Terminal Bersepadu Selatan.

Tuesday, 15 March 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sambil menjamu mata ke rumah baruku ini, aku mahu ceritala tentang keterujaan perasaan tatkala menjejakkan kaki ke Terminal Bersepadu Selatan aka TBS, yang terletak di Bandar Tasik Selatan buat pertama kali, julung-julung kali.

Di kejauhan tersergam sebuah bangunan bak stadium bola sepak, hati meronta-ronta, kaki jadi tak sabar. Eh, bila aku pergikan? haaa seronok benar nak bercerita gamaknya.

Balik daripada rumah to'ki Oni la, kebetulan papa dan mama sampai ke TBS daripada Larkin-JB. Dulukan kena naik bas di Bukit Jalil yang sesak tu. Kini, semuanya beroperasi di TBS.

Serius aku jakun, terasa macam di KLIA, luas saujana mata memandang. Sejuk air-cond sangat terasa. Masih dalam kawalan polis bantuan. Pinta, tanya apa sahaja mereka sudi tunjuk ajar. Sebab, aku dan mrABi dah tersalah landing. hahaaa. Tiba-tiba je polis minta tiket, sah la kami di balai berlepas.

Naik satu tingkat lagi, huaaa. Rasa macam di oversea. 

 Macam biasala si ratu jalan ni, petah lagi tempat luas. Nak berlari saja kerjanya.

 Cantikkan?

 Aku memang teruja masuk tempat yang ada boarding camni. Mulala terasa macam bukan kat Malaysia.

 Serba baru dan teratur.

Budak ni dah penat, tengah pujuk mak dia minta dukung, orang lain dukung dia tak nak.

Calling-calling mama, tak jumpa akhirnya ikut mrABi melayan Oni, nak gula-gulala, nak airla, nak jajanla. Elok je mrABi membayar, terus biji mata aku terpandang mama, hahaaa. 

Pergi makan KFC, konon nak paw mrABi makan tempat mahal-mahal, non-ado. Nak keluar daripada TBS, takut papa tak terkejar bas yang akan bertolak ke Larkin semula jam 4 petang.

Maka, selepas makan, berlegar kami di TBS, naik turun eskulator. Dah letih duduk melepak di lot kedai yang masih kosong. Saujana mata memandang. Indah. Di luar sana ada jejantas panjang, menghubungkan TBS dengan ERL dan juga LRT-Bdr. Tasik Selatan, serta komuter.

Pengangkutan bas dan juga teksi sangat banyak. Tidak usah risau sesat, ringankan mulut bertanya pada polis-polis bantuan yang berkawal dan bersedia membantu.

Sebaik melepaskan papa di balai berlepas, kami bergerak pulang. Singgah giant untuk SHOPPiNGGG. Hiii.
Sangat selesa, sangat best, sangat mudah. Jangan merungut jika tidak memuaskan hati sebaiknya bersyukur kita dapat menikmati.

17 pasang kaki:

CiK Jue aka ibu FarisYah said...

rasa teruja jugak nak jejak kaki kat sini tapi tak tahu bila nak pergi...

@e_da said...

cha... oni dah susut la.. muka dah kecik... kat mana TBS ni ek.. akak pun tak penah pegi

BondaWhilea said...

bonda n wiya yg duduk kat BTS ni pun tak sampai lagi TBS tu.. huhuhu,1 day nk g wat lawatan lah kat sane.

oni, jgn nakal² ye..sian umi.

[-suziey-] said...

cantik gk TBS ni..paling penting msti byk kedai junk foods..hiks..

AKO @ retna said...

wah .. kita pun x sempat nak jejak kaki kat situ lagi hehehe..

nama je slalu balik JB tp nk smp bandar tu cam malas nyaaaa hehehe

Puan Capa said...

xpenah jejak lagi kat sana

Mama Gee said...

dah sampai kamuu ya...ntahbilalah nk merasa jejak kaki ke sini sbb skrg dh jarang2 travel nek bas...

mamalieyna said...

bestnyer....tak pernah ke sana lagi...herm...kalau utara punya still kt Bkt Jalil kan..hu~ kalau tak merasa ke sana, sbb nnti adik mai dr Kg naik bas nak ambk mak..herm..

alolo cikOni buli Ummi ye..nak dukung ummi jer..

mzhany said...

cha, besar eh? hany xberkesempatan lagi pergi..

Kasawari said...

dah macam airport jer kan...

p/s: dpt tak cara nak letak gambor2 kat msjbox. kalo tak dpt kena amik tusyen dgn kasawari.. haha

Ted said...

tgk dalam suratkhabar ritu tak ramai lagi pengusaha datang. tp memang besar tempat ni, teringin nak pegi, tapi kalau pegi tatau nak ke haluan mana pulak

:: noremy bte rahmat :: said...

BW & folo..mehla jenguk belog ai..salam kenal (^_^)

p/s:comey muka oni time penat..

ch@ said...

cikJue:
pergi sekarang, tak banyak kedai buka lagi. oh cakap pasal kedai, kedai2 yg ada kat sini pun dah macam kedai kat shopping komplek biasa.

kakEida:
di Bdr. Tasik Selatan kak, area2 Cheras sana. Ada banyak signboard. Oni tu makin besar, makin tinggi. Memang ikut mrABi.

bondaWiya, pnCapa, mamaGee:
sebab mama papa turun bas kat TBS, tu yg kena datang juga ambil diorang. kalau tak, sama je tak sampai.

[-suziey-]:
ahaaa part kedai tu betulla tu.

kakRet:
macam mana kakRet nak sampai, kakRet naik kapal terbang. TBS ni kat KL la kakRet, bukan kan JB =)

kakIeyna:
utara? tak sure kita. tapiii rasanya Bukit Jalil memang dah tutup.

ahaaa tu la tu, makin manja ngan mak dia sejak tau ada adik.

hany:
yups, sangat besar dan best. boleh main badminton. hiii.

kasawari:
betul tu, sebab tu la rasa macam nak berlepas ke luar negara je.

kita belum cuba mencari lagi, sebab ke'busy'an akhir2 ini.

ted:
mana la tau sesekali nak bercuti kan. bolehla try cuba dan test.

noremy:
:)

Ibu Iman said...

kt bandar tasik selatan ke? baru siap ke? bestnya.... mmg ala2 KLIA

♥sYiLaSyiRa♥ said...

cantik tempatnya..luas, semangat r oni berlari2...oni klo berjalan nak dipegang x??..syira jenis yg klo berjalan ssh nak dipegang..eksen jek

EiJa ZaQuaN said...

eija x smpai lagi ke TBS nun..
iye la skrg ni pun sejak dh kawin n ada anak ni ..dh jarang guna pengangkutan awam..

ch@ said...

mira:
yups tepat sekali. kan? Malaysia dah semakin berkembang.

syila:
kalau dah sesak dgn orang memang dia sendiri suruh pegang. kalau luas saujana, memang sama macam syira la, susup sana-sini. dah la kecik memang laju kitorang lari nak dapatkan dia.

eija:
ahaaa samala. sebab papa mama turun kat situ la kita boleh sampai. hiii.

 
Copyright © Diari Umi | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top | Sign in