Blues kakakOni.

Wednesday, 27 April 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Huaaa malam tadi aku tak dapat tidur lena, sampai ke pagi. Mungkin, bantal peluk aku tak ada sampai ke pagi. Mungkin juga sebab cuaca kat luar macam nak hujan macam tak jadi.

KakakOni dah lena, tidur belah lain bila celik mata dah bertukar tempat dengan mak dia. Aku sedar kaki dia sepak-sepak belakang aku, terkebil-kebil biji mata dia sambil gigit selimut. Nak susu. Hausla tu.

5.30pagi, sah mrABi memang tak balik. Bila dah dapat susu aku ingat dia sambung la tidur. Aku dah bengong, sah-sah susah nak bersiap pergi kerja selagi dia tak tidur. Susu sebotol dah habis, dia bangun masuk bilik. Ah sudah.

Keluar bilik panjat sofa, hulur remote TV dengan Astro pada aku, ok layankan. 613 macam biasa bagi dia hayal. Namun, harapan aku punah memang dia tak tidur semula la nampaknya. Tengah aku mandi dia ketuk pintu bilik air.

Haih, meh masuk. Siap buka seluar sendiri. Hah, menggigil mandi pepagi. Tetap senyum tahan sejuk. Aku setelkan dia dulu. Dia dah siap, kasi makan biskut, aku pula bersiap.

Keluar pintu rumah dengan tak sabar-sabar. Elok keluar lift, mrABi tengah tunggu lift nak naik rumah. Hahaaa, macam drama pulak aku rasa. Mujur aku keluar awal, tunggu je la drama anak bapak tu setel, sebab kakakOni pegang kaki bapak dia macam tak nak lepas.

Rela dan tak aku dukung juga, kang lambat. Dia nak menangis. Kena segera membuat pujukan, mencari bahan untuk dia tak toleh berkali-kali ke mrABi. Kesian pun ada. Nak minta mrABi hantar, dia baru balik kerja. 

 Mengapa kakakOni sangat rapat dengan mrABi.

 Mereka ada karektor yang sama.

 mrABi suka layan kakakOni.

 Tidur sama-sama.

 Minum sama-sama.

 Makan sama-sama.

Manja sama-sama.

Mandi sama-sama sampai sekarang.

Mujur sampai rumah pengasuh dia ok. Hahaaa. Cuma lupa nak salam aku je. Nak kiss pun lupa sebab dah excited. KakakOni sungguh berbeza pada pagi ini. Esok, belum tentu lagi. 
Aku minta tolong mrABi cucikan baju kotor yang dah macam aiskrim, hahaaa. Tak larat aku nak angkat bakul tu. Habisla, mesti dia minta upah balik nanti.

18 pasang kaki:

Imaan09 said...

kesian uruskan sorang2..tp besh baca kisah ni..paling besh bab lift laa..mmg sebijik cm drama korea.. ngeh3..

eima said...

upah ape la abi mintak nanti ek...
manja ek oni ngan abi die..senang la mak die nk jg adek nanti

Izan Ishak said...

wahhh...ada drama plak pepagi ni ye. suka tgk2 meabi yg melayan kakakOni... patutlah dia sangat manja dengan ayahnya~

cik Jue Aka Ibu Farisyah said...

nasib baik jumpa kat lif walaupun drama sebabak terjadi...manja betul ye oni dgn ayah dia...sweet sangat tengok gambar diorang

zaidah said...

patutpun diorang rapat sebab sentiasa bersama....

EiJa ZaQuaN said...

alahai comeynye tgk aksi bersama oni ngan mr abi..bagusla dia manja ngan ayah dia..

sama la mcm zaquan gaya nya dh sama mcm papa dia..cara tido, cara tgk tv & ape yg papa dia wat dia suka tiru..

Farra Dhelina said...

owhhh mmg heroin abi lah ni eyh..

*luv Syahnia* said...

slalunya ank pmpuan mmg rapat ngan ayah kan..begitu jgak sbaliknya

tp ain tgk anak2 kakak ain
suma takot ngan ayahnya..
mgkin ayahnya garang kot..hihi

mamalieyna said...

sweetnye..pic depa berdua ni, mmg semuanya nmpk sepesen...^_^..anak Abi~ huu~

adik kakakOni nnti, anak umi lak kot..hee~

Nida said...

olorrrr tomelnya gambar Oni tido atas Abi...

lama tak ke sini, besar dah Oni..:)

@e_da said...

anak pompuan mmg manja dgn bapak kan.. so sweet tgk oni ngan abi dia kan...

yg no 2 ni mesti rapat ngan umi lak

ch@ said...

Za:
tu la, sebab kita tak pernah hantar dia mandi siap2. Dia selalu mandi di rumah pengasuh, so bila mandi pagi dia rasa macam nak bawa dia berjalan.

eima:
ermmm politik je ni eima, sebab semalaman dia tak jumpa ABi dia. kadang2 dia tak mahu juga.

kakIzan, cikJue:
mungkin sebab dia anak perempuan, sejuk dgn bapa. sebak juga tengok dia, muka sedih je bila dukung jauh dari ABi.

kakZai:
kadang-kadang saje bagi peluang diorang together-gether. sebab kakakOni selalu sangat dgn mak.

eija:
papa ajar cepuk, dia cepuk jugakan eija. sampai kita pun cakap, ajar la lagi lain kali.

farra:
tepat sekali.

ain:
akak tak rapat pun ngan ayah, walhal akak memang ikut rupa ayah. ayah ni tegas.

kakIeyna:
kita tak kisah rupa siapa kak, lagi sonot kalau pempuan ikut ABi dia lagi, boleh ngaku bujang. boleh ngaku kakak dorang. hahaha.

kakNida:
nak jadi kakak dah kak, kena cepat besar nak jaga adik nanti ;)

kakEida:
kalau boleh, biar sama macam mak tapi rapat dgn ABi, sonang hati den. keke.

Ibu Iman said...

anak kesayangan mr abi ni... umi x jeles ke? hihihi

mzhany said...

cha, seriusly...yang gmbar tido tuh, sengeh sorang2 hany tengok...olololooo sama je gaya tido...oni oni..gerammm!

ch@ said...

mira:
hahaha, sikitla. tak boleh nak manja sikit dgn mrABi, mesti dia nak menyelit.

hany:
ada banyak lagi hany, gambar tidur juga, tapi mrABi suka tidur tak pakai baju, so seksi la tak nak upload kat sini.

EiJa ZaQuaN said...

hahaha..tang cepuk tu..tangan eija ni yg cepat nak naik..tp mmg dia suka tiru..kita marah dia..dia marah kita balik..kita naik tgn..tgn dia pun naik sama..adess..bdk2 skrg cepat sgt mengikut..

♥SyilaSyira♥ said...

sedih baca entry ni sbb kita senasib..paling kesian bila kita nak g keje, hubby baru balik. anak dpt jumpa abahnya sekejab jek...mana tak rindu dendam kan

ch@ said...

eija:
memang betul eija. tak boleh ajar benda tak baik sekarang ni.

syila:
ha'a syila. kadang2 nampak benar dia rindu kat ABi dia.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in