nasi. Hanya sekadar ikan goreng dan kicap kipas udang. Betul-betul mengisi perut namanya. Malam aku bedal 1 keping roti pizza Tesco.  

Di Tesco, segala macam makanan aku borong. Penuh troli, semua stok perut punya baik aku dan mrABi, huahaahaaa, habisla diet mrABi. kikiii. Senang hati aku bila tengok peti ais penuh.

Kat opis jangan katala, memang aku tak berhenti mengunyah. Sarapan dan makan tengahari memang tak missed. Belum lagi part kudap-kudap. Sampai aku balik, dalam kereta.
Stok makanan atas meja, bawah meja, dalam beg, dalam drawer. Wakakaka. Betul-betul 'membela' ni.

Semalam sempat aku memesan mrABi belikan buah mangga. Huhuuu, yummi-yummi. Manis dan kuning keemasan warnanya. Aku makan sebagai kudap-kudap selepas makan malam. Dan, lepas tu aku taktau apa dah berlaku sebab aku tertidur sampai ke pagi ini.

MrABi la yang layan Oni, malam ni turn aku pulala nampaknya. Sebab dia kerja malam. Huaaaaaaaaa. Bersilat dan kena tapau makanan siap-siap. See? makan lagi. Adus.

 Sungguh terpikat dengan keenakkannya.
Agak-agak capai tak target nak cecah 50kg nanti? hrmmm, wait and see sahajala. Amin.
Selamat Ulangtahun Kelahiran buat Arbayiah binti Ba'ai, semoga dikau sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah harianmu, semoga sentiasa diberkati dan diberi kebahagiaan hingga akhir nanti, insya-Allah. She is my bestfriend =)

22 pasang kaki:

Puan Capa said...

ahhhh!suka gila lurve ni!

azzey said...

Ha3...selera tgh mengganas tu...:)

Izan Ishak said...

baca pun seronok, insyaAllah tercapai hasrat sampai 50kg tu~

Farra Dhelina said...

selera sudah mariiii...hehe

Zaidah said...

klu macam tunyer selera cha...zai rasa lebih 50kg pun bleh capai...hehehe

EiJa ZaQuaN said...

hehee..trimester pertama ni..mmg nak makan jerk kan..

tp eija ni kan..dr trimester pertama hinggala skrg..mmg kuat makan jerk..tp mmg masa mula2 compom preggy tu peringkat paling kuat makan..lebih2 lagi bg mereka yg xde alahan/morning sickness

insyaallah tercapai rasanya target awk nak cecah 50kg..

AKO @ retna said...

erkkk nak gemuk kah???
ala meh sini meh amek lemak kita sket hehehe :p

BondaWhilea said...

go umi go! Umi boleh! heh~

Cik Shiqa said...

akak, makan dan makan lagi oke.hehehe

Mama Gee said...

kalo mcm ni punya makan..bulee kot...ngeeee
chaiyok2!!

dilazfamily said...

i like it.
banyak yer ch@ makan

shay said...

perghh... ni memang kerjanya makna jerk nih...

ch@ said...

pnCapa:
kita baru je makan 2 kali.

azzey, farra, bondaWiya dan shiQa:
dasyat sekali.

kakIzan dan shay:
rasa macam lapar bebenar.

kakZaidah dan mamaGee:
Hrmmm tu la, harapannya tinggi.

dila:
macam ada bela pula kan? hihiii.

eija:
dah 2 kali pregnant, memang kita ada morning sickness. awal trimester berat mesti menurun.

kakRet:
kalaula boleh kakRet.

[-suziey-] said...

erkk cha peknen ke? or sekadar nk naikkan berat ke 50kg..siyes mcm tkt tgk cha mkn..hehee

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

wah bukan main lagi..penangan orang mengandung....

*luv Syahnia* said...

dahsyattt slera akk..
msti cik oni pun join mkn skali kan?
comel je ;)

~Siti Hajar~ said...

makan utk 2 org kan, makan ajalah, ttg berat bdn lps pantang nti br fikir...hehe

sy suka gak lurve tu...sedap!

mamalieyna said...

huwaaaaa...tapi takpe ch@ kan mmg nak naikkan berat badan..baguslah byk stok mknan, tmbh pulak peknen kan, harus la selera melampau2 dr kebiasaan.. ^_^

bestnyer bleh makan dan makan tanpa control...hee..tp kak eina pun kdg tk sedar diri gak, melantak jer..ekeke.. =P

ch@ said...

[-suziey-]:
hihiii jangan risau, kita masih mengontrol makan lagi ni, menu banyak tapi kuantitinya sikit.

cikJue:
hihiii, tak mengandung pun macam ni juga cikJue. ngeee.

ain:
dia makan time makan je, time lain sewaktu dengannya dia nak main je.

kakSitiHajar:
betul, SETUjU-SETUjU.

Mama Tun Nur Safiya said...

time mengandung nih makan jerr apa pun n yang syokknya ada yang melayannyerr ckp je nak mkn apa semua dapat ....beshhhh

Imaan09 said...

eat for two..xpe..!

ch@ said...

mamaTunNurSafiya:
tak semestinya juga kak, kalau nak cepat dapat kena minta makanan yg senang dicari la. kalau tak tunggu je la.

imaan09:
hehehe ye la tu, esok2 sibuk lak nak kena diet.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in